10

20K 1K 12
                                    

Aryana memandang seorang perempuan yang sedang termenung di dalam ward. "Apa jadi dengan dia?" soal Aryana tanpa mengalihkan pandangan.

"Mental disorder. Lepas je dia dapat tahu yang Lucas meninggal, dia jadi macam tak tentu arah. Dia pernah beberapa kali cuba nak bunuh diri. Dia kelar tangan dia. Dia cederakan diri dia. Lepas tu dia akan musnahkan apa-apa je kat sekeliling dia. Sebab tu dia dimasukkan di sini." jelas Erin.

"Puan Ayana dengan Encik Norman tahu tak?" soal Aryana lagi.

"Tahu. Tapi mereka dah balik kampung. Sekali sekala je mereka datang sini lawat Aqilah. Itupun mereka tak masuk." jawab Erin. Aryana mengangguk faham.

Aryana hela nafas sebelum berjalan meninggalkan ward tersebut.

"Thanks Erin bagi aku tengok dia kejap." kata Aryana. Erin mengangguk. Mereka berjalan keluar dari situ.

"Lama ke kau kat sini?" soal Erin. Aryana senyum sebelum menggeleng.

"Sebulan ni je. Lepas tu aku balik Sweden." kata Aryana. Erin mengangguk faham.

"Daniel bagi ke kau balik sana?" soal Erin sambil mengangkat-angkat keningnya mengusik. Aryana hanya senyum.

"Dia siapa nak halang aku pergi sana?" balas Aryana. Erin mencebik. "Aku balik dulu eh. Nanti jumpa lagi." kata Aryana. Erin mengangguk.

"Yelah." Mereka berpeluk sebentar sebelum Aryana keluar dari hospital tersebut. Dia melangkah ke arah Adam dan Afit yang menunggunya di kereta.

Aryana masuk ke dalam kereta sebelum kereta itu meluncur laju meninggalkan perkarangan Expo Care Centre.

••••••

Daniel memandang Tiara dengan pandangan menyampah. Mahunya tak? Si Tiara itu punyalah sedap ikut dia ronda hotel.

"Tiara kejap." Daniel berhenti berjalan membuatkan Tiara turut berhenti berjalan. "You ikut I ronda hotel ni kenapa? Tak penat?" soal Daniel. Tiara senyum gedik.

"You pergi daki Gunung Kinabalu pun I sanggup ikut." kata Tiara dengan kepalanya dilentokkan ke tepi. Daniel hanya menggeleng.

"Suka hati youlah. I nak pergi Tingkat 30 ni. Naik tangga." sengaja Daniel berjalan menaiki tangga. Tiara sudah menggaru kepalanya. Daniel memandangnya.

"Kenapa berhenti? Bukan tadi cakap sanggup ikut I pergi daki Gunung Kinabalu ke? Tapi sekarang kita takde Gunung Kinabalu. Kita ada tangga ni je. So kita naiklah." selamba Daniel berkata. Tiara memandang Daniel tidak percaya.

"You! Hotel you ni ada lif kut! Kenapa tak pakai lif?" kata Tiara sambil menudingkan ke arah lif. Daniel hanya buat derk.

"You pergilah pakai lif. I nak pakai tangga."

Tiara sudah menghentakkan kakinya. Bergema bunyi heels dihentakkannya. "Lantai tu rosak kang, I minta ganti rugi." tutur Daniel lagi. Matanya statik pada iPhonenya.

Tiara sudah memuncungkan mulutnya. Kakinya mula diangkat memijak tangga mengikut langkah Daniel.

Daniel hanya sengih. Dia mendail nombor buah hati kesayangannya tanpa mempedulikan Tiara. Beberapa ketika kemudian panggilannya masih belum dijawab. Berkerut dahi Daniel. Nombor itu cuba didailnya lagi namun masih tidak dijawab.

Jantungnya mulai berdetak laju. Langkahnya dihentikan. Dia cuba mendail number Aryana lagi sekali namun masih sama.

Tiara memandangnya pelik. "You?" Tegurnya. Daniel tidak mempedulikan teguran Tiara sebaliknya terus berlari laju meninggalkan Tiara yang terpinga-pinga.

"You! You nak pergi mana tu?!" panggil Tiara namun Daniel lansung tidak mempedulikan.

••••••

Daniel berhenti betul-betul di depan pintu utama bangunan penthouse itu. Dia terus berlari masuk ke dalam lif penthouse tersebut.

Ting!

Daniel keluar dari lif dan terus melangkah ke arah penthouse Aryana. Loceng ditekannya berkali-kali.

"Daniel?"

Daniel berpaling. Adam dan Afit! "Ary mana?" soal Daniel pantas. Adam dan Afit berpandangan.

"Dia pergi jumpa Nenda kat villa." jawab Afit. Terjongket kening Daniel.

"Jumpa Nenda kat villa? Kenapa tak jawab call?" soal Daniel lagi. Afit dan Adam berpandangan lagi.

"Manalah kitaorang tahu. Bukannya kami ada dengan dia." kata Adam.

"Yang korang tak ikut dia kenapa? Bukan korang selalu ikut dia ke mana-mana ke?" tanya Daniel. Adam dan Afit mengeluh.

"Memanglah. Tapi dia suruh kitaorang ambik barang kat sini." ujar Adam sebelum berjalan ke arah pintu. Kad di tangannya diangkat untuk discan pada peranti di tepi pintu tersebut. Setelah itu, dia membuka pintu sebelum masuk.

Daniel mengikut langkah mereka masuk ke dalam penthouse tersebut. Pandangannya diliarkan di sekeliling penthouse tersebut. Matanya menangkap telefon yang diletakkan di atas meja di ruang tamu.

Langkahnya diatur ke sana. Tangannya mencapai telefon tersebut dan dibeleknya. Satu sampul surat yang terdapat di situ juga diambilnya.

Nampak macam penting. Belum sempat dia menyelongkar sampul surat tersebut, bunyi deringan dari telefon itu menyentakkannya. Dia memandang ke arah telefon tersebut. Nama pemanggil itu dipandangnya bersama dengan kerutan di dahi.

"Emperor?"

Belum sempat dia menjawab panggilan tersebut, Afit terus merampas telefon itu dan panggilan dari Emperor itu ditolaknya.

"Kitaorang dah jumpa barang yang Ary nak tu. Jomlah." kata Afit mengelak pandangan Daniel. Telefon tadi disimpannya di dalam poket belakang seluarnya.

"Kejap." Langkah Afit ditahannya. "Korang ada sembunyikan apa apa ke?" soal Daniel serius. Dia memandang Adam dan Afit silih berganti.

"Sembunyikan apa? Mana ada apa-apa." nafi Afit cuba menghindari pandangan mata Daniel. Daniel memandang mereka serius.

"The number just now.. Emperor?" Daniel masih lagi menanya. Adam dan Afit sudah berpeluh dingin.

"E..Emperor? Mana ada Emperor. Kau salah tengok kut." dalih Adam. Daniel melipatkan tangannya di dadanya.

"Salah tengok? Aku tak buta lagilah. The number that called just now is exactly Emperor. So tell me the truth. Don't lie." ujarnya dengan nada yang mendatar. Afit dan Adam berpandangan.

Belum sempat mereka menjawab, telefon Adam berdering minta dijawab. Adam terus menjawab panggilan daripada Aryana. Afit dan Daniel hanya diam.

Selepas beberapa ketika, Adam menamatkan panggilan. Dia memandang Daniel dan Afit. "Jomlah. Cik Aryana dah mengamuk tu." kata Adam. Afit hanya mengangguk. Daniel memandang mereka. Masih dalam pandangan yang serius.

••••••

Afit memberikan telefon tadi kepada Aryana ketika dalam perjalanan balik. Berkerut dahi Aryana. "Kenapa telefon ni boleh ada kat kau?" soal Aryana pelik.

"Tadi Daniel ada tengok Emperor call. Nasib baik saya sempat rampas." kata Afit. Terjongket kening Aryana.

"Dia tak tanya apa-apa ke?" soal Aryana.
"Ada. Dia tanya sama ada kita ada sembunyikan apa-apa." terus terang Adam memberitahu. "Nasib baik Cik call tadi. So dia tak dapat tanya lebih." sambungnya.

Aryana mengeluh lega. "Good. Aku tak nak dia tahu apa-apa. Termasuklah yang lain." kata Aryana. Adam dan Afit mengangguk faham.

"Lepas ni Cik nak buat apa?" soal Afit.

"Kita mula plan kita. Aku cuma ada 2 minggu je lagi. Before tu, korang dah cari hidden camera kat penthouse?" soal Aryana.

"Dah. Mereka pasang kat ruang tamu, dapur, bilik kerja dan bilik tidur." kata Afit. Aryana mengangguk kecil sebelum memejamkan matanya dan bersandar.

••••••

The Angelz's Destiny ✔Where stories live. Discover now