12

1.3K 225 26
                                    

Sampai sahaja di rumah, Namjoon terus masuk ke dalam biliknya dan merebahkan diri di atas katil.

"Papa lapar ke?" soal Nami lalu duduk bersila di sebelah Namjoon. Namjoon tersenyum nipis seraya menggeleng.

"Papa nak rehat je, jangan kacau ye?" balas Namjoon. Nami mengangguk lalu keluar dari bilik dan berlari anak turun ke bawah.

"Grandma!" jerit Nami lalu masuk ke dalam dapur. Kelihatan Puan Kim sedang mengadun sesuatu.

"Grandma buat apa tu?" soal Nami. Ditolaknya kerusi di sebelah Puan Kim dan kerusi itu dipanjat menyamai ketinggian nya dengan Puan Kim.

"Grandma tengah buat biskut" balas Puan Kim singkat.

"Ala, kenapa tak tunggu Nami?" balas Nami sambil memuncungkan bibirnya. Puan Kim tergelak kecil lalu mencuit hidung kecil Nami.

"Nami nak tolong ke?" soal Puan Kim. Nami mengangguk laju. Puan Kim mengukirkan senyuman.

"Tolong makan je boleh?"

"Grandma!!!"

"Ye ye! Nah, Nami kacau ni dulu. Grandma nak panaskan oven dulu" ujar Puan Kim lalu memberikan pemukul telur kepada Nami.

Nami memukul adunan telur dan tepung itu perlahan. Tak lama kemudian Puan Kim memasukkan gula.

"Nami, papa mana?" soal Puan Kim sambil mengambil pemukul telur dari tangan Nami.

"Papa dekat atas. Papa tak sihat" balas Nami. Puan Kim mengerutkan dahinya.

"Grandma! Janganlah kerutkan muka tu. Kedut dah tu! Susah nak iron!" seloroh Nami sambil memegang dahi Puan Kim. Puan Kim mengetap bibir geram.

"Pandai ye! Letak benda tu dekat singki. Sekarang kena pakai mixer" ujar Puan Kim sambil memasangkan pluck mixer.

"Grandma! Nak buat!"

[Skip]

"Papaaa" Nami menolak daun pintu dengan mangkuk di tangannya. Pintu ditutup semula. Dia letakkan bubur di atas meja dan memanjat katil.

Kelihatan Namjoon masih terlena. Pipi Namjoon diusap perlahan.

"Papaa, bangunlah" Nami menggoyangkan bahu Namjoon perlahan. Namjoon mencelikkan matanya.

"Ada apa sayang?" soal Namjoon mamai. Dia menggosok matanya bagi menghilangkan mengantuk.

"Papa makan dulu ye?" balas Nami sambil menghulurkan mangkuk bubur.

"Taknak, melainkan Nami nak suap papa" balas Namjoon sambil menjongketkan kening nya.

"Ie papa ni dah besar pun minta Nami suap ke?"

"Tak boleh tak–"

"Yelah! Nami suap. Papa buka mulut" Nami menyuapkan bubur ke dalam mulut Namjoon.

"Um sedap" puji Namjoon. Nami tersenyum.

"Nami tolongkan, mestilah sedap" balas Nami sambil menyuapkan bubur ke dalam mulut Namjoon.

"Alah, tolong tengok je pun" Namjoon mencebik bibir.

"Mana ada! Nami tolong kacau tau" balas Nami tak mahu kalah.

"Baiklah sayang, Nami. Esok kita balik nae?" soal Namjoon. Nami sudah membuat muka.

"Ala, awalnya."

"Besok cuti papa dah habis. Papa mana boleh cuti lama. Lagipun kesian unnie Amber duduk rumah sendiri" balas Namjoon. Nami mengangguk.

"Okay!"

[Skip]

"Unnie Amberr!!" sampai sahaj di rumah, Nami terus berlari ke dapur dan memeluk kaki Amber.

Amber tersenyum lalu mengusap rambut panjang Nami.

"Yah, kenapa tak bagitau Nami balik hari ni? Unnie belum masak lagi tau" ujar Amber sambil membuat muka.

"Nami dah makan dekat rumah grandma tadi, unnie.. Petang ni pergi taman nae? Nami nak jumpa Cherry" ujar Nami sambil memegang tangan Amber.

"Tanya papa, kalau papa bagi, kita pergi" sepantas kilat Nami berlari anak ke atas untuk mencari Namjoon.

"Papa!!!" Nami menolak pintu bilik Namjoon dan melihat Namjoon sedang menghubungi seseorang.

"Baiklah, saya datang sekarang" telefon nya dimasukkan ke dalam poket dan kunci keretanya diambil.

"Papa, Nami nak pergi taman dengan unnie Amber boleh?" soal Nami sambil bersila di atas katil.

"Kita kan baru sampai sayang, tak penat ke?" soal Namjoon sambil mengambil kot putihnya.

"Tak"

"Besok je lah. Lagipun dah petang sangat ni. Kalau Nami penat sangat nanti demam" jawab Namjoon. Nami mula membuat muka.

"Ala papa.." Namjoon tak menjawab dan keluar dari bilik. Nami mengikut Namjoon dari belakang.

"Ala papa, bolehlahh. Unnie Amber kan ada.." Nami memegang tangan Namjoon dan membuat muka.

"Papa kata esok kan?" Nami mencebik seperti mahu menangis.

"Amber, saya mungkin balik lambat hari ni. Jangan biarkan Nami keluar"

"Nae saya faham"

Tbc

Um rindu saya tak?

Papa || K.N.J || CompleteWhere stories live. Discover now