"Kau apahal emo ni. Nak lepak tak? Aku boleh whatsapp mama, cakap kita balik lambat sikit."

"Hm. Secret recipe weh. Aku teringin àu lait."

"Paw nombor satu!"

-------------------

"Sejak bila kau crush Haziq ni, Dik. Bukan kau dengan Emir ke?"

"Kak Emir tu lain."

"Lain apanya. Aku peninglah dengan relation korang ni."

"Aduh, pasal Kak Emir tolak tepi dulu. Nanti aku banjir do, bang."

"Nope. Aku sumpah tak faham. Sekarang kau mintak tolong aku untuk ngorat Haziq. Masalahnya, Emir kau nak campak mana?"

"Mana aku tahu.."

"Oi, aku rasa satu dunia tahu tahap obsession dia kat kau macam mana. Mana boleh kau diam je."

Diana mengeluh kecil. Dia suka Haziq tapi Kak Emir pun dia nak jugak.

"Better kau bincang dengan Emir." Dani mengusulkan cadangan. Dia memotong chicken chop grilled with mushroom di pingannya itu kepada beberapa potongan kecil. Sambil menyuapkannya ke dalam mulut, Dani menyambung,

"Its better kau bincang. First sebab Haziq tu pure jantan. Second, bimbang jadi macam dulu tu."

"Aih."

"Kau kena faham situation Emir. Dia dah tak lama dah."

"Aku tahu. Nantilah aku fikir balik."

"Great. Nganga cepat, habiskan chicken chop ni,"

"Nyum nyum nyum nyum nyum, delicious!"
-----------------

"Syafa!"

Syafa yang sedang membetulkan tali kasutnya tersentak sekejap. Dia berpusing dan melihat Daniel Padilla sedang berlari ke arahnya.

"How are you?" Oh, itu bukan Daniel Padilla. Cuma kembarnya dari Malaysia, Dani a.k.a Romeo Boy.

"I'm fine, thank you." Syafa sengih bagi jawapan buku teks.

"Adam mana Adam?"

"Kelaslah. Asal tanya aku," Syafa kerut dahi bingung.

"Ah, kau kan makwe dia." Suara Dani dah macam jauh hati je tu.

"Nope. Aku tunggu kau."

Dani terus tekan brek mengejut sehinggakan budak belakangnya terhempuk hidung pada beg kalis peluru milik Dani.

"Kau cakap apa.. Damn juns, kau langgar beg aku?" Dahlah tengah keliru, boleh pula ada drama hidung berdarah dekat depan kelas ini.

"Shit, berdarah. Tunduk juns tunduk. Kau pergi cangkung sebelah longkang taman herba sana dulu." Syafa selaku member kelab St. John kelam kabut memberi arahan. Student junior yang sudah pening pening lalat itu menonong jalan tertunduk-tunduk ke arah longkang kecil yang ditunjuk Syafa. Malangnya, kaki junior itu boleh pula terlanggar batu bata yang disusun cantik di tepi taman herba itu.

Bam! Junior itu terus tersembam ke tanah.

"Pulak dah..." Dani tepuk dahi.

Dani terus mengangkat junior lelaki itu, ke belakangnya. Dia mahu memanggil Syafa, tapi Syafa sudah menghilang entah ke mana.

"Confirm dia pergi bilik St. John ni. Haih, nasib baik ringan,"

Memandangkan bilik St. John itu hanya selang dua buah kelas dari tempat perlanggaran tadi, maka bolehlah Dani tunjuk hero, siap angkat angkat budak lelaki itu.

"Syafa! Mana kau hilang ni aduh."

"Jap jap, nak ambik first aid,"

Sambil-sambil menunggu first aid kit dari Syafa, Dani membaringkan junior itu ke atas salah sebuah meja yang berada di dalam bilik St. John itu sambil cuba mengamati ke arah nametag junior itu.

"Nametag warna biru ni, form 3 ni. Apa dia buat pagi-pagi lalu kelas aku? Bukan blok lain-lain ke?"

"Adik Emir tu," Syafa yang baru menjumpai first aid setelah gigih memunggah laci-laci yang ada di bilik St. John itu mencelah.

"Oh? Imran Izan ni adik Emir?"

"Ye,"

Mata Dani ralit memerhatikan Syafa yang sedang cuba memotong kapas itu.

Layak dah ni jadi isteri aku ni.

Tetapi rupanya Syafa sekadar menyumbatkan kapas tersebut ke dalam lubang hidung Imran.

"Cis, ingatkan kau nak buat apa. Kecoh je cari first aid. Pakai tisu pun boleh,"

"Kau ada tisu ke?" Syafa mengangkat kening.

"Tak ada pulak. Hehe. Tapi kejap, budak ni pengsan ke?"

"Rasanya. Kau cuba lah tarik ibu jari kaki dia. Aku bukan muhrim," usul Syafa.

"Haha okay."

Sambil-sambil Dani membuka stoking milik adik Emir itu, Dani teringat apa yang dikatakan Syafa kepadanya tadi, sebelum Imran melanggar begnya.

"Weh Syafa, tadi apa yang kau cakap masa budak ni langgar beg aku?"

"Oh pasal Adam?"

"Ha ya."

"Aku cakap, aku tunggu kau kan." Syafa melangkah ke arah sinki.

"Kenapa kau cakap macam tu?" Dani yang keseganan, menarik tolak ibu jari kaki Imran. Tidak cukup dengan itu, dia turut mengurut-urut lembut pada sekitar tapak kaki Imran.

"Aku suka kau lah. Kau tak tau ke?"

Dani dah rasa macam nak meletup. Partikel-partikel dalam badannya seakan berlanggaran di antara satu sama lain dengan kelajuan yang maksima.

Syafa berpusing ke arah Dani sambil bersandar pada sinki yang berada tidak jauh dari tempat Imran berbaring.

"Aku direct ni confess, aku suka kat kau."

"Hah..Kau biar betul?" Dani tertunduk malu sambil menampar-nampar tapak kaki Imran dengan penuh perasaan teruja di hatinya.

"Yer. Adam pun tahu."

"Jap, apa hubungan kau dengan Adam sebenarnya?"

"Dia jiran aku lah. Plus, dia sepupu aku. Kitorang memang rapat dari kecik."

Dani tepuk dahi. Sia sia je selama ni dia cemburu pada keakraban Syafa dan Adam.

"Kalau ikutkan, Truth or Dare yang kita main haritu, sebenarnya Adam yang plan. Dia nak tengok kau jealous ke tak," jelas Syafa.

Dani terkedu. Dia tak sangka sampai macam tu sekali, Syafa bagi tanda bahawa dia ada crush padanya. Pipinya dirasakan semakin memerah. Hati Dani yang kembang kuncup, seakan tidak boleh dikawal lagi.

"So, kita ni macam mana, dah official ke?" Syafa angkat-angkat kening.

"Ahhhh..." Hampir meletup-letup jantung Dani dibuatnya.

"Jom lah ngan aku. Aku suka kau dari dulu lagi. Dahlah hensem, baik, comel, barang panas, untung aku dapat kau." Syafa sengih nakal sambil membuka langkah ke arah Dani.

"Aaaa... Janganlah dekat, gila,"

Syafa tidak mengendahkan suara Dani yang sudah terketar-ketar itu.

"Jomlah, Dani. Kita kapel eh, sayang?" Syafa kenyit mata pada Dani.

"Weh, jangan dekat..."

Tiba-tiba Syafa berhenti melangkah. Tangannya dilekapkan pada mulutnya yang tiba-tiba terlopong itu.

"Kk..kau kenapa?" Dani kehairanan.

"Hidung kau berdarah..!"

"Hah?" Dani meraba-raba hidung nya. Dia dapat melihat ada cecair berwarna merah pekat pada jari jemarinya.

Dan Dani mula merasakan dunianya gelap.

"Woi, jangan pengsan!"

Story PendekWhere stories live. Discover now