Bab 15: Mahukah?

12.2K 326 93
                                    


Keesokkan harinya,
Sebaik sahaja aku pulang ke rumah, suamiku masih tak balik lagi.
Sudah hampir maghrib. Aku menelefonnya

Aku: Assalamualaikum

Zie: Wa alaikummus salam ya

Aku: Awak.. Awak kat mana? Bila nak balik?

Zie: Harini saya tak balik rumah lah. saya stay rumah baru saya

Aku: Hah? Abi suruh jaga saya kan sementara dia tak ada?

Zie: Awak boleh jaga diri awak sendiri kan!? Dah besar dah kan?

Aku: kenapa dengan awak ni...

Zie: Saya tak nak balik. Saya ada kerja ni. Boleh faham tak!?

Aku rasa semacam nak menangis. Macam ni dia layan aku lepas dah dapat hati aku?
Aku terus tutup telefon dan terduduk di atas lantai. Aku rasa sayu sangat. 
Apa semua ni.. kenapa dia macam ni..

Hati aku keras. 
Selepas siap solat isyak,
Aku terus bersiap mengenakan pakaian cantik dan tudung bawal.

Aku akan keluar dengan Hafiz malam ni..!

selepas menelefon Hafiz, dia tunggu di hadapan rumah dengan kereta biasanya. Kereta wira berwarna hitam. Dia melambai kepada ku dan membukakan pintu keretaku.

Aku agak keliru. Katanya dia mahu menjemput rakan yg lain juga? Tetapi bila aku lihat ke sit belakang, tiada siapa. Kenapa berdua?

Hafiz berkata "Mereka tak mahu ikut."

"Kalau macam tu kenapa tak bagitahu saya awal-awal?"

"Saya tahu konfem awak tak nak temankan saya nanti"

"Mestilah saya tak nak! Tak elok"

"Tolong lah Ummi, kan seronok kita berdua je. tak ada orang lain" Sambil tangannya memegang erat tangan kanan ku.

"EH apa awak ni? saya tak mahu lah. Saya nak balik" kata ku dengan cemas sambil tangan kiri ku meraba-raba tombol pintu kereta.

Hafiz terus menarik kedua-dua tangan aku.

"EHH!! HAFIZ LEPAS LAH!!" jerit aku

"Ummi, dengar ni . kita pergi kedai buku je.. pastu saya hantar awak balik lah" Pujuk dia.

"Ahhh.. Okay.. tapi lain kali lah, dengan rakan-rakan yg lain."

"Tak nak. Saya nak ngan awak je" Kata dia sambil merenung tajam dalam mataku. 

Hafiz seakan dirasuk. Dia sedikit pun tak lepaskan kedua-dua lengan aku. Kadang tu terasa sakit bila aku cuba lepaskan diri dari genggamannya.

"Hafiz.. LEPAS LAH!!" aku terus menolaknya dan cuba untuk buka lock kereta

"PAAAAKKKK!!" Bunyi kerusi kereta yang ku duduk itu terhentak kuat kerana Hafiz membaringkannya.  Hafiz terus mencerkup mukanya ke mukaku.

"HAFIZZ!! LEPAS LAAHHH!! KAU BUAT APA NI!??" Aku menjerit sambil tanganku mengelupar mahu keluar daripada genggamannya. 

"KAU TAK FAHAM LAGI KE PEREMPUAN!!!??? AKU TAK TAHAN DAH DENGAN PERANGAI KAU NI!! SEMUA KAU NAK MENGELAK DARIPADA AKU! KENAPA HA?? APA LAGI TAK CUKUP. AKU BAGI KAU MACAM-MACAM. KAU YANG PAKSA AKU BUAT CARA KERAS MACAM NI. AKU TAKKAN LEPASKAN KAU SELAGI AKU TAK PUAS!!" 

Dia menampar dan menghentak badan aku setiap kali aku meronta-ronta.

Astaughfirullahal'adzim.. Air mati aku berderai2 . aku meminta tolong beberapa kali tapi tiada sesiapa pun yg mendengar aku. Semasa Hafiz cuba memperkosa aku. kepalaku menghadap ke cermin dan aku ternampak Ustaz Zie baru sahaja keluar dari kereta myvi nya. Dia mencari kunci untuk masuk ke rumahku. Tanpa berfikir mengapa dia balik, Aku terus menghentak-hentak cermin dengan tangan aku. 

Suamiku Ustaz [COMPLETE]Where stories live. Discover now