Part 11

9K 220 0
                                    

Suasana pejabat terus berjalan seperti biasa. Azril dibawa ke bilik pejabatnya sendiri. Aish sudah tersenyum di dalam hati. Beberapa minit kemudian Aish menerima mesej dari Azril.

Azril : Awak kat mana ni? Saya tak nampak awak pun.

Aish : Ada..

Azril : Kat mana?

Aish : Sebelah meja Sue. Buatlah kerja! Jangan nak curi tulang. Suruh encik Iwan potong gaji baru tau. Baru kerja dah berani curi tulang.

Aish mengakhiri mesejnya dengan icon lidah terjelir. Azril sudah tersenyum bahagia dan keluar meronda di luar dan mencari meja Aish. Ketika ini Aish masih rancak menaip kerjanya dan sedang mengemas kini kembali kerjanya. Memerhatikan kesalahan ejaan dan sebagainya sebelum disalin keluar hasil kerjanya itu.

''Amboi..tekunnya buat kerja. Nak cepat naik pangkat ke?'' soalan Azril ketika dia berjaya bertemu meja Aish dan sedang berdiri di sebelah tempat duduk Aish. Tergaman Aish melihat Azril. Ada beberapa pasang mata sudah memandang ke arah mereka.

''Azril! Yang tu jangan kacau tau. Saya dah cop untuk buat isteri nombor empat.'' Encik Iwan terus berseloroh dengan lawak jenakanya yang langsung tak kelakar. Ada hati nak pasang bini empat kononnya. Isteri baru sorang pun dah kena queen control.

''Hai encik Iwan. Takkan tak nampak, dah ada cop kat dahi Aish tu, dia tu isteri orang.'' Suraya mencelah, almaklumlah..takut sangat dia Azril dan Aish tu bergaduh lagi kerana gurauan encik Iwan yang tak mengira masa dan siapa orangnya tu.

''Aihh..Aish dah kahwin? Baru ingat nak suruh mek pergi minang.'' Suara seorang pekerja yang bersebelahan meja Aish pula berbunyi. Jejaka anak jati Kuala Terengganu, Mohd Asrol menghela nafas berat. Frust lah kot...

''Ramai peminat nampak?'' tiga perkataan dari Azril membuatkan Aish mengebam bibir tanpa sedar. Azril terus berlalu dan berkenalan dengan pekerja-pekerja dalam pejabat seorang demi seorang. Ramah betul Azril tak kira jantina, semua ditegurnya. Aish malas nak ambil tahu, kerana yang pasti hati dan jantungnya sedang berdetak dengan laju. Tak tahu kenapa, dia rasa mengelabah sekarang bila Azril sudah berada dekat dengannya. Adakah sudah ada cinta yang bersemi di dalam hatinya? Ah..apakah semuanya ini? Bukan baru sehari dia kenal Azril. Sudah berpuluh tahun pun, seiring dengan umur mereka yang sudah menjangkau ke usia 26 tahun.

.............................

Azril dan Aish saling merenung sejak tadi. Suraya yang berada di sebelah Aish pula sudah mengeleng kepala tanpa henti. Tak pernah dilihat kelakuan dua orang sahabatnya seperti ini. Sahabat yang dikenalinya ketika tingkatan satu di sekolah berasrama penuh.

Dia kenal Aish dan Azril kerana mereka sekelas dan satu kuliah. Sejak dia berkawan baik dengan Aish, dia juga berkawan baik dengan Azril kerana Suraya bercinta dengan kawan baik Azril yang kini masih menyambung pelajarannya di luar Negara. Suraya yang sedang bercinta dengan Affandi akan mengikat tali pertunangan selepas Affandi pulang ke Malaysia hujung tahun ini.

Mereka berempat sebaya, termasuk Noreen yang merupakan kawan sekelas mereka ketika tingkatan empat. Ketika di Universiti mereka masih bersama, kecuali Affandi yang terpaksa mengikut arahan keluarganya untuk melanjutkan pelajaran ke luar Negara.

''Korang berdua ni, ingat aku halimunan ke?'' Suraya yang mula rimas bersuara akhirnya. Azril dan Aish serentak ketawa.

''Relax ar Sue..bukan selalu pun kau nak rasa suasana macam ni. Nanti, bila Fandi balik Malaysia, kau dengan dia pun macam ni juga rasanya, atau mungkin lagi teruk daripada kami.'' Selamba saja Azril mengusik Suraya di depan Aish. Mencerlung mata Suraya memandang Azril yang sudah mengenyit matanya kepada Aish.

''Kau ni Sue..kami bergaduh pun kau marah. Kami baik pun kau tak suka. Macam mana lagi kami nak buat?'' Aish turut menyokong Azril dan mata mereka bertembung lagi sambil bibir turut tersenyum.

''Janganlah overdos sangat. Depan aku kot. Kat tempat awam kot. Tunggulah korang balik rumah dulu, lepas tu berkurunglah dalam bilik dua puluh empat jam pun.'' Suraya membalas pedas. Geram dia dengan gelagat suami isteri di depan matanya kini. Macam tak jumpa sepuluh tahun saja lagak mereka. Padahal, baru sebulan berlalu.

''Bukannya kami buat apa pun. Cuma..pandang-pandang, jeling-jeling, senyum-senyum saja..'' Azril menjawab dan tersenyum lagi. Aish di hadapannya terus direnung. Aish tergelak melihat gelagat Azril dan dia turut terasa lucu dengan perasaannya sekarang.

''Kenyit-kenyit mata, tak sebut pun..'' Aish menambah kata untuk memarakkan kemarahan Suraya. Tapi, Suraya pula sudah ketawa. Perasaannya digeletek lucu tiba-tiba. Dan, dia turut bahagia melihat dua orang sahabatnya yang mungkin sudah dipanah asmara dengan perasaan cinta yang sedang membuak-buak.

''Dah, dah..jangan nak lebih-lebih. Makan dulu..aku dah kebulur ni. Kalau korang dah kenyang dengan merenung dan ditenung tu, tak apa, biar aku tolong makan semua ni...'' sebaik makanan yang mereka pesan tiba di meja, Suraya terus mematahkan kata-kata suami dan isteri yang ada bersamanya. Kalau nak lawan bertelagah dengan mereka, dia pasti, sampai bila-bila pun dia takkan menang. Mereka berdua ni, ada pengalaman bertelagah dan bertegang urat, mungkin juga dah dapat award pentelagah terbaik pun.

Nikah Tanpa CintaWhere stories live. Discover now