BAB 5

149 7 0
                                    


Akhirnya Puan Sarah, Aliff dan Siti balik pada malamnya dan menjamu. Akan tetapi tidak kepada Encik Yusuf, langsung mendiamkan diri. Maklumlah merajuk dengan isteri sendiri.

Aina pula asyik pujuk ayahnya supaya berbicara dengannya. Encik Yusuf mendiamkan diri lagi.

Tahu tak tahu Encik Yusuf dah terlupa sesuatu apa akibat kalau tidak layan Aina.

      "hisk...hisk... Hisk"

Encik Yusuf mundurkan diri kebelakang.

"HUAAAAAA AYAH TAK SAYANG AINA!! Hisk..hisk"

Dengan jeritan mengalahlan petir tu maka Siti sudah jatuh ke lantai manakala Aiman dan Aliff tercekik secara terkejut cepat-cepat Puan Sarah hulurkan air.

Encik Yusuf apa lagi peluk lah anak yang dikatakan sehidup semati tu.

"Lin sayang maafkan ayah ye... Ayah merajuk dengan ibu... Ayah sayangkan Aina" esakkan di bibir kecil anaknya mula perlahan.

"janji sayangkan Aina" Encik Yusuf hanya mengangguk dan senyum.

Dari muram muka Aina terus ceria langsung meminta ayahnya mendukungnya. Pada mulanya Aliff dan Aiman terkejut apa yang diucapkan Aina.

Jangan pandang rendah dengan Tan Sri Yusuf bin Aufan. Tengok je macam tua tapi tak tengok betul betul badan tu berketak ketak otot! Kalau kena kepit arwah jadinya. Maklumlah bekas komander tentera laut. Sixpack tu masih kukuh sampai sekarang. Patut lah Puan Sarah gilakan Encik Yusuf sorang ni.

Dengan itu Encik Yusuf dukung Aina macam budak kecil secara langsung melabuhkan punggungnya dan meletakkan Aina diatas pehanya.

Siti pandang dari tadi agenda gedik Aina.

"Siti nak?" terus geleng kepala Siti apabila ayahnya mengajak.

"Siti dah besar lah ayah" gelak Encik Yusuf dengar perkataan Siti dah terbiasa kehidupan matang.

Puan Sarah memandang suaminya yang sengaja buat anak bongsunya menangis manakala Encik Yusuf hanya wink. Fuhhh!! Gugur jantung bini dia. Tak jadi nak abaikan laki dia tu.

Sedang asyik menjamu selera tidak lupa Aina dah mula menyuruh ayahnya menyuapkannya. Senyap sepi memenuhi ruang tamu.

"Aiman apa nama ayah kamu?" Aiman yang sibuk pandang Aina terus sedar.

"Kamirul bin Sulaiman"melopong Encik Yusuf.

"macam nama kawan uncle lah..boleh nak tengok gambar?" Aiman mengangguk lalu mengeluarkan telefon bimbit dan membuka galeri.

"eh?!lahhh! Ni kawan lama uncle.. Lama dah tak dengar khabar.. Boleh uncle dapat kan number ayah kamu? " Aiman hanya mengangguk dan terukir senyuman yang sukar ditafsir.

Setelah tu Aliff dan Aiman minta pulang tetapi dicegah Encik Yusuf kerana Encik Kamirul menyuruh mereka bermalam disitu.

Aiman tersenyum senang.



………………………………………………

Subuh menjelang. Penghuni di rumah Encik Yusuf sudah terbangun lalu mengerjakan solat dua rakaat.

Seorang manusia bernama Aliff terpaksa menjadi Imam manakala Aiman menjadi bilal. Apabila mendengar laungan azan merdu Aiman dan bacaan ayat Al-Quran Aliff. Aina dan Siti sudah mulai cair akan suara Aliff dan Aiman.

Selepas menunai solat subuh. Aina telah dihalau oleh Siti kerana Aina terlampau rendah dan takut apa apa yang berlaku terhadap Aina.

Mulalah wajah masam mencuka Aina dipamerkan. Kaki kecil mula melangkah ke arah ayahnya bersama Aliff dan Aiman. Tangan kecilnya memeluk leher sang ayah.

      "kenapa ni Lin?"

      "akak tak bagi Lin masak"

      "memang patut pun"

       "eee ayah ni"

       "apa? Tunggulah Lin besar"

       "Lin dah besar"

       "rendah sayang"

       "hmm Lin pun nak masak"

Tawa Encik Yusuf melihat anak bongsunya tidak puas hati. Tapi memang patut Aina tu jangan beri dia memasak. Tengoklah muka macam budak sekolah rendah. Tinggi tidak sampai 150 . Mana Puan Sarah larang Aina memasak. Dapur dah lah tinggi. Kalau minyak atau air panas terjatuh? Habis muka comel anak bongsunya.

Tapi satu je. Perangai memang ganas sangat tapi di rumah. Pijak semut pun belum tentu mati.

Aina melompat atas peha ayahnya.

Encik yusuf?

Relax je der.

"Lin... Kenapa ringan sangat semacam ni?... Lin tak makan ke?" Aina tergelak ayahnya dapat tahu berat dia makin menurun.

"emm berat Lin 21 kg" terkejut Encik Yusuf termasuk dua anak teruna Encik Kamirul.

"Lin tak makan ke?...ada orang takutkan anak ayah ni ke?" Aina memandang mata ayahnya. Tajam seperti helang memandang mangsanya.

"A-a-syraf datang jum-"

"APA!! MELAMPAU DAH NI!!" Terkejut Aina melihat ayahnya marah manakala Aliff dah mahu menenagkan Encik Yusuf.

"Uncle bawa bertenang" muka Encik Yusuf mula tegang lagi.

"SITIIIIII!!" Siti kelam kabut ayahnya menjerit memanggil namanya.

"ya ayah? " Encik Yusuf memandang Siti.

"ambil senapang ayah... Ada musang terlepas ni...ayah nak tembak dia sebab sakitkan hati Lin ayah ni" raut wajah Siti terkejut.

"A-ayah anak o-orang tu" wajah Encik Yusuf masih merah menahan amarah.

"alahh... Ayah jangan marah... Lin takut ayah marah" pujuk rayu Aina termakan oleh Encik Yusuf. Muka anak bongsunya makin lama makin geram melihat kecomelan anak bongsunya.

"haih... Yelah ayah tak marah" tersenyum Aina takala ayahnya mengesel jambang yang tidak panjang dan tidak pendek di pipi Aina. Habis pecah gelak tawa Aina menahan kegelian.

Siti menarik nafas lega. Lalu berjalan kembali ke jalan yang benar bersama ibunya yang sedang berperang.

Kedua dua anak teruna Encik Kamirul hampir terkucil melihat agenda sebentar tadi.

"uncle kami berdua nak pergi tandas dulu" Encik Yusuf mengangguk sahaja kepalanya.

"Lin... Garang sangat ke ayah marah?" anggukkan anak bongsunya laju dianggukkan.

Encik Yusuf meneruskan aktiviti mengesel jambang di wajah anaknya sehingga Aina letih dan tertidur bersama ayahnya.







Maaflh hambar pulk... Part ni memng Aina manje yg amt. Maceh sbb snggup tunggu. Maaf jika ade typo.

Budak COMEL tu AKU PUNYA!!!Where stories live. Discover now