TAHUN PERTAMAKU

19 2 3
                                        

Jodoh tu dekat tapi kite yang tak perasan...

'Haih macam tak percaya, aku dah sekolah menengah ke ni ? Hihihi tak sangka dah besar.'
Aku tersenyum sambil memikirkan hakikat diri ni yang tak lama lagi masuk form 1. Entah ape jenis orang yang aku akan jumpe kat high school ni pon tak tahu lah nak oii .. Yang penting aku excited sebab di sini lah kehidupan baru aku bermula sebagai seorang remaja...

"Oii along ! Kau buat ape kat atas tu lama-lama... Turun makan! Ya allah budak ni, agaknye perasan puteri raja kot nak makan pon kene berjemput"
'Erk ! Alamak .. Master big lady bos dah sound. Matilah nakk' 

Haa itu lah ibu aku, syurga aku, dan segalanye lah. Maaflah, die memang bekas sasterawan dulu sebab tu kalau bercakap tak pernah tak berkias berbunga bunga.

"Yela, along turun la ni.. Kemas buku jap lusa kan dah naik sekolah"   hehe tipu sunat je tu .. Kemas buku ke berangan senah oiii.

Dengan langkah seribu aku cepat siapkan perkara yang tergendala tadi untuk segera turun ke bawah sebelum ibu bertukar hijau. Kalau terlambat , alamat nya makan pinggan lah aku bukan nasi.

***************************

Bzzzz bzzzz bzzzzz... Bzzzzzzzz

"Aduh.. yelah yelah aku bangun"

Henfon yang vibrate di kepala tadi cepat-cepat aku capai takut pulak vibrate lame lame kat kepala aku ni jadi bengong tak pasal otak aku..
Tapi pagi ini tak sama macam pagi pagi yang lain sebelum ni, agak liat jugak mate aku nak terbuka luas macam ni. Semangat hari pertama sekolah punya pasal segar je mate aku macam aku dah tidur puas selama berhari hari ..

Tuala yang bersangkut di ampaian belakang pintu bilik aku capai sementara aku mengerling ke bilik sebelah.
'Aih ? Bunyi alarm macam nak bergegor dunia masih tak bangun lagi? Bernafas lagi ke tak budak ni..' 
Sambil aku mengintai tiba tiba ting ! Idea muncul tanpa dipinta.

Dengan perlahan aku mengorak langkah tak lupa tangan aku angkat separas dada dengan kedua dua tapak tangan aku buka luas dalam hati tak usah di khabor lee tak sabar aku nak tunggu reaksi die nanti mulut terherot herot menahan sengih dan ketawa. Mana boleh ketawa sekarang nanti terjaga spoil lah plan aku.. 'Come to mama' hahah

Mata aku memandang tepat pada target .. Besar membulat betul target aku ni tunggu lah tak lama lagi aku akan mencapai kejayaan. Maaf aku menggila bile nak buat kerja jahat.

Aku semakin dekat dengan tubuh yang sedang berkuak lentang di atas katil sambil mulutnya yang gigih mengeluarkan air liur basi yang busuk nya tak tentuang tak tentuang melakar peta di setiap bantal di sekelilingnya.. Aku semakin hampir dan...
  pappp!!!!!

Tubuh yang tadi nye tidak bergerak akhirnya terbangun tiba tiba gaya macam hantu cina yang bangun dari kubur serta merta pangg ! kepala nya terhantuk pada besi yang menahan tilam diatasnya. Paham paham jelah bile dah katil double dacker.. Tak payah tipu kalau korang cakap sekali pon tak pernah terantuk dengan katil atas.

Mase tu, tuhan je tahu betapa menggelupurnya aku menahan perut sambil ketawa terbahak bahak setelah melihat reaksi adik aku yang dah bengong sebab terantuk dengan besi tu , ditambah pulak bangun secara mengejut dengan muka yang bingung.

Walaupun dia masih mamai dan blur tapi cukup buat aku geli hati yang teramat pagi ni. Die masih lagi dalam keadaan blur sambil menggosok kepala dann punggung nya yang telah menjadi sasaran tamparan padu aku tadi. Hamek kau! Lain kali tidur tu ingat dunia!

'Nasib kau lah angah.. Janji kau dah jadi bahan penyeri pagi aku'

Penat. Gelak ingat tak penat ke. Tibe tibe pundi kencing aku memberi amaran untuk aku melunaskan ape yang patut di tandas. Memang sepatutnya aku mandi pon kan tadi tulah sebok sangat nak sakat orang.

Segera kaki aku melangkah masuk ke dalam bilik air yang bersebelah sahaja dengan bilik beradu aku.
Baik aku cepat sebelum budak tu betul betul sedar ape yang jadi. Tak pasal aku kene serangan balas dari dia...

Sumpah tak boleh lupa muka dia tadi...

***************************

Pandang sebab comel atau jodoh ? Stories to obsess over. Discover now