Bab 9 - cemburu

681 42 1
                                    

Farah POV

Aku bergegas masuk kedalam ofis dan duduk dimejaku. Sudah empat hari aku tidak masuk ofis. Mesti Encik Borhan menyoalku sekejap lagi. Aku cuba untuk menghubungi Encik Borhan untuk beritahu hal sebenar aku yg berada dikampung. Namun talian telekomunikasi disana agak kurang.

"Ehh..Farah..ada pun kau." Tegur Isya yg baru keluar dari pantry. Dia tersenyum menyapaku. Aku balas senyumannya.

"Ya Isya. Baru je aku masuk. Encik Borhan ada?" Soalku. Isya memandang sekeliling sambil menjenguk-jengukkan kepalanya kearah bilik Encik Borhan.

"Rasanya dia dah masuk tadi. Tapi entah dia pergi mana. Haa..yang kau ni..kau kemana sebenarnya.?" Soal Isya yg kembali memandangku sambil mendekati ke meja ku.

"Aku balik kampung haritu. Mak aku tiba-tiba sakit demam panas." Jelasku pada Isya yg menanti jawapanku.

"Ohh mak kau macam mana sekarang okay ke?" Soal Isya lagi.

"Alhamdulillah. Mak aku dah okay sekarang ni. Encik Borhan ada cari aku ke?" Soal ku pula sambil memandang tepat anak mata Isya.

"Gila takda. Bukan setakat Encik Borhan je. Tuu...anak boss pun cari kau." Jelas Isya lagi. Aku terdiam.

Anak boss? OMG Juhaina! Macam mana aku boleh lupa yang aku ada janji nak berjumpa dengannya minggu lepas. Apalah kau ni, Farahhh.

Desis hatiku.

* *

Aku segera masuk kedalam lift yang kosong. Aku lihat seperti tiada siapa yg ingin naik sekali jadi aku pun menekan butang tingkat 7.

Namun belum sempat pintu lift tertutup tiba-tiba ada satu tubuh muncul dihadapan lift menyebabkan pintu lift yg tadi ingin tutup, terbuka luas semula.

Aku lihat tubuh itu dari bawah keatas. Seolah-olah aku kenal tubuh itu dengan wangiannya.

Juhaina.

Aku tercengang melihat Juhaina rupanya yang masuk kedalam. Aku ukirkan senyuman malu. Malu dengannya kerana sudah mungkir janji dengannya.

"Selamat tengah hari, cik Juhaina." Aku bersuara sambil menundukkan kepala. Juhaina hanya tersenyum.

"Tolong ikut saya ke ofis" Juhaina perintahkan ku untuk ikutnya.

Sekejap.. ofis?? Bila masa dia mula kerja sini. Aku tak tahu pun. Ahh itulah bila cuti lama sangat.

Aku hanya membuntuti Juhaina dari belakang. Aku benar-benar tidak tahu dimana pejabatnya. Niatku ingin masuk ke ofis terbatal.

Sampai dihadapan bilik yg berlabelkan Juhaina Binti Dato' Kamal. Aku dijemput masuk kedalam. Juhaina memperlawa aku untuk duduk. Aku pun hanya duduk.

Aku melihat Juhaina mula turut duduk sekali. Dia meletakkan handbag nya dibawah. Dia menaip sesuatu dipapan kekuncinya.

Aku yg duduk hanya memerhati setiap langkah Juhaina. Dalam hati aku sudah mula meracau minta-mintalah dia tak marah aku pasal haritu.

"Kemana awak pergi selama ni, Farah?" Juhaina mula bersuara menanyakan tentangku. Aku menelan sedikit air liur bila dia memandang tepat pada mataku.

"Saya pulang kekampung sebab ada masalah keluarga." Aku cuba membalas dengan tenang berharap Juhaina boleh terima alasanku.

"Kenapa saya call awak langsung tak berjawab?" Soal Juhaina lagi.

"Maaf, Cik Juhaina. Kawasan kampung saya tu memang susah nak dapat line." Aku cuba jelaskan lagi.

Mimpikah Cinta Where stories live. Discover now