7: Alam Mistikus

91 7 0
                                    

 "Jadi awaa yang takutkan saiya itu malam? Habis suluar saiya bau, teda boleh pakai lagi awaa tau?" Riak wajah Nahi sugul, dia sedih, seluarnya itu jenama siput yang sememangnya mahal

Rất tiếc! Hình ảnh này không tuân theo hướng dẫn nội dung. Để tiếp tục đăng tải, vui lòng xóa hoặc tải lên một hình ảnh khác.

"Jadi awaa yang takutkan saiya itu malam? Habis suluar saiya bau, teda boleh pakai lagi awaa tau?" Riak wajah Nahi sugul, dia sedih, seluarnya itu jenama siput yang sememangnya mahal. Dia terpaksa ikat perut menahan lapar untuk membeli seluar itu. Namun segalanya tinggal kenangan, selepas dibasuh bekali-kali pun seluar itu tetap berbau busuk.

"Bagus! Kau dah ingat!" Hantu itu merenung tepat ke muka Nahi, Nahi pula menunduk pandangannya, tidak sanggup dia menatap wajah menakutkan hantu itu.

"kau berdua kena perlu tanggung segala akibat dari perbuatan yang telah dilakukan," wajah hantu itu membengis.

"A..ampun, saiya sama Aldi teda niat mau kacau cik hantu, ka..." Belum sempat Nahi menghabiskan bicaranya, Hantu itu meluru ke arahnya dan mencekik batang lehernya. Nahi meronta-ronta untuk melepaskan diri, dia cuba untuk terus bernafas. urat-urat mula timbul di muka Nahi. Aldi pula tergamam, dia tidak tahu apa yang perlu dia lakukan.

"Al...Aldi! to..tolong! tolong sama saiya!" Suara Nahi tersekat-sekat meminta Aldi menolongnya.

Aldi beranikan diri, dia kuatkan semangatnya. Aldi melangkah maju untuk membantu Nahi. Namun, belum pun sempat dia berbuat apa-apa, satu daya seakan angin kencang membanting tubuhnya. Aldi terpelanting ke perdu pokok. Tengkuknya terhempas ke akar banir pokok besar itu menyebabkan aliran darah dari tengkuk ke otaknya terganggu seketika. Tubuhnya terasa terlalu lemah untuk bangkit kembali. Pandangannya pula kian kabur dan akhirnya dia tidak sedarkan diri.

Nahi semakin lemah, hantu gadis berlumuran darah itu ketawa mengilai-ngilai seperti terlalu berpuas hati dengan apa yang berlaku.

"Silamat..tinggal donia...saiya pirgi dulu..mission imposible saiya gagal" Nahi memejam kelopak matanya. Dia tidak berdaya lagi melawan kudrat hantu itu. Kesedaran Nahi kian pudar dan terus menghilang.
***

Di satu tempat yang tidak diketahui, keadaan langitnya kelam. Awan hitam berarakan perlahan. Kilat memancar dan melimpahkan cahaya benderang di sebalik awan hitam itu. Muka bumi dibawah langit kelam itu dipenuhi dengan pohon seakan pokok bakau dengan akar yang berselirat dan bertingkahan sesama sendiri.

Ditengah hutan tebal pohon seakan pokok bakau itu, tersergam sebuah istana besar dan berwarna kelabu kekusaman. Patung-patung makhluk mitos gargoyle tersusun di sekeliling istana besar itu, seakan-akan sedang mengawal persekitaran istana besar itu.

Di sebuah kamar yang sangat terpencil di dalam istana besar itu, Nahi terbaring tidak sedarkan diri di atas sebuah katil.

Pintu bilik itu dikuak seseorang, bunyi keriutan pintu kayu usang itu bergema ke seluruh bilik itu. Seorang gadis berambut lurus mengunjur ke paras bahu melangkah masuk. Dia menapak hingga ke birai katil, dimana tempat Nahi terbaring.

"Nahi.....Nahi..." suaranya gemersik bergema lalu memalu ke gegendang telinga Nahi.

Bagaikan satu hikmat, Nahi tersedar sebaik sahaja mendengar suara gadis misteri itu. Dia mengosok-gosok matanya. Kepalanya terasa berpinar. Nahi cuba untuk bangun dari baringannya, namun gagal. Dirasakan badannya tidak bermaya lagi.

SUPRANATURALNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ