17 September 2017
Sayangku...
Setiap kali aku cuba
Menyekang air mata
Dan tersenyum bahagia
Sewaktu meninggalkan kamu,
Sesungguhnya aku tidak bisa.Saat kamu semua melambai-lambai
Hati ini bagai ditarik-tarik
Ingin sahaja aku turun nak memeluk kamu berkali-kaliNamun aku tahu
Aku harus pergi
Perjuangan ini belum selesai sayangkuAnak-anakku,
Umi pergi, sudah tidak lama lagi
Kamu doakan Umi Allah kuatkan hati
Meninggalkan kamu semua di siniSuamiku,
Terima kasih atas kasihmu
Terima kasih atas masamu
Menerima aku dan tanggungjawabku
Tak upaya aku mengungkapkan
Betapa aku banyak hutangku padamu
Hutang budi
Hutang cinta
Hutang keringat...Ameera,
Anak Umi yang paling Umi rindukan,
Ternyata kehangatan memelukmu tadi akan kekal dalam ingatan...
Kucupan pada pipi kecilmu itu satu bekalan
Untuk Umi kumpul kekuatan
Meneruskan perjuangan menuju kejayaan.Terima kasih sayang,
Semoga pengorbanan ini memperoleh kejayaan yang cemerlang untuk kita semua!Nukilan,
-Umi-Elin Mohamad
➖➖➖➖➖➖➖➖➖
#BukanCikguBiasa
#BukanSekadarFollow!📁 File: #TheStoryOfElin, #Menggapaimaster
⏰ Nukilan 11.00 am | Terminal Bas Kuantan
YOU ARE READING
Menggapai Master
Short StoryKisah seorang Ibu anak 5 Menggapai Master. CERITA dari kacamata seorang pejuang ilmu. Perjuangan yang belum tahu bila akan berakhir. Aku himpunkan kisah-kisah kami sekeluarga menghadapi hidup sepanjang aku menyambung kembali pelajaran. Semoga menjad...