Bab 9

907 22 0
                                    

"HANDSOME, what are you doing here?" soal wanita yang memakai dress merah sendat. Menampakkan setiap inci lekuk tubuh yang menggoda.

Matanya bersinar galak memandang tanpa silu lelaki tinggi lampai yang sudah lama terlalu lama tidak muncul di dalam dunianya. Lelaki yang pernah meninggalkan parut di hatinya.

"I need your help."

"My help?" soal wanita itu tertawa sinis. Lelaki itu tidak pernah meminta apa-apa daripadanya biarpun dia tidak kisah memberikan satu dunia untuk lelaki itu. Malah lelaki itu tidak mahu ada kaitan dengannya.

Matanya terus meratah tubuh lelaki itu bagai tidak puas. Dari atas ke bawah. Dari bawah ke atas. Lelaki itu semakin menarik seiring dengan usia. Karisma lelaki itu semakin menyerlah.

Hati yang sudah lama koma kini berdenyut kembali dengan kehadiran lelaki itu. Lelaki yang menjadi penyebab hatinya begitu. Satu-satunya lelaki yang pernah berada di dalam hati wanitanya.

"I need your help," ulang Ghazi serius. Jika dia tidak menemui jalan buntu, dia tidak akan sesekali muncul di hadapan wanita itu yang pernah punya sejarah dengannya.

"You tak pernah perlukan I sebelum ni, handsome." Bibir merah darah merekah dengan senyuman menggoda.

"Will you help me?"

"Tak ada benda percuma dalam hidup ni, Ghaz."

"What do you want?" soal Ghazi dingin.

"You," balas wanita itu bersahaja. Hanya lelaki itu yang dimahukannya. Malang sekali Ghazi tidak sudi menjadi miliknya.

Dia yang mampu menggoda seribu lelaki tidak mampu menjadikan Ghazi miliknya. Lelaki itu tidak berminat dengannya. Namun siapa sangka lelaki itu kini sudah beristeri dan punya anak kecil yang comel.

Ya, dia sentiasa mengikuti perkembangan lelaki itu. Biar lelaki itu tidak sudi, hatinya tetap berdegil. Tetap ingin tahu tentang lelaki yang tidak pernah peduli tentangnya.

"I want you," tekan wanita itu mahukan jawapan.

Ghazi tersenyum sinis. Permintaan yang takkan sesekali ditunaikan. Jiwanya hanya milik Batrisyia. Tiada wanita lain yang dapat mengambil tempat Batrisyia di dalam hidupnya.

Tanpa banyak bicara dia melangkah pergi. Tiada jawapan yanh diberikan. Tidak perlu dipertimbangkan.

Wanita itu tersenyum sayu. Matanya melekap pada belakang tubuh lelaki itu. Terlalu dingin dengannya. Namun mampu tersenyum bahagia di hadapan isteri tercinta. Kenapa bukan dia jadi pilihan lelaki itu?!

Bad Boy ReturnsWhere stories live. Discover now