Part 6

10.2K 258 7
                                    

''Noreen? Kau dari mana ni?'' Azril berlagak ramah. Matanya memandang sekilas ke wajah Aish yang sudah mencuka.

''Alaa Ril, suka sangat tanya soalan bodohkan? Reen datang sinilah, nak makan..'' terkeluar suara manja yang terlebih gediknya itu. Aish berpura-pura macam orang nak muntah. Makanan yang masih banyak di dalam pinggan ditolaknya ke tengah meja. Hilang seleranya untuk terus menelan.

''Sayang..habiskan makanan tu. Tak baik tau, membazirkan makanan.'' Azril memandang Aish dan bersuara romantik. Terbuntang mata Aish mendengarnya. Rasa seram sejuk tubuhnya, macam nak kena virus demam saja.

''Ril...siapa sayang? Takkan you panggil Aish sayang? Diakan musuh ketat you?'' Noreen juga turut keliru dengan perubahan Azril malam ini. Dia pasti sangat, Azril takkan panggil dia dengan panggilan sayang tu. Azril bukan semudah yang diduga. Bertahun Noreen cuba menagih kasihnya, namun Azril terus menolak berkali-kali.

''Salahkah aku panggil isteri aku sayang?'' Azril menyoal balas. Beku terus Aish di tempat duduknya. Semakin bingung Noreen dengan pengakuan Azril.

''Azril...awak tak demamkan?'' giliran Aish pula bertanya.

''Sayang tu yang demam. Sini...biar abang lap peluh tu. Agaknya, esok mesti demam sayang tu kebahkan. Malam ni malam apa sayang? Malam jumaatkan? Hmm..siaplah sayang malam ni..'' Azril terus merangka ayat-ayat yang seterusnya sambil tersenyum nakal. Aish menelan liur berkali-kali. Noreen memandang Azril dan Aish silih berganti.

''Sekejap! Korang berdua ni tak berguraukan?'' Noreen bertanya dengan mimik muka kebingungan. Azril mengeluarkan sesuatu dari dompet duitnya dan menghulurkan kepada Noreen.

''Kad nikah kami. Dah tiga tahun pun kami nikah. Alah..yang gaduh-gaduh tu, bukannya betul-betul pun. Saja nak test bakat lakonan.'' Selamba saja Azril bersuara. Aish pula semakin berpeluh dahinya. Dibeliakkan matanya kepada Azril, namun Azril buat-buat tak nampak saja.

..................................

''Awak, kenapa dengan awak malam ni?'' setelah sekian lama mendiamkan diri di dalam kereta, Aish akhirnya bersuara. Perubahan mendadak yang Azril tunjukkan membuatkan hatinya turut tidak keruan.

''Kenapa pula dengan saya?'' Azril pura-pura bertanya kembali, sedangkan dia sendiri turut keliru dengan apa yang terjadi. Mungkinkah, kerana risau memikirkan Aish akan berjauhan dengannya, membuatkan dia bertindak dengan spontan begini? Dia sendiri pun tak pasti.

''Saya minta maaf, kalau saya dah menyakitkan hati awak selama ini. Saya memang sengaja buat semua tu, sebab..saya nak ikut rentak awak yang selalu buli saya sejak kecil. Awak tu, kalau tegur saya bukannya reti nak tegur secara lembut..'' Aish meluahkan lagi suara hatinya. Risau juga dia dengan perubahan mendadak Azril. Manalah tahukan...

''Awak ni kenapa Aish? Tiba-tiba saja minta maaf. Awak ingat, saya betul-betul buang tebiat ke?'' agak kasar sikit suara Azril kedengaran di telinga Aish. Memuncung lagi bibir Aish, kerana pastinya Aish terasa hati lagi.

''Selama ini, semua orang yang minta maaf tu, sebab ada orang nak mati ke?'' Aish membalas dengan soalan juga. Berjeda seketika Azril dibuatnya.

''Ehh..buang tebiat, tak semestinya nak mati tau!'' Azril membalas juga dan mengulum senyum. Suka hatinya kerana dapat mengenakan Aish kembali.

''Letihlah, layan awak ni bercakap. Kalau tak sakitkan hati saya, memang awak takkan pernah puas hati.'' Aish berkata dan terus melentokkan kepalanya di kusyen kereta dan memejamkan mata. Malas sudah untuk melayan Azril yang sudah tersenyum lebar melihat muka Aish yang sudah menunjukkan wajah masamnya.

''Kita balik rumah kita ya? Awak tak kesian ke dengan suami awak ni. Tiga tahun kahwin, tapi macam orang bujang saja. Kena tinggal sorang-sorang, kena mengemas rumah, kena masak dan makan sorang-sorang.'' Azril terus membebel sambil memulas stereng dan membelok masuk ke simpang rumah mereka. Aish terus mendiamkan diri. Rasa bersalah menghuni hati.

''Aish..tidur rumah kita malam ni ya? Kita mulakan hidup baru. Sampai bila kita nak macam ni. Umur kita pun dah semakin tua. Takkan awak tak teringin nak hidup macam orang lain. Ada suami yang baik macam saya, ada anak-anak yang comel, ada rumah tangga yang bahagia.'' Azril mula pasang angan-angan. Aish sudah mencebik dalam diam. Perasan! Aish berkata di dalam hati.

''Sayang! Sayang dengar tak apa abang cakap ni? Sayang tak teringin ke tidur peluk abang tiap-tiap malam. Larat ke asyik peluk bantal saja. Kita rugi sangat tau, tiga tahun ni kita sia-siakan macam tu saja. Dah sah jadi suami dan isteri tapi tinggal di rumah lain-lain.'' Azril terus berceloteh dan nada suaranya..Ya Allah, gerenti sangat teramat manjanya.

''Awak ni kan..kalau nak berubah pun, janganlah drastik sangat. Meremang bulu roma saya ni laa...'' sambil membuka pintu kereta, sempat Aish bersuara dan melangkahkan kakinya keluar. Dia terus membuka pintu pagar rumah sewa bersama rakan-rakannya dan melangkah laju masuk ke dalam rumah. Azril tak mampu berkata apa lagi, dia hanya memandang Aish dengan pandangan kosong dan menghela nafas panjang. Kerasnya hatimu Aish. Hati Azril yang berkata-kata..

Nikah Tanpa CintaWhere stories live. Discover now