Pergi Mati.

121 15 9
                                    

Kemarahan aku mula meledak. Tolonglah. Aku juga punya tahap maksimum untuk aku melepasi kesabaranku. 

Senyuman mengejek mereka benar benar menguji kesabaranku. Ah! Nafsu membunuhku ini tidak dapat ditahan lagi. Aku perlu melakukan sesuatu untuk melepaskan segalanya. Segalanya!

Senja Ramadhan ke-13. Hari ini tugasku membancuhku air. Eh, bukankah hari hari sememangnya aku dikulikan? Setitis demi setitis cecair menitik dari botol hikmat itu, makin membangkitkan gelojak perasaanku tanpa sabar lagi. Kekejaman mereka dilayarkan tanpa henti di kotak fikiranku untuk menguatkan lagi keyakinanku yang secara tibanya, goyah dengan apa yang bakal kulakukan.

Mustahil, aku mampu untuk melupakan semua kenangan baik yang pahit atau yang manis. Yang manis. Perkataan manis itu, seakan menjadi batu penghalang untuk aku melakukan semuanya.

Tanpa sedar, air mataku menitis sayu.

Sejahat mana mereka, mereka masih keluargamu. Darah mereka adalah darahmu. Mereka juga lahir bersama ibu dan bapa yang sama sepertimu.

Ibumu, sudah juga berkorban segalanya. Segala hutang dan bil, dilangsaikan tanpa leteran. Jauh sekali sikapnya jika mahu dibandingkan dengan saudara jauhmu. Lewat membayar hutang yang setakatnya rm100, sudah mengugut yang macam macam. Walhal, jika diikutkan, stabil lagi kewangan ibumu berbanding mereka.

Aku menghela nafas panjang. Air yang dikacau tadi, aku biar di atas meja.

Azan yang berkumandang di corong radio, aku biar. Sambil mengemas barang, aku mengeluh perlahan,

Biar aku yang pergi.

Story PendekWhere stories live. Discover now