Part 49 - Jealousy

Start from the beginning
                                    

Dan ini buatkan aku rasa tak suka. Berduan-duaan dengan lelaki itu. Lepas sahaja Ryeon dan Qyya pergi, aku pun hendak pergi dari situ. Barang-barang aku terus dikemas ke dalam beg.

" awak dah nak balik ke? " Jungkook tiba-tiba menegur aku. Aku pula hanya mengangguk. Malas mahu keluarkan suara.

" awak balik naik apa? "

" naik kereta la. Takkanlah terbang kot? " jawab aku selamba tanpa memandang kearah dia. Selesai sahaja mengemas barang, aku terus keluar dari tempat itu. Meninggalkan dia yang masih terpingga-pingga.

" kenapa awak dingin dengan saya? Cuba cakap, saya buat salah apa sampai awak palau saya."

" eh. Awk tak buat apa-apa. Saya layan awak biasa je. Awak yang salah faham." balas aku sambil berjalan. Diikuti Jungkook dari belakang.

" awak macam cuba jauhkan diri dari saya.  Kalau awak nak reject saya pun, janganlah sampai tak hiraukan saya langsung. Kita boleh berkawan kan? " ucap dia sambil mencuba berjalan bersebelahan dengan aku.

" Jungkook, boleh tak awak tinggalkan saya seorang? Awak pergi lah balik sana." kata aku sambil terus berhenti sekejap. Melihat wajah lelaki itu.

" saya nak temankan awak, salah ke? "

" tak salah cuma saya rasa tak selesa.Baik awak balik dulu. Saya taknak orang yang kenal kita nanti pandang lain nanti." kata aku geram. Dia masih lagi seperti tadi, buat-buat tak faham. Masih juga mahu mengikut aku. Baru sahaja aku nak melangkah semula kehadapan, mata aku ternampak seseorang yang aku amat kenali. Dia dengan tenang sedang berdiri diantara ramai orang disitu. Baru aku sedar dengan siapa aku berjalan sekarang ni.

Satu lagi masalah yang akan datang. Cemburu buta.


•••


" saya nak pergi toilet sekejap." tiba-tiba sahaja gadis itu memberi alasan mahu ke tandas. Aku pula hanya diamkan diri. Kini yang tinggal hanya aku dengan budak yang bersama dengan Eunah tadi.

" aku rasa sebelum ni aku pernah nampak kau bukan? " tanya aku mula tegur dia.Dia nampak seperti buat-buat tak dengar bila aku tegur dia.

" ouh.. Kau kan yang selalu kacau Eunah waktu dulu? Tak sangka pula kau jadi oppa Eunah sekarang."  aku dah mula rasa panas telinga.

" aku bukan oppa dia. Aku boyfriend dia." terus laju ayat yang keluar dari mulut aku. Kelihatan budak lelaki yang agak muda beberapa tahun dengan aku itu seperti memandang kearah aku dengan riak wajah pelik.

" boyfriend? Hmm intresting. Abang suka dekat adik sendiri. " balas dia bersahaja sambil memandang ketempat lain.

" dia bukannya adik kandung aku."

" but dia still adik angkat kau." balas dia.

" woi budak. Kau muda lagi dari aku. Bercakap tu tolong formal sikit." aku menolak belakang kepala dia dengan tangan aku. Dia terus pandang tajam kearah aku.

" dengan kau? Maaflah aku pun tak ingin nak bercakap dengan tegur kau. Apapun, buat pengetahuan kau .. aku sukakan Eunah. Better kau carilah perempuan lain selain dari dia. Nampak pelik tahu, abang suka dekat adik sendiri. " ujar dia.

Aku dah ketap gigi aku sendiri. Sabar Taehyung, dia still budak lagi. Tak mimpi lagi. Tapi apasal dia ni nak dekat sama tinggi dengan aku ni?


Tak lama kemudian muncul keluar Eunah dari tandas. Dia masih terpinga-pinga kerana melihat aku dan budak lelaki itu masih setia menunggu di sini.

" erm.. Jungkook, awak tak balik lagi ke? " tanya dia. Baru aku tahu, nama budak ni Jungkook.

" belum, saya tunggu awak keluar." balas dia sambil tersenyum kearah Eunah. Aku pula yang perihati sudah panas hati bila Eunah balas senyuman dia.

" jom balik." pantas pergelangan tangan Eunah aku tarik. Meninggalkan Jungkook sendirian disitu.

'' boyfriend? Hmm intresting. Abang suka dekat adik sendiri ''

Masih lagi terngiang-ngiang suara budak itu di telinga aku. Pegangan tangan aku di pergelangan tangan Eunah aku semakin eratkan. Aku peduli apa. Kaitan kekeluargaan bukan penghalang bagi aku untuk bersama dengan Eunah.








•••

Oppa! Saranghae💓

ᴏᴘᴘᴀ sᴀʀᴀɴɢʜᴀᴇ! | ᴛᴀᴇʜʏᴜɴɢ✔Where stories live. Discover now