Bab 2

1.3K 25 0
                                    

"TAK ada lagi?" soal Ghazi senada.

Rocky mengangguk sahaja. Tidak mampu memberi penjelasan pada majikannya yang jelas cuba mengawal amarah di dada.

Sekali lagi mereka kehilangan jejak. Siasatan yang dilakukan menemui jalan buntu. Musuh mereka nyata bukan calang-calang orang. Musuh itu terlalu licik dan berpengaruh.

Ghazi tersenyum sinis. Mata mula memerah marah. Ya, kemarahannya bukan sedikit. Malah menjulang tinggi.

Si musuh begitu berani merampas insan yang cukup berharga di dalam hidupnya. Mana mungkin dia tidak marah!

"Useless!" deram Ghazi bengang.

Rocky diam sahaja. Tidak melawan dibedil begitu. Majikannya berhak menghamunnya. Tugas yang diberikan tidak dapat dilangsaikan. Kemampuannya layak dipertikai.

"Damn it!"

Fail di atas meja dihempas bengang. Bertaburan dokumen penting syarikat melayang ke lantai. Soal syarikat tidak lagi penting padanya. Hanya satu nama yang menjadi fokus utama. Batrisyia!

Dada bidang Ghazi berombak hebat. Amukan amarah tidak dapat ditahan lagi. Buku limanya melekap di meja kaca melampiaskan rasa yang menyesakkan dada. Kaca yang menjadi mangsa retak seribu. Seperti hatinya yang retak ketika ini.

Rasa sakit yang menjalar langsung tidak diendahkan. Merah buku limanya tidak dipedulikan. Sakit di hati lebih bisanya. Terlalu perit.

"Abang takkan putus asa, Trisy. I will find you," ucapnya lirih. Menabur janji yang pasti ditepati.

Walau ke hujung dunia sekalipun, dia tetap akan menjejak wanita itu. Wanita yang terlalu berharga di dalam hidupnya. Tidak ternilai. Biar beribu tahun lamanya, dia tetap akan menemui suri hidupnya itu.

Hidupnya terasa kosong tanpa wanita itu. Terasa tidak bermakna. Jiwanya bagai dicarik kejam dengan kehilangan sang isteri. Dia akan memastikan isterinya kembali ke sisinya.

Tempat seorang Batrisyia hanya di sisi Ghazinya. Itu janji yang dimeterai di antara mereka. Janji yang tak mungkin dimungkiri!

Bad Boy ReturnsWhere stories live. Discover now