"Tengku buat apa kat sini?" tanya Alisya lagi dengan berani walaupun hatinya dah hampir meletup dengan jarak mereka ketika ini.

"Saya nak jalankan tanggungjawab saya sebagai suami dan tugas kau cuma untuk turuti. Faham?" kata Tengku Arian lalu mendekatkan lagi mukanya ke muka Alisya yang dah memerah seperti tomato itu.

Alisya terkaku dan lidahnya terkelu. "Senyap maknanya faham."

Tengku Arian tersenyum sebelum berjalan ke arah suis yang terletak di sebelah pintu sebelum dimatikannya.

"Assalamualaikum!" kata Tengku Arian.

Alisya yang masih lagi terkejut tidak dapat berbuat apa-apa.

Geram dengan keadaan itu, Tengku Arian berjalan semula ke arah Alisya. "Assalamualaikum!"

Tengku Arian mengulanginya lagi tapi lebih perlahan sambil tangannya diliarkan disekitar muka Alisya.

"Waalaikumusalam!"

Alisya yang bagaikan terkena sumpahan itu mengikut arahan dan sempurnalah malam mereka sebagai suami isteri yang sah.

-

*Ringggg~*

Jam yang sedia ada di meja bersebelahan katil menjerit mengejutkan Alisya dari tidurnya.

Dengan mata masih tertutup rapat, "ISH! Bising lah jam ni."Alisya membebel sambil tangannya liat mencari kelibat jam loceng itu sebelum tiba-tiba jam itu berhenti berbunyi.

'Eh peliknya! Aku tak sentuh pun lagi tapi dia dah senyap. Selalunya kalau tak disentuh lagi tu dia memekak.'

Alisya kembali menyambung tidurnya tetapi sesaat dua kemudian dia kembali terjaga tatkala katilnya mendap di bahagian hujung sehingga mengejutkannya.

Matanya terbeliak tatkala terpandang suaminya yang hanya berseluar pendek sambil tangannya memegang dulang yang berisi makanan.

"Good morning!"ucap Tengku Arian dengan manis dan lembut.

'Cair hati aku pagi-pagi ini.'

Alisya yang tersentak hanya tersenyum sebelum imbasan malam semalam kembali menerjah otaknya.

"Morning!"Alisya menjawab sebelum badannya didudukkan menghadap suaminya.

"Apa yang Tengku buat ni?"tanya Alisya pelik dengan kelakuan baik suaminya itu dengan tiba-tiba.

"Make breakfast for my beautiful wife!"jawab Tengku Arian lalu menyerahkan dulang itu di atas riba isterinya.

'OKAY!! Ni sangat pelik. Dia sakit ke?'

Alisya meletakkan tapak tangannya di dahi Tengku Arian. 'Tak panas pun.'

Alisya semakin keliru. Namun tanpa dia sedar, Tengku Arin sudah tersengih sendiri melihat gelagat isterinya.

"I'm okay!"

Tengku Arian mengalihkan tangan Alisya yang berada di dahinya dan kemudian dibelainya dengan lembut.

Alisya yang semakin cair dengan kelakuan Tengku Arin terus menarik tangannya dengan lembut lalu dengan pantas tangannya mencapai roti bakar yang dihidangkan di dalam pinggan.

"Bismillah!"

"Macam mana sedap tak?" tanya Tengku Arian untuk mengubah suasana yang senyap itu.

Alisya mengangguk ikhlas dan terpampang senyuman gembira di bibir Tengku Arian.

'Perubahan 360 darjah suami aku ni.'

Alisya yang masih tidak dapat memahami perubahan Tengku Arian masih terus mencari sebab perubahan suaminya itu.

Alisya yang berasa tidak selesa dengan pandangan Tengku Arian hanya memandang ke arah dulang di ribanya.

"Tak nak tanya ke kenapa abang berubah?" tanya Tengku Arian tiba-tiba sehingga tersedak Alisya bukan kerana soalan itu tapi panggilan yang diberikan sendiri oleh Tengku Arian.

'Abang?!?!'

Alisya yang masih terbatuk-batuk memandang Tengku Arian lalu laju kepalanya mengangguk.

"Sebab abang dah berjanji untuk berubah dan menjaga hubungan kita sebagai suami isteri."jawab Tengku Arian.

"Kata-kata mama semalam buatkan abang terfikir dan bertanya yang betul ke abang dah jalankan tanggungjawab abang sebagai ketua keluarga dan suami yang baik kepada isterinya."

Alisya terpinga dengan kata-kata Tengku Arian dan sedikit sebanyak hatinya tersentuh, 'Dia betul-betul nak berubah!'

Alisya senang dengan perubahan suaminya itu mengucapkan tanda syukur, 'Ya Allah! Terima kasih untuk hidayah yang Kau berikan kepada suamiku.'

"Alhamdulillah!" Alisya membalas tatkala mata mereka bertembung.

"Saya senang dengan perubahan Tengku." kata Alisya ikhlas.

"Apa Tengku-tengku ni? Panggil abang je." Tengku Arian membantah.

Alisya yang tidak biasa dengan panggilan itu sedikit tergagap-gagap, "A-abang!"

Tengku Arian tersenyum dan laju tangannya mengusap rambut Alisya.

Dum Dum Dum~

Jantung Alisya yang bagaikan ingin terkeluar akibat pergerakkannya yang terlalu laju dalam masa seminit.

"Sayang makan sampai habis tau, lepas itu letak je dulang tu kat atas meja nanti abang ambil." Tengku Arian memberitahu Alisya sebelum dia mula berdiri untuk keluar.

"Kalau sayang nak apa-apa, call abang ye. Abang ada kat gym dekat lobi." sambung Tengku Arian.

"Teng, eh abang, saya tak ada nombor abang. Ingat tak?" Alisya mencelah bila dia teringatkan peristiwa dengan Tun Sharifah.

'Seorang isteri tak ada nombor suaminya.'

"Ah! Abang lupa." Tengku Arian pantas mengambil telefon Alisya yang tidak mempunyai kata laluan lalu memasukkan nombornya.

"Abang dah isi, nanti apa-apa call okay?"

"Okay!"Alisya menjawab lalu tangannya mengambil telefonnya yang disuakan Tengku Arian.

"Abang pergi dulu ye. Bye sayang!" pantas itu dahi Alisya mendapat satu kucupan dari Tengku Arian.

Alisya yang terkejut hanya tersenyum paksa.

Alisya memegang dadanya lalu telefon ditangan dibuka,

My Hubby 💓

Alisya terkenang, 'Adakah ini kebahagiaan yang aku harapkan?"

-
Minhyukie-

Vote + Komen = Thankyou

[COMPLETED] Suamiku Mr JutawanWhere stories live. Discover now