#14

7.7K 377 4
                                    

Farrid memandang Shafika yang khusyuk menghadap laptop itu . Dari tadi dia tenung gadis itu tapi Shafika langsung tak pandang dia . 

" Shaff "

" Yes ? "

Hah tengok tu tengok ! Jawab tapi mata menghadap laptop tu lagi . 

" Eyy pandanglah akuuu "

Shafika berhenti menaip . Dia mengerutkan dahi memandang Farrid . Dia salah dengar ke tadi ?

Farrid Affiq merengek merayu suruh pandang ?! What the ! 

" Kau okay tak harini ? Mabuk ke ? Tiba-tiba macam si Sorfina tu dah kenapa ? " sindir Shafika .

Farrid tersenyum kecil . Dia suka bila Shafika berlagak savage macam ni . His girl is back . Dia sebenarnya cuma nak Shafika pandang dia je tapi TERkeluar suara macam tu . 

" Okaylah . Hish apahal samakan dengan minah tu . Aku okay cuma kau tu tak payah khusyuk sangat siapkan jadual aktiviti kelab tu . Kang sakit , aku yang risau " Farrid bersandar pada kerusi sambil menyilangkan tangan di dada . Mata memandang Shafika yang bersemu merah itu . 

Shafika terkedu . Farrid ni memang aneh sejak kebelakangan ni . Macam kena rasuk syaitan nirojim je dia tengok . Tiba-tiba acah sweetlah , acah bagi pickup lines ah . Eh eh seram pula dia . Hati dia pun bukan boleh percaya . Kang ada yang masuk hospital sebab sakit jantung . 

" Dah apahal kau nak risau pula . Ehh ehh merepek je " balas Shafika sambil sambung buat kerja . Taknak pandang Farrid . Nanti ada yang dari mata turun ke hati lepastu sweat drop . 

Farrid tergelak kecil . Dia dah agak dah mesti Shafika takkan pandang dia . Memang selalu macam tu pun . Kalau ada aktiviti kelab , Farrid mesti akan dekat dengan Shafika lepastu gadis itu lebih rela tak pandang dia. 

" Yelah kau kan buah hati aku . Kenalah risau . Cik abang mana tak risaukan cik adik dia kan " usik Farrid . Dia tergelak besar bila Shafika menjeling dia . 

Shafika menjeling Farrid . Habis budak lain tersengih-sengih pandang mereka berdua . Yelah ingat senang nak tengok Farrid Affiq tersenyum gelak macam sekarang . 

" Cik abang sangatlah . So kena panggil abang Affiq lah ni  " Shafika menjawab dengan selamba tanpa melihat riak wajah Farrid . 

Farrid terkedu .

What did she said ? Dia baru panggil abang Affiq ke tadi ? Walaweii hati aku berdegup laju woi ! 

Shafika yang merasakan tiada tindak balas mengangkat kepala . Dia memerhatikan Farrid yang senyap memandang dia . Dah kenapa ? Dia mengingatkan balik apa yang dia cakap tadi . Tiba-tiba Shafika membuntangkan mata dia . 

Shit ! Aku ni kalau cakap memang main tibai je . Patutlah dia senyap je . 

" Senior Affiq memang nak tenung Senior Shaff je ke ? " sampuk suara Aina , junior mereka . 

Farrid terus tersedar . Dia berdehem kecil sebelum memandang Shafika . 

Deg !

Mereka saling berpandangan . Yelah duduk pun berhadapan kan . 


Tbc

My FondnessOnde histórias criam vida. Descubra agora