Pak Cik Robot

106 10 3
                                    

  
     Pada suatu hari ada seorang budak bernama Arif dia berumur 12 tahun dan seorang yang suka menolong orang ramai. Semasa cuti persekolahan,Arif berasa sangat bosan kemudian dia meminta izin ibunya untuk bersiar-siar di kawasan perumahannya.

     Sewaktu Arif bersiar-siar dia ternampak sebuah kedai yang usang. Dia pergi ke kedai misteri tersebut yang tiada di peta dunia. Kemudian, dia masuk ke kedai misteri itu dan dia ternampak sesuatu benda yang diperbuat daripada besi. Arif memegang besi itu. Tiba-tiba, dia terkena renjatan elektrik dan hilang di kedai itu.

    Arif membuka matanya dan dia ternampak seorang pak cik bertangan robot. Dia berasa takut, jantung berdegup laju dia pun lari sepantas yang mungkin. Umpama harimau bintang mengejar mangsanya. Dalam emosi yang tidak stabil, Arif berlari sehingga dia tidak perasan ada batu di hadapannya. Batu tersebut menghempap kaki Arif yang menyebabkan Arif tidak boleh laro kemana-mana. Pak cik yang bertangan robot menghampiri Arif. Arif buntu, dia menangis dalam ketakutan.

  Kemudian, Arif memejamkan matanya dan pasrah. Hanya tuhan sahaja yang tahu akan keadaan Arif pada ketika itu. Pak Cik yang bertangan robot itu membantu Arif mengangkat batu yang terhempap kaki Arif dan membawa Arif pulang. Arif berterima kasih dan mempelajari bahawa kita tidak patut menilai seseorang daripada luaran.


   

Cerpen Robot حيث تعيش القصص. اكتشف الآن