Ashraf Daniel satu nama yang tidak asing lagi di sebuah sekolah elit- Kuala Lumpur. Terkenal dengan rupa parasnya yang kacak serta menjadi pelajar tumpuan guru kerana, Pandai. Namun tiada siapa yang perasan disebalik senyuman manis Ashraf masih terselit titik-titik hitam dihatinya.
Dia memerlukan perhatian serta kasih sayang yang lebih berbanding orang lain- selepas kematian bapanya. Di sekolah dia merasakan beban yang harus dipikul sangat berat. Semua guru malahan pihak penaja biasiswanya memberi tekanan agar dia memperoleh keputusan yang cemerlang.
"Mir, buka pintu nih" suara penuh kasih sayang tetap diberi.
Tiada sahutan yang kedengaran.
" Aku kata buka Mir!" Ashraf mula membentak.
Amir sudah menggigil ketakutan tahap maksima. Sahabat karibnya yang sudah lama didampingi kini menjadi lawannya. Suara yang tadi memekik memanggil namanya kini hilang secara tiba-tiba. Pintu tandas dikuak perlahan-langkah kaki dimajukan.
'Ssakk' pisau lipat laju menusuk tepat kearah kepala Amir. Darah merah laju memancut ke segenap ruang.
Ashraf mengusap kepala Amir perlahan-lahan. Sapu tangan yang berada di dalam poket-diambil, lalu disapu pada tempat yang berdarah. Penuh! Sapu tangan kian bewarna merah.
"Kan aku dah kata, buka pintu tadi.. Bukannya aku buat apa pun,, aku cuma nak main dengan kau ja.." Ashraf tersenyum seketika, sebentar air matanya menitik. Amir yang berada dalam dakapannya kini ditenung kembali, melihat mata kawannya itu yang sudah pasti dan akan dijemput ilahi sebentar lagi.
Amir mampu menggariskan sebuah senyuman untuk kawannya itu. Dia tahu itu bukan Ashraf, Ashraf yang dia kenal, bukan macam tu. Itu bukan Ash!
Satu lagi memori lama Ashraf menjengah kembali. Dia teringat detik-detik dia bersama Amir atau lebih dikenali sebagai Amiruddin-rakan baiknya. Kerana perhatian Amir yang kurang terhadapnya, disebabkan dia terpaksa mengajar seorang perempuan-Syafiera Fredella. Perempuan yang dipandang hina oleh Ashraf! Gadis yang baru sahaja berpindah dari benua Eropah dan kini menetap di Malaysia. Dan satu kelas bersama dirinya.
Kerana perempuan itu, dia kehilangan Amir. Kerana perempuan itu, dia keseorangan. Dan kerana perempuan dia menjadi PEMBUNUH!
YOU ARE READING
DISORDER
Mystery / Thriller⚠ Karya yang belum layak digelar-buku ini terdapat banyak kesalahan penggunaan tatabahasa. Ya, mohon tabah apabila anda membaca,, peace yow!! ⚠ Aku, Ashraf Daniel. Member sekolah panggil Ash ja. Kalau kau baca cerita ni, kau akan faham aku. Aku memp...
