BAB 7

137 3 0
                                    


Suasana terdapat suara gelak tawa tetapi kini tangisan sedih yang perit memenuhi setiap ruang rumah milik Encik Yusuf.

Aina dari tadi menangis menunggu kakaknya, Siti.

"Lin tidurlah... Esok sekolah" pujuk Fazlin. Hanya gelengan sahaja jawapan dari adik bongsunya.

"tidurlah... Siti merajuk je tu... Nanti Siti balik lah tu" sayu suara Puan Sarah memujuk anaknya.

"akak marah Lin sebab muncul dalam dunia ni"

Fazlin tak mampu mendengar semua tu segera memeluk adiknya supaya melupakan setiap bait percakapan Siti. Hanya dia dan kedua ibu bapanya tahu siapa Aina dan Siti sebenarnya.

Pada malam itu tiada bayangan atau suara Siti. Aina amat merindui kakaknya yang selalu memeluknya sebelum tidur. Air mata yang penuh kerinduan mengalir jua. Baju kakaknya dipeluk dicium tanpa henti. Lagu untuknya tiada lagi. Melodi kegemarannya tiada.

"bi... bila malam... hisk hisk... Menjelang.. hisk... Turun..run...bida...bidadari bernama Si...Siti Radhiah...hisk... Da... Datang memeluk bidadari kecil yang... hisk hisk...masih men...mentah...di Ci... Ci... Ciuman di dahi ....akhirnya bidadari kecil ber...bernama Aina Syazlin nyenyak ti...tidur" tersedu-sedu kalimat nyanyian Aina.

Encik Yusuf terasa hiba dengan apa yang berlaku. Kepalanya tergiang-giang kisah lalu. Adakah semua ni salah dia?

"Assalammualaikum"

Semua tertumpu pada suara di pintu yang terbuka.

"waalaikummussalam...hah Aliff... Jumpa Siti?" soal Encik Yusuf dalam keadaan terburu-buru.

Aliff tersenyum. "uncle jangan risau... Siti dekat rumah kawan dia" terangnya.

Aina medengar sahaja dimana Siti berada. Tangisannya makin kuat didengari. Tangan kecilnya menolak tubuh sasa abangnya tanda tidak ingin dipeluk. Tetapi hanya sia-sia Fazlin makin memeluknya erat.

"kenapa ni?" tanya kepada Aina

"nak jum... Jumpa Siti" jawab Aina yang masih cuba menolak tubuh abangnya walaupun hasil masih sama.

"esok kita pergi rumah kawan Siti okay? " pujuk Fazlin. Tersenyuman terukir bila Aina mengangguk setuju.

Manakala Aiman sudah berasa lega Aina tidak menangis. Kalau masih berterusan. Memang hatinya rasa turut merasa tempias.

………………………………………………

"wehhh biar betul kau cakap macam tu dekat adik kau?!" jerit Nuha dengan terkejut bila kawan karibnya cerita padanya.

"a...aku tak sengaja... Aku ego Nuha... Aku menyesal... Aku malu dengan diri aku" kata-kata menyesal keluar dari bibir kecilnya.

Nuha masih tidak percaya apa yang berlaku. Dari kecil lagi dia dengan Siti saling memanjakan Aina dan Siti tak pernah meungkapkan perkataan kasar dengan Aina.

"esok aku teman kau pergi rumah kau... Kau pujuk adik kau tu" titah Nuha.

Ching!

Nuha perasan telefon bimbitnya ada pesanan ringkas di whatsapp. Terus download video dari Fazlin.

"Siti kau dengar ni... Adik kau ni" Nuha langsung menekan punat play.

"bi... bila malam... hisk hisk... Menjelang.. hisk... Turun..run...bida...bidadari bernama Si...Siti Radhiah...hisk... Da... Datang memeluk bidadari kecil yang... hisk hisk...masih men...mentah...di Ci... Ci... Ciuman di dahi ....akhirnya bidadari kecil ber...bernama Aina Syazlin nyenyak ti...tidur"

Selesai mendengar. Luluh hatinya mendengar suara adiknya berusaha menyanyikan lagu kegemarannya. Wajah adik nya tersedu-sedu sambil mencium bajunya. Ya Allah! berdosanya hamba mu ini.

"Nu.. Nuha... Aku nak jumpa adik aku sekarang.. Hantarkan aku" pinta Siti.

Nuha hanya mengangguk setuju. Tapi dalam hati Alhamdulillah Siti mahu bertemu adiknya.

………………………………………………

      "Aina!"

Tubuh kecil yang sedang nyenyak dibuai mimpi terus tersedar dipeluk Siti.

"Aina maafkan akak Aina!... Akak sayangkan Aina...akak tak tahu kenapa akak macam tu... Kalau Aina marahkan akak marahlah tapi jangan benci akak" suara menyesal jelas dibunyikan.

Aina mengeleng. Tangannya menyentuh pipi kakaknya. Dicium dahi kakaknya tanda tidak memarahinya walaupun sedikit.

Encik Yusuf dan isterinya, Puan Sarah merasa sebak manakala Fazlin, Aiman dan Aliff sudah mengukir senyuman.

"nak ti...tidur dengan kakak... Nak lagu" pinta Aina. Sisa esakan masih jelas didengar.

" Bila malam menjelang

Turun bidadari

Bernama Siti Radhiah

Datang memeluk bidadari kecil

Yang masih mentah

Di cium didahi

Akhirnya bidadari kecil bernama
Aina Syazlin

Tidur... Nyenyak"

Seperti dinyanyikan. Siti memeluk dan mencium dahi adiknya. Dengkuran kecil berbunyi membuatkn dia rindu dan tergelak kecil.

Pada malam itu bertukar menjadi malam yang bahagia buat dua adik beradik itu.

Budak COMEL tu AKU PUNYA!!!Where stories live. Discover now