2

1.9K 322 55
                                    

"Sayang, bangun" Namjoon menggerakkan tubuh Nami yang masih terlena. Sesekali dia mengeringkan rambutnya.

"Kejaplah papa.."

"Palli, papa nak bawa Nami pergi klinik dulu" Nami terus terduduk memandang Namjoon.

"Pergi klinik? Buat apa?" soal Nami.

"Pasal pinggang Nami tu. Nak suruh doktor check"

"Okay!"

~

"Nasib baik Nami tak apa apa tau. Kalau ada yang patah ke, papa saman kakak hodoh tu" balas Namjoon lalu mengatur langkah keluar dari klinik itu sambil memegang tangan Nami.

"Janganlah saman kakak hodoh tu. Dah lah dia kecewa tak dapat kahwin dengan papa, kena saman pula tu" seloroh Nami lalu mula ketawa kecil. Namjoon mengetap bibir geram.

"Mengada ye!" Namjoon mengangkat tubuh Nami di lengannya. Pipi Nami dicium singkat.

"Woahh papaa!! Nak ice cream!!"Nami meronta ronta untuk turun dari pegangan Namjoon dan mula berlari ke arah penjual Ice cream itu.

"Ehh ehh! Nami!"

[Skip]

Nami menuruni tangga perlahan lahan sambil mengangkat beg roda bercorak hello kitty nya.

"Ehh, kenapa tak panggil papa?" Namjoon mengambil beg roda Nami dan mula menuruni tangga.

"Papa sibuk dengan call.." balas Nami perlahan. Namjoon terdiam. Memang tadi pihak Hospital Daegu ada menghubunginya membuatkan dia lupa seketika akan Nami.

"Hospital call papa tadi. Okay dah jom" Namjoon meletakkan beg Nami di dalam bonet kereta dan mengunci rumah.

"Sebelum bergerak, kena buat apa?" soal Namjoon sambil memandang Nami. Nami berfikir sejenak.

"Kena cakap i love you papa" Nami tersenyum lebar.  Namjoon ketawa kecil.

"Aigo, pakai seatbelt sayang" Namjoon memasangkan seltbelt di tempat duduk Nami. Nami menyengir tak bersalah.

Incheon International Airport

Selesai sahaja check in dan bagasi, mereka berjalan di dalam Airport ini sementara menunggu pintu masuk dibuka lebih kurang 30 minit lagi.

"Papa, Nami lapar" ujar Nami sambil memegang perutnya. Namjoon melirik jam. Patutlah. Sudah hampir pukul 1 petang.

"Okay, Nami nak makan apa?" soal Namjoon. Nami berfikir sejenak.

"Pizza!!" Namjoon tergelak kecil. Tahu sangat akan makanan kegemaran anaknya. Juga.. Makanan kegemaran arwah isterinya.

"Okay jom" mereka mula berjalan menuju ke Pizzalicious.

"Nami nak tambah apa apa?" soal Namjoon. Nami menggeleng.

"Okay, Nami duduk dulu. Papa order dulu k? Jangan pergi mana mana tau" Nami mengangguk lalu mula menuju salah satu tempat di restoran itu.

Dia melabuhkan punggungnya dan mula memainkan telefon pintar. Tiba tiba dia terlihat seseorang yang seperti dia kenali.

"Ma.. Maa.." dia meletakkan telefonnya di atas meja dan mula mendekati wanita yang dipanggil mama itu.

"Mama!!" Nami terus memeluk wanita itu erat. Wanita itu terkejut namun cuba bertenang.

"Mama kenapa mama tinggalkan Nami dengan papa.." gadis itu terus terusan menangis.

Tiba tiba tubuhnya terasa ditarik. Kelihatan seorang kanak kanak lelaki seusianya memandangnya tajam.

"Jangan peluk mama Kook! Kook je boleh peluk mama Kook!" marah lelaki itu.

"Tak! Ini mama Nami!" Nami terusan terusan memeluk wanita itu. Tiba tiba tubuhnya diangkat.

"Nami!"

"Papa! Mama!" gadis itu terus terusan menangis. Namjoon tergamam seketika. Wajah wanita itu mirip dengan arwah isterinya.

"Nami, tu bukan mama. Tu orang lain. " ujar Namjoon lembut cuba menenangkan Nami yang masih menangis.

"Tak! Tu mama Nami!" balas Nami dan cuba melepaskan diri dari pelukan Namjoon.

"Nami, tu bukan mama"

"Papa lepas!!"

"Kim Nami! Mama dah mati!" ujar Namjoon sedikit kuat. Nami terkejut. Air matanya semakin laju mengalir.

"Papa tipu.." Namjoon terus mengangkat anak gadisnya.

"Cik, maafkan saya" ucap Namjoon kepada wanita itu lalu membawa Nami keluar dari restoran itu.

"Papa tipu! Nami benci papa!" Nami memukul mukul bahagian belakang badan Namjoon sambil menangis.

"Sayang sayang" Namjoon meletakkan Nami di kerusi. Pipi Nami yang basah diusap perlahan.

"Mama dah tak ada sayang, mama dah tinggalkan kita masa mama lahirkan Nami. Kalau mama tengok Nami macam ni, mama mesti sedih. Nami nak mama sedih?" soal Namjoon cuba bermain dengan emosi gadis itu.

"Taknak.."

"Kalau macam tu, Nami tak boleh macam ni. Kesian mama. Mama kat atas, tengah tengok Nami"

"Ta-tapi.. Kakak tu.."

"Ye papa tau kakak tu macam muka mama. Tapi tu bukan mama. Kat dunia ni, mama ada 7 orang kembar. Mungkin itu salah satu darinya. Dah taknak nangis. Anak papa tak boleh nangis. Buruk"

Namjoon mengusap pipi Nami. Nami mula mengukirkan senyuman tipis.

"Papa, betul ke mama tinggalkan kita waktu mama lahirkan Nami?" soal Nami. Namjoon mengangguk.

"Jadi kalau Nami tak lahir, mama mesti ada lagi kan?" Namjoon terus memeluk anak gadisnya.

"Sayang, apa cakap macam tu. Papa tak sukalah. Mama tinggalkan kita sebab tuhan nak jumpa mama. Bukan sebab lahirkan Nami"

Nami terdiam. Namjoon membetulkan rambut Nami yang Agak serabai.

"Okay, papa rasa kita kena masuk sekarang" Namjoon melirik jamnya.

"Tapi, Nami lapar.."

"Kita makan dalam flight okay?"

"Okay.."

Tbc

Maafkan saya, tapi saya rasa nak nangis. MAMAAA ILEBIU

Papa || K.N.J || CompleteWhere stories live. Discover now