Suatu Ketika, Aku dan Padi

Depuis le début
                                    

"Aku boleh meluangkan masa bersama kau, Padi." Aku mendepakan tangan. Angin pagi yang bertiup segar itu membuatkan aku berasa bertenaga untuk memulakan hari-hari baharu di dalam kehidupanku. Serta-merta, aku terlupa akan niatku yang ingin ke bilik muzik itu.

"Padi, aku ingin menyambung kisah semalam." Aku mula mengambil tempat di sebelah Padi.

"Tentang dua manusia yang tidak sewajarnya berjumpa. Dan saling jatuh cinta." Sambil berbaring, aku menyambung;

"Pada suatu hari, dua minggu setelah hari orientasi, aku dipertayangkan dengan sebuah drama yang sungguh menyayat hati, bagi sesiapa jua yang menyaksikannya. Sebuah kisah terulung, yang dikatakan benar oleh para penghuni asrama yang lain.

Kisahnya bermula, apabila salah seorang pelajar tahun tiga asrama ini, iaitu Emir, telah jatuh cinta kepada Diana, pelajar tahun pertama yang baru sahaja memasuki asrama ini.

Kisah cinta mereka, dikatakan terulung kerana hampir kesemua penghuni asrama ini merestui hubungan mereka.

Pelik bukan, Padi? Bagaimana mereka boleh saling bercinta sedangkan mereka mempunyai jantina yang sama?" Aku tergelak kecil.

"Eh! Aku baru teringat yang aku perlu ke bilik muzik. Mungkin, aku akan menyambung kisah ini, pada esok hari?" Aku bingkas bangun lalu menyapu punggung. Sambil tersenyum ke arah Padi, aku berbisik perlahan,

"Aku akan kembali."

-----------------

Kau begitu sempurna,
Di mataku, kau begitu indah.
Kau membuat diriku,
Akan selalu memujamu..

Nyanyian aku terhenti apabila aku terdengar ketukan di pintu. Aku bingkas bangun, lalu langkah diatur ke arah pintu.

"Oh, Warden Anne. Kenapa?" Aku tertanya-tanya dengan kedatangan Warden asrama itu.

"Mak ayah kamu dah tunggu." Warden kemudiannya menggamit entah siapa manusia-manusia di hujung tangga.

"Eh kenapa pulak?" Aku mula panik.

"Kamu lupa? Hari ini sudah masuk 7 Mei. Ulang tahun Diana yang ke----"

"Kau merepek apa ni, sial? Pergi mampus sana!" Aku mula marah. Darah aku seakan menyerbu sehingga ke muka.

Tiba-tiba ada tiga orang pelajar nenyerbu ke arah aku. Dua daripada mereka, memegang tangan kiri aku manakala yang lagi seorang, merangkul tangan kanan aku dengan erat.

"Eh, korang ni siapa? Apahal korang tau aku kidal ni?? Lepaslah woi!" Aku meronta-ronta dengan lebih agresif.

"Diam!" Warden Anne bertempik nyaring ke arah aku.

Aku terkejut. Aku lihat, wajah Warden Anne bertukar menjadi wajah Mia, satu-satunya manusia yang tidak merestui hubungan Diana dan Emir.

Kenapa Mia ada dekat sini..?

"Kau memang patut mati, Emir!" Mia mengacukan sebilah pisau lipat ke arah aku.

Aku tergamam. Tangan aku terketar-ketar dan badan aku mula lembik, jatuh ke tanah...

Bukan! Aku sekarang berada di atas katil!

"Pegang dia elok-elok!" Aku mengelipkan mata lalu aku dapat melihat seseorang yang memakai kot putih bertanda nama 'Tengku Raja' memang jarum suntikan yang amat panjang dan besar. Di sisi kanan dan kiriku, ada dua orang perempuan yang memakai topeng mulut berwarna putih serta berseragam jururawat, memegang erat tubuh badan aku.

Apa yang sedang berlaku ini...

Aku terbaring. Segala-galanya begitu memeningkan. Barang seminit dua, aku terasa badan aku seakan diangkat menuju ke langit.

Tinggi, dan tinggi..

---------------

Aku kat mana ni?

"I just can't control myself!"

Siapa tu? Kenapa dia hantuk kepala dekat dinding?

"I just can't control myself!"

Samar-samar, aku lihat satu figura menghantukkan kepalanya pada satu dinding bercat putih.

Woi berhentilah. Kau buat apa tu?!! Nanti terluka....

Aku cuba menggapai tubuh itu, berusaha untuk menghalang perbuatannya yang menghantukkan dinding tanpa henti itu.

Berhenti...Tolong berhenti..

Kaki aku yang sedang berlari tiba-tiba keras dan kaku seperti digam. Aku terhuyung hayang sebentar sebelum tubuhku mencecah lantai.

Berhenti...

Tangan aku terjatuh ke bawah seiring dengan tubuh dia yang mula melembik.

Tolonglah..Berhenti..

Story PendekOù les histoires vivent. Découvrez maintenant