Bab 39

16.8K 441 7
                                    

Happy birthday dearself 

-

"ANGAAAH!!!"

Alyessa tidak menjawab panggilan abangnya dari ruang makan yang sedang menunggu Alisya untuk turun makan.

ISSHH! Budak bertuah ni

Aiman bergegas mendaki tangga dan mengetuk pintu  bilik Alisya berberapa kali sambil mengajaknya untuk turun makan.

"Angah! Dah lah merajuk tu, jom turun makan. Tadi kau dah tak makan tengah hari then takkan malam pun kau nak skip. Kau tu karang kena gastrik baru tahu" 

Bebelan Aiman tidak mendapat sambutan dari Alisya yang masih berdiam diri dalam bilik sejak kejadian tadi.

"Angah?!" 

Aiman mencuba nasibnya sekali lagi dengan mengetuk pintu bilik adiknya tapi masih sepi tanpa suara dari dalam.

Apa budak ni buat? Senyap je kat dalam tu. Patut ke aku masuk?

Aiman berdolak-dalih sama ada dia patut masuk ataupun tidak. Takut adiknya itu akan marah kerana masuk pada waktu yang salah.

AISH! Patut ke atau tak ni?! Apa-apa jelah, baik aku masuk kalau ada apa-apa berlaku kat adik aku karang aku yang susah.

"Angah! Along masuk ni!"

Selepas tidak mendengar sebarang sahutan, Aiman memulas pemegang pintu dan memusingkannya sehingga pintu itu terbuka. Aiman menjenguk kedalam dahulu untuk menghormati privacy adiknya sebelum melangkah masuk.

Gelapnya

Aiman terkial-kial mencari suis lampu sebelum menekan dan bilik itu menjadi cerah serta merta.

"Mana dia ni?"kata Aiman dalam nada berbisik sambil mencari Alisya di dalam biliknya namun tiada satu jejak Alisya pun dijumpai. Aiman mulai panik dan mencari Alisya ditempat seperti bilik air, almari, bawah katil namun tidak juga nampak kelibat Alisya.


Namun, sehelai sticky note ditampal pada kulit buku depan novel kesayangan Alisya yang diletakkan di atas meja disebelah katil. Dengan pantas Aiman mendapatkan dan membaca nota yang ditinggalkan Alisya.

Jangan risau angah tak lari dari rumah pun, angah cuma keluar nak cari ketenangan. Nanti angah balik kalau angah dah okay

ikhlas, Alisya

Aiman mencapai telefon bimbitnya dari dalam poket dan menghubungi Alisya tetapi malangnya hanya mesin operator yang menjawab."Jawab lah angah!"

Aiman mencuba nasibnya dan menelefon adiknya tapi dengan jawapan sama operator sahaja yang menjawab. Aiman keluar dari bilik Alisya dan terus menuju ke pintu utama rumah mereka."Along nak keluar kejap"kata Aiman sambil mengambil kunci keretanya dan memakai kasut sebelum kelibat puan Anis berdiri disebelah Aiman hingga memeranjatkan lelaki itu.


"Ya Allah! Bila ibu berdiri kat sini, buat terkejut Along je lah ibu ni"


Puan Anis hanya tersenyum sebelum menjawab,"asal along terkejut pulak macam along buat salah pulak, ni nak pergi mana pulak malam-malam ni?"

"Along nak cari ang--, anggur,ha betul tu along nak cari anggur kat pasaraya jap. Tetiba along teringin nak makan"jawab Aiman menggelabah.


'Sikit lagi nak keluar, nasib baik sempat cover. Haish mulut aku ni'

Aiman menampar mulutnya dari dalam hati.Puan Anis memandangnya pelik dan membiarkan sahaja perkara itu berlalu."Balik awal, jangan nak merayap pulak"

[COMPLETED] Suamiku Mr JutawanOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz