Bab 1

39 6 1
                                        

Hai.

Agak klise lah nak berhai hai gini. Habis? Kang aku bersawadikap nampak macam tak kena pulak.

Baiklah...
Back to my journey.

Bermulanya hidup seorang gadis rupawan dan jelitawan yang bernama Kasturi.

Aik limau?
Limau hidup?

Ah kau tak payah nak bising. Dah cukup elok dah tu mak aku tak bagi nama tembikai ke, oren ke. Orang dulu2 ni jangan dibuat main. Nama old school gituh, harus bagi mereka! Anak siapa nama lagi pelik, dia lagi hebat! Jangan nak pertikaikan. Walaupun aku sendiri sampai sekarang tak tahu tang mana yang hebat tu.

Baiklah. Cukup2.

Nama aku Kasturi.

Ni dah kali ke-2 aku cakap ni.

Dalam hidup aku ni takde bende yang menarik sangat.

Adalah satu.
Mungkin dua?

Aku ni baru lepas graduate. Kiranya tengah menganggur lah ni. Sepanjang hidup aku yang membosankan di rumah ibu kesayangan aku ni hanya terbuang dengan tengok tv, baca novel2 berilmiah dan kadang2 novel yang tak berapa nak ilmiah sangat.

Sehinggalah satu hari aku nak keluar rumah, jalan2. Bosan.

"Mother, I'm going out," ujarku acah2 omputeh gituh.

"Gi mana? Dengan sape? Kau ni bila lah nak kerja, Kas? Asyik2 keluar. Ibu, ni dah tak larat dah nak tanggung kau tiap2 hari. Ibu bukannya cop duit," ceramah ibu sudah bermula.

Setiap pagi itulah rutin ibuku jika aku ingin keluar rumah.

Halah Makcik Rogayah ni bukannya takde duit pun. Berlakon je lebih. Setakat makan aku yang takdelah sampai setan i mean se-tan sehari, dia tak mampu?

Menipulah.
Dia tauke restoran kot?

"Hmm. Ala, ibu ni. Bukannya Kas tak cari. Dah apply dah pun. Tunggulah ajelah nanti diorang panggil ke tak panggil," jawab aku. Tangan sibuk mengular mencari kunci kereta kat mana.

"Itu jelah alasan kau. Takde lain," sambung ibu.

Ala bukannya aku seronok sangat pun duduk dekat rumah ni. Just, menghabiskan sisa2 masa yang tinggal dengan keluarga aku sebelum kahwin nanti. Salah ke? Kang aku dah kahwin sibuk nak rindu2 bagai. Ni dah tercongok ada depan mata, taknak hargai. Sedihlah aku macam ni.

Aku hanya mendiamkan diri. Malas nak bertekak dengan ibu sendiri. Tak sanggup nak tengok kekalahan ibu aku bila bertekak dengan juara bertahan nanti. Haha.

Ibu aku memandang.

"Ha, tu dah kenapa senyap tu? Sentap la tu,"

"Mana ada," nafiku laju.

"Eleh. Macamlah ibu ni baru kenal Kas sehari dua,"

Dan tiba2 bahuku dipeluk oleh seseorang. Siapa lagi? Kalau bukan Makcik Rogayah ni. Hai... nasib sayang. Beginilah hidup aku. Tiap2 kali aku bergaduh dengan ibu aku dan salah seorang tu sentap, pasti akan ada adegan yang suwit muwit ni.

Iyelah, dah kalau dua2 nak marah. Dua2 nak jadi api? Siapa nak jadi airnya untuk sejukkan hubungan yang tengah panas membahang ni? Makanya, seorang haruslah beralah dan menurunkan ego.

Aku nak beralah? Aku kan juara bertahan!

"Kas jangan balik lambat tau. Ibu bukan apa. Ibu marah sebab sayang anak ibu," kata ibu sambil mengusap rambutku lembut. Halusnya hati seorang ibu. Pasti juga dapat melembutkan hati seorang anaknya.

"Ok, bu," aku menyalam tangan tua itu dan terus menyeluk kunci yang rupa2nya berada dalam poket seluar sendiri.

Terlupa pula tadi aku yang masukkan dalam poket. Patutlah poket rasa macam ada sesuatu. Beria cari satu rumah, sampai kiamat pun takkan jumpa dah kalau ada dalam poket sendiri. Hai lah Kasturi.

Aku terus menghidupkan enjin kereta dan bergerak ke rumah Miya. Kami berdua merupakan kawan rapat sejak kecil dan sama2 penganggur terhormat setakat ini.

Aku sudah berjanji ingin outing dengannya harini. Bak kata najib, janji ditepati.

"Hello, kau kat mana?" Suara itu mengajukan pertanyaannya kepadaku.

"Aku on the way ni. Kau sabar jap." Balasku.

Aku menamatkan panggilan dan terus fokus dengan pemanduanku.

Sambil memandu, jariku mengetuk2 stereng kereta mengikut rentak lagu yang sedang dimainkan di corong radio.

Tiba2 di depanku hadir sebuah kereta yang sedang bergerak dengan penuh kelembapan mengalahkan itik pulang petang.

Aku hanya dapat memerhati separuh muka pemandu tersebut dari cermin pandang belakangnya.

Lelaki? Jarang ada lelaki lembab macam ni. Selalunya perempuan je. Bukan nak judge sesuka hati tetapi itulah hakikat sebenar.

Dan lagi satu. Lelaki ni tak sedar ke yang dia dekat lorong paling kanan? Mohon2lah pupus sifat pemandu macam ni? Dia ingat ni lorong untuk bersiar2 ke?

Saja aku bawa kereta betul2 rapat dengan 'bontot kereta'nya.

Aku nampak dia hanya memerhatikan aku.

Aku hanya membuat muka selamba. Lagi dia pandang dan lagi dia lembab lagi rapat aku dengan dia.

Apa? Ingat aku perempuan, tak berani?
I'm the master of taekwando, okay?
*tetiba*

Dia masih begitu juga.
Masih lembab.
Eh, lelaki ni memang betul2 nak cari pasal agaknya.

Tak tahu ke aku ni nak cepat?
Laluan kanan ni untuk orang yang nak terberak dan nak cepat macam aku je. Jadi, dah kenapa dia boleh tersesat sampai ke sini?

Aku menekan2 pedal minyakku sambil mengangkat2 kedua2 belah keningku dengan harapan dia nampak bahawa aku sedang menghalaunya dengan cara yang paling terhormat.

Dia masih begitu juga. Masih tidak ingin beralah. Jatuhlah standard ingin beralah dengan perempuan. Ye dak?

Aku sudah malas ingin bergaduh dan sekarang aku nak cepat.

Sah2lah nanti Si Miya tu membebel bila aku sampai lambat nanti. Najib pun pasti marah. Janji ditepati!

Aku mengambil laluan kiri.

Dapat aku lihat mukanya dengan jelas tatkala keretaku dan dia bersebelahan.

Dia hanya memberi senyuman yang sungguh gojes tanpa memandang ke arahku!
What?

Apa punya olang!

Aku nak cepat, sengaja pula dia lambat2kan. Dasar Volkswagen Passat nombor plat TER 7667!

Eh, aku hafal?

Sayang Awak Sorang Je!Stories to obsess over. Discover now