siapa???

25 3 14
                                        

'kringggg!!kringgg!!kringgg!!
jam loceng memecahkan keheningan pagi,aku tersedar dari lena mimpi.
'yaampun dah pukul 7.30pagi,takde sorang ke nak kejut'bebelku dalam hati.Lantas aku capai tuala dan dengan sepantas kilat menuju ke bilik air.Selesai mengenakan pakaian kerja aku ke ruang makan dan mengharap secebis makanan buat santapan perut yang mulai berkeroncong.
'Mak o mak'jeritku  seperti anak kecil yang mencari ibunya.Aku membuka tudung saji dengan harapan yang tinggi tetapi telahanku benar belaka emak tidak menyiapkan sarapan pagi itu.
'ish mana mak ni,selalu dia la orang pertama kejut aku bangun'getus aku dalam hati.
  'mak o mak'panggilku sekali lagi dari luar pintu bilik air kerana aku yakin yang emak ada didalam.Aku terus mengetuk pintu bertalu-talu.Sunyi.Sepi.Tiada jawapan atau sahutan dari dalam.Tiba-tiba kedengaran paip air terbuka laju.Aku lantas memulas tombol pintu bilik air dan kosong.Hanya bunyi air yang sudah melimpah dari dalam baldi sahaja kedengaran.Aku menjadi kaget sekejap,ku gagahi kaki melangkah masuk dan menutup pili air.
  "Mak ni mesti lupa nak tutup air,bazir betul'aku bermonolog sendiri.Suis lampu ku tutup dan terus ke bilik semula untuk mengambil kunci kereta.
  'mana mak ni,pagi² dah takde,tak kan ke pasar?soalku dalam hati.
Aku capai telefon bimbitku yang dicas sejak malam semalam.10 panggilan tidak dijawab dan beberapa belas WhatsApp.Aku terus meyemak setiap pesanan yang dihantar,salah satu dari emakku.
  Assalamualaikum kakak,mak ada dekat rumah mak ngah kamu ni,ada hal emergency,emak tak sempat kejut kamu, lagi pon paksu kamu dah datang jemput emak malam smlm.
   Buntang biji mata aku membaca tiap baris pesanan emak di WhatsApp.Aku terpaku ditepi katil.Otak terus ligan berputar.

**********************************

Malam semalam..

'Assalamualaikum mak.Mak o mak'
'Waalaikumusalam,kau ni kakak terjerit2,bukan kau ada bawak kunci spare ke?bebel emak.
'kita saja je nak manja2 dengan mak'
'Dah masuk cepat,mandi lepas tu kita makan malam sama,mak dah masak'pujuk mak sambil tersengih.
Aku meluru masuk dan mengunci grill pintu.
'Sedapnya bau,mak masak udang sambal petai ke harini?tanyaku perlahan.
  'kau ni macam tahu2 je kakak,dah cepat siap,ayah kau tak balik 3 harini outstation katanya'pesan emak dari dapur memecah keheningan rumah yang sepi.Aku hanya membisu dan berlalu ke bilikku.Sejak adik bongsuku menyambung pengajian ke UKM,kami tinggal bertiga,along pula sudah berkahwin dan hanya datang melawat pada hujung minggu.Aku membersihkan diri,solat dan terus ke meja makan untuk bersama emak.

Dari jauh kelihatan emak sibuk menyediakan makan malam diatas meja.Aku mempercepatkan langkah untuk saling membantu emak.
  'Mak,banyak mak masak malam ni?'soalku dalam kebingungan.
  'kakak kan ada,kakak makan banyak sikit.Risau mak tengok kurus melidi je kau ni.mak tergelak lepas memperli aku.Aku diam sambil menyedok nasi ke pinggan.
  'Kak,umur kau dah nak dekat 27 tahun ni,bila nak kahwin?kau takde pakwe ke?soal mak.
  'Ramai mak kalau nak dikira kat office tu,tapi kita tak berkenan dihati'
'Bukan apa mak penat orang duk tanya pasal kau itu ini,'terang mak.
Kami terus bersembang sesekali bergelak besar bersama.Ya aku tahu pada umur aku sekarang ni,aku dah layak bergelar isteri dan ibu.Lihat sahaja rakan sekolah,anak2 mereka makin bertambah,makin meriah kehidupan mereka.Bukan aku ingin menolak jodoh cuma belum hadir mrright yang sesuai.Selepas menghabiskan makan malam,kami mengemas bersama.Seronok rasa dapat berbakti pada orang tua hingga ke saat ini.
'Mak,lepas ni rasa nak masuk tidur la,letih sangat badan ni.Tadi ada site visit dengan orang dari korea.
'Iyalah kak,mak pun nak masuk tidur  awal,letih rewang hari tu pun belum hilang lagi.'jawab mak dengan perlahan.Lepas mematikan suis ruang utama,kami beriringan ke bilik masing².Aku mencium tangan dan dahi emak,begitulah rutinku semenjak kecik sebelum masuk tidur atau kemana sahaja sebelum keluar rumah.
  Didalam bilik,aku melabuhkan badan ke katil yang empuk.Nikmat rasa dapat berbaring dikatil sendiri.Tiba² teringat handphone yang
masih belum dicas,lalu aku capai charger ditepi katil.

*********************************
  Pangggg!!!pangggg!!!
Aku tersentak dari lena,sempat melirik pada jam loceng digitalku.Tepat jam 3pagi.
  'Aduh,apa benda bising ni'
Aku bingkas bangun kerana semakin kuat bunyi yang entah datang dari mana.Aku menggosok mata dalam keadaan masih mamai,suis lampu dipetik,alangkah terkejut emak tercegat depan pintu bilikku.
  ' eh,mak.kenapa tak tidur lagi?soalku.
  'Mak ada dengar bunyi bising tak tadi?belum sempat emak menjawab aku bertali arus menyoal emak.Emak masih kaku didepan pintu,masih tidak berganjak walau seinci.Aku bertambah curiga.Dari tadi emak hanya diam seribu bahasa dan menundukkan wajahnya.
'Takpe, mak tunggu kita kat sini ek,kita pergi tengok,rasa kat dapur ni'pintaku lalu berlalu melepasi emak untuk ke dapur.Berbagai persoalan bermain difikiran.Risau juga kalau² pencuri pecah masuk.
Diluar rumah,hujan lebat sesekali petir membuat aku terkejut sendiri.Langkah ku susun rapi dan cuba mengintai takut² ada orang jahat dalam rumah,itu yang paling kami takutkan.
    Papppp!!!!
Lampu semua terpadam,gelap gelita seluruh ruang rumah.
  'yaAllah,blackout pulak'aku bebel sendiri.Berpandukan lampu emergency yang dipasang ayah,aku atur langkah perlahan.Lebih berhati-hati agar tidak terlanggar perabot rumah.Cahaya lampu emergency tidak la secerah mana tetapi cukup buatku melihat didalam gelap pekat malam.Guruh petir diluar masih sabung menyabung,berdentam dentum,sesekali cahayanya membantu aku dalam melihat keadaan dalam rumah.Tiba didapur,langkah terhenti.Jantung berdegup laju dari biasa.Aku cuba memfokuskan sekitar dapur,tiada yang mencurigakan.
  'Takde apa pun,bunyi macam ada cawan jatuh pecah,kesan pun takde,'aku berteki teki sendiri.
Setelah berpuas hati yang tiada apa berlaku,aku segera melangkah keluar dari dapur.
  'Animmmm..animmm'
Suara sayu dari arah belakangku,aku berpaling tetapi tiada siapa.Aku mempercepatkan langkah kaki ke bilik tidur.Emak masih di pintu,keadaan masih sama seperti yang aku tinggalkan tadi.
   'Eh,mak kat sini lagi,kita dah tengok kat dapur,takde apa pun.mak masuk lah tidur,apa2 kejut kita'ujarku panjang lebar.Emak membisu dan berlalu ke bilik tidurnya.Dalam keadaan samar2,aku masuk kebilikku.
Terasa sejuk didalam bilik hingga menggigit ke tulang kering.
     'aircond dah mati tapi sejuknya'getusku dalam hati.
Langsir bilikku terbuai laju akibat ditiup angin hujan.Aku mendekati tingkap yang tidak tertutup rapat,cuba untuk merapatkan dedaun tingkap tetapi agak sukar mungkin kerana sudah berkarat. Akibat terlalu letih aku terus mendamparkan badan ke katil utk menyambung lena.
     'Tokk!!tokk!!tok!!
Pintu bilik air dibilikku diketuk perlahan.Mata yang kuyu cubaku luaskan.Aku dapat rasakan sesuatu yang tidak beres.Aku cuba untuk bangun tetapi badan seperti telah dipaku pada katil.
  'YaAllah,apa pula ni,jauhkan aku dari gangguan syaiton'bisikku dalam hati.Peluh mulai keluar,mata kukecilkan dan cuba mengintai dari celahan selimut.Tombol pintu bilik air dipulas dari dalam berkali-kali,seperti ada yang cuba membukanya.Aku menggigil ketakutan sehingga ingin menjerit tetapi tidak mampu untuk kuluahkan.Aku jadi bisu seketika.
    Tapp!tapp!
Mata kupejam rapat.Jelas kedengaran tapak kaki seperti orang berjalan menghampiri katilku.Aku mampu berdoa agar tidak berlaku hal yang tidak diingini.Boleh dikatakan semua surah yang aku ingat berulang kali kubaca
  'Anim...animmmmm...
Suara sayu dicuping telinga,lembut seperti hembusan angin.Aku kaku,mindaku kosong.Aku tawakal selebihnya biar Allah yang bantu.
  'Allahu akbar!! Allahuakbar!!!
ungkapan itu terluah dari mulutku secara tiba-tiba.Selepas itu aku tidak tahu apa terjadi padaku....

xxxxxxxxxxx TAMAT xxxxxxxxxxxx

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 20, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

SIAPA?Where stories live. Discover now