Gilliard Goldsilv... Nama yang mustahil untuk dilupakan. Dan sepatutnya pemilik nama itu sudah mati ratusan tahun lamanya. Tetapi semua perkhabaran baru itu menjadi sesuatu yang masuk akal. Gilliard yang bertanggungjawab dalam evolusi Vampire. Sekarang terhurai sudah rahsia pertukaran sama nilai antara Sebastian, vampire diraja dan Gilliard. Kehidupan abadi pasti adalah pertukarannya.

"Saya harap berita ini tidak terlalu mengejutkan kamu," ujar Gilliard, kebisuan Daniel mula membimbangkannya.

"Sumpahan Sophie... tidak memberi kesan kepada keturunan Goldsilv." Daniel memandang Gilliard. Terasa darahnya mengalir deras, degupan jantung bertambah laju. Marah mula menguasai kesedarannya.

Gilliard menarik nafasnya, dia faham apabila nama Sophie Goldsilv dibangkitkan. Antara keturunannya yang mengambil tindakan drastik bagi melindungi mereka.

"Ramai yang terkorban kerana kuasa ini" corak Silverilica mula terbentuk di mata Daniel. "Tetapi kau masih hidup sampai ke hari ini."

Daniel mencekak kolar baju Gilliard. "Ramai keturunan kau yang mati dibunuh tapi tiada apa yang kau lakukan untuk melindungi kami?"

Satu tumbukan padu pada wajah Gilliard. Profesor Steveness cuba untuk menghentikan Daniel namun dihalang oleh Gilliard.

Kemarahan Daniel jelas terpamer disetiap pukulannya. Gilliard adalah pemegang kuasa Goldsilv terkuat, pemilik asli darah silverilica dan goldenic. Dan dia tidak melindungi mereka! Tidak adil baginya. Kenapa bukan Gilliard yang terkorban kenapa ibu bapanya? Kenapa Gilliard yang masih bernyawa sehingga ke hari ini? Kenapa lelaki itu tidak bertindak melindungi darah dagingnya sendiri.

Setiap luka dan lebam di tubuh Gilliard akibat pukulan Daniel sembuh dengan kadar yang pantas, lebih pantas yang pernah dia alami. Menyakitkan hati, Daniel menolak lelaki itu jauh darinya sebelum dia duduk semula dikerusinya cuba menenangkan dirinya.

Gilliard yang terduduk di atas pantai bangun dengan dibantu Steveness.

"Saya tahu kamu marah, Daniel. Saya faham." Gilliard sentiasa memahami keturunannya. Mereka adalah darah dagingnya, perangai mereka tidak jauh daripada dirinya. Bahkan dia juga benci akan kekurangannya.

"Perjanjian saya dengan Sebastian, tidak sama tara kalau hanya kehidupan abadi."

Gilliard menarik nafas perlahan, mengimbau kenangan yang berlaku ratusan tahun terdahulu. "Ketika perjanjian itu berlaku, saya sudah memiliki dua orang putera."

Daniel mengenali dua putera yang dimaksudkan, yang menjadi permulaan kepada Royalize dan Noblesse.

"Jadi kekurangan pada Vampire tulen tidak dapat diwariskan kepada saya" vampire tulen sentiasa dikaitkan dengan tidak berketurunan. "Sebagai ganti kuasa saya dikikis saban tahun"

"Tuan Gilliard tidak lagi mampu menghasilkan simbol Goldsilv, semuanya hanya serpihan" tambah Profeser Steveness.

Daniel melihat dari ekor matanya. Memang hanya serpihan emas dan perak yang bercampur di sepasang mata itu.

"Kuasa ini cuma cukup untuk memberi perlindungan dikawasan ini dan melantik penjaga keturunan seperti Steveness" ujar Gilliard.

Pandangan kosong Daniel lontarkan. Masih tidak berpuas hati dengan alasan diberi.

"Tuan Gilliard tidak mampu menghasilkan sebarang sihir tanpa pengantaraan. Kertas pentagram sahaja pengantaraan sihir yang Tuan Gilliard mampu lakukan" professor Steveness menerangkan keadaan Gilliard kepada Daniel seperti mana beliau menerangkan kepada waris yang terdahulu.

Gilliard mengangguk. "Itu pun ada limitasinya. Dan kuasa goldenic hanya mampu digunakan melalui darah, menguatkan kuasa perlindung Featherave dan melantik penjaga keturunan."

Setiap bulan purnama darah Gilliard digunakan bagi memperbaharui kuasa pelindung Featherave. Setiap pemegang rahsia Featherave, diberikan minuman bercampur darahnya bagi mengikat kesetiaan.

"Apa tujuan saya dipanggil kembali?" soal Daniel tidak lagi berminat mendengar sebarang penjelasan.

"Kebelakangan ini saya dapat merasakan jejak kuasa goldsilv. Bukan milik kamu, Damia ataupun Justin."

Daniel mengangkat keningnya. "Okka..." kejadian baru-baru ini dimana Okka telah menyerangnya dengan kuasa Goldsilv, termasuk tahun-tahun sebelumnya. Ketika itu dia tidak menyangka penyerang yang mencederakannya memiliki kuasa yang sama.

"Pelajar yang dihantar ke Hachimaru?" Soal Profesor Steveness.

Daniel mengangguk. "Dia mengaku dia sebahagian daripada keturunan dan saya sendiri telah menyaksikan kuasanya"

"Dia tiada dalam carta aliran kuasa." Ujar Gilliard.

Daniel mengangguk, dia juga aneh dengan perkara itu. "Dan dia juga mengatakan ibunya meninggal dunia ketika mereka masih kecil."

"Dia pemegang darah apa?"

Daniel merenung jauh. Mengingat kembali kejadian malam tersebut. "Goldsilv, Goldenic Silverilica. Seperti Justin"

Gilliard bangun, dia menepuk tangannya. "Tetapi Justin bukan keluarganya." Kata-kata itu ditujukan kepada dirinya sendiri. "Justin juga tidak memiliki genetik kita, mata biru rambut perang."

Ya, goldsilv sentiasa memiliki mata biru dan berambut perang.

"Daniel, kamu tahu kenapa kedua-dua putera saya pemilik darah goldsilv?" Soal Gilliard. "Mereka dilahirkan kembar."

"Ini bermakna okka memiliki kembar?"

Gilliard mengangguk. "Mereka pasti ada kaitan dengan Justin."

"Maksudnya?"

"Jika kita tahu siapa Justin sebenarnya, mungkin semuanya boleh terjawab." Ujar Gilliard.

Daniel merenung kosong ke meja pejabat pengetuanya. Kata Gilliard ada benarnya, selama ini dia tidak terfikir untuk menyiasat latar belakang Justin secara mendalam, kerana lelaki itu anak yatim piatu dari dunia tanpa sihir. Apatah lagi Justin sendiri memilih untuk mengikat kesetiaan dan nyawanya kepada puteri. Itu tidak lagi menjadi isu baginya. Namun, jika dia ingin jawapan, dia tahu siapa harus dicarinya.

ROYALIZEWhere stories live. Discover now