Part 50 - Sentuh

2.2K 168 28
                                    

•••


Buat perangai.

Ya siapa lagi kalau bukan Kim Taehyung?
Aku dah malas nak buka mulut. Kalau aku explain je, mesti lelaki itu tidak akan percaya. Susah kalau nak berkomunikasi dengan lelaki itu. Ikut kepala dia je. Tch,keras kepala. Hentak dengan buah kelapa pun rasanya masih tak pecah kepala dia.

Bila masuk sahaja di rumah, Taehyung terus naik ketingkat atas tanpa pedulikan aku yang masih tercegat di bawah. Aku dengan langkah yang perlahan mula menuju kearah dapur. Tekak aku dah mula rasa kering.

" Eunah study dekat luar ya tadi? "

Hampir tersedak aku dibuatnya. Nasib baik aku sempat telan air minum. Aku menoleh sekejap dan ternyata yang tegur tadi omma. Kus semangat. Boleh buat sakit jantung.

" haah, dengan kawan. Baru je balik ni." kata aku sambil mencuci mug kaca itu dan diletakkan di tempat asal dia.

" siapa ambik? "

" uh...Taehyung oppa. " kata aku. Omma hanya mengangguk. Aku lihat pakaian omma pada hari ini nampak formal. Mesti dia ada hal urusan luar.

" omma nak keluar eh? "

" iya, itu tunggu kamu dengan Taehyung balik rumah dulu. Mungkin omma balik lewat harini. Tengah malam mungkin. Sebab nak saing balik sekali dengan appa. Taehyung harini tak ada class kan? " tanya omma. Aku tak tahu nak cakap apa.

" em rasanya. " jawab aku kurang pasti.

" baiklah kalau macam tu. Omma pergi dulu ya? "

Selepas sahaja omma peluk dan berlaga pipi dengan aku, dia terus keluar rumah. Aku pula yang masih tercegat disini. Mata aku terus pandang ke tingkat atas. Sunyi.

Bila aku nak bergerak ke tingkat atas dan ingin masuk kedalam bilik, Taehyung baru sahaja keluar dari bilik dia dan meneruni laju di tangga itu. Pakaian dia dah bertukar kepada t-shirt putih dan seluar pendek paras lutut.

Aku pula yang masih tercegat dekat atas tangga. Taehyung pula berbuat bodoh dengan aku bila dia berselisih dengan aku semasa turun dari tangga tadi. Aku dah lama bersabar.Tinggal nak melepas je semua.

" awak tak ada class eh harini? " tanya aku terus yang masih di atas tangga. Suara aku memang dah kuat sebab satu rumah ni bergema dengan suara aku. Yalah, sunyi.

Taehyung kini sudahpun berada di ruangan tamu dan sedang elok duduk di atas sofa panjang itu. Malah, dia sempat bukak tv dengan suara yang sengaja dikuatkan. Semakin lama semakin kuat.

" awak perlahankan sikitlah volume tu." tegur aku. Tapi dia masih dengan keras kepala dia. Aku terus kawal diri aku dan banyakkan bersabar. Taehyung mula tunjukkan perangai lama dia.

" awak." kali ini aku sudahpun berada di ruang tamu itu. Dengan berdiri tegak sambil melihat dia. Lelaki itu masih buat bodoh. Malah, kaki dia sempat diletakkan di atas meja panjang yang disediakan disitu.

Aku dah dapat satu idea. Terus tangan aku mengambil remote tv yang Taehyung letakkan di atas sofa itu lalu aku terus matikan tv. Kelihatan Taehyung pandang aku dengan riak wajah dia dingin.

" on kan tv tu balik." ucap Taehyung terus menoleh kearah aku.

" taknak."

" bak sini remote tu." minta dia.

" tak boleh." kali ini aku semakin jauhkan remote tv itu daripada dia. Sengaja. Haa buatlah bodoh lagi dengan aku. Puas hati dapat dengki dia.

ᴏᴘᴘᴀ sᴀʀᴀɴɢʜᴀᴇ! | ᴛᴀᴇʜʏᴜɴɢ✔Where stories live. Discover now