| 21

2.7K 181 9
                                    


Escaped : Hold Me Tight

Chapter : 21

Take my hand and I'll never let you down

______________________________

Seorang lelaki bersut hitam berpusing lantas kedua tangannya memegang kerusi kulitnya. Anak matanya meliar ke sekitar ruangan pejabatnya sebelum dikejutkan dengan ketukan di pintu pejabatnya. Pintu lutsinar itu ditolak dari luar lantas King menapak masuk dengan lagak sombongnya.

Masing-masing bertentangan mata ,saling tidak mahu kalah dalam renungan itu sehinggalah lelaki bersut itu tersenyum sungging.

"--may I know why was the amazing CEO wanna see me huh?-" sinis lelaki itu menyoal sambil melabuhkan duduk di ruangan sofa. Anak mata King kosong melirik tindak tanduk lelaki itu.

"Mike Star --or I should call you --Mr Swatch?" Kali ini King tersenyum sinis sambil wajahnya menyenget menjeling lelaki itu.

Lelaki itu tersenyum senget sambil tangannya menuangkan air tehnya ke dalam cawan. Bibir cawan itu didekatkan dengan bibir sambil matanya tajam bak helang. Kelat terasa air itu memasuki rongga tekaknya lantas segera diletakkan semula gelas itu di atas meja. Dia menjeling ke sisi melirik King yang masih berdiri di hadapan meja kerjanya, berpeluk tubuh memerhatikannya.












"--aku tahulah nak buat apa-!"bentak Alexander pada Kelly yang sudah mencebik padanya. Entah di mana malangnya pada hari ini, keretanya boleh pulak tersadai di tepi jalan raya. Kelly sudah menyarankan untuk call Hunter memandangkan adiknya itu serba tahu dalam hal-hal kereta ini namun, being the arrogant Alexander, he refuse to be helped.

"--awak ni betul-betul tahu ker nak baiki kereta ni?" Pertanyaan Kelly membuatkan lelaki itu menjeling tajam sambil kepalanya terkeluar sedikit dari boot keretanya.

Kelly sudah menghela nafas panjang yang berat sambil jemarinya mengetuk-ngetuk cermin kereta. Menunggu lelaki ego itu untuk sedar diri.

Sesekali Alexander mengelap dahinya yang berpeluh dengan lengannya. Sedikit tercalit minyak hitam di wajahnya yang pucat disinari cahaya mentari. Terkebil-kebil lelaki itu menjengah ke dalam enjin , melihat apa yang terkurang meski sebenarnya dia tidak berpengetahuan dalam bab itu.

Setelah beberapa minit menjenguk ke dalam rangka dalam kereta itu, akhirnya lelaki itu mengalah pada egonya jua. Perlahan -laham dia menutup semula butt keretanya lantas menapak menghampiri Kelly yang lagi berteduh di bawah pepohon rendang.


Alexander menolak lidah ke dalam mulutnya lalu sebelah tangannya menggosok belakang lehernya. Kakinya menguis-nguis sesaat tanah sebelum dibasahkan bibirnya.

"--Uhm--"

"Dah siap ker?" Sindir Kelly sambil tersengih pada lelaki itu. Alexander hanya berdehem berkali-kali, egonya sedikit tercalar.

"-kita balik dengan teksi--" lemah sahaja suara Alexander menyapa gegendang telinga Kelly.

Kelly mengemam bibirnya lantas dia berdiri dari duduk. Tangannya keawangan ingin mencapai lengan Alexander.

"Mesti awak dah buat yang terbaik kan-" Kelly cuba menyenangkan hati lelaki itu. Tangannya yang terawangan itu ditarik lembut oleh Alexander lantas Alex meletakkan tangan gadis itu di atas kepalanya.

Kelly terdiam saat tangannaya merasa rerambut lembut itu, lantas dia mengelus lembut rambut lelaki itu sambil bibirnya terukir senyuman kecil.

Bagi Alexander pula, dirinya terasa bahagia..this warm...his heart feels the warm again... anak matanya memerhati dalam-dalam anak mata gadis itu.
Those sparks in her eyes..
Make his heart beat out loud..

Escaped : Hold Me Tight[Book 2]✔Where stories live. Discover now