"Ready dah?"soalnya sambil tersenyum manis.

Mereka berdua mengangguk gembira.Tak sabar rasanya ingin beli apa yang mereka inginkan.

Min Seok memulakan perjalanan mereka.Dia hanya fokus ke arah yang dituju.Langsung dia tidak mahu bersembang.Malang tidak berbau dan dia akan pastikan mereka selamat pergi dan selamat sampai.Keselamatan harus diutamakan!

***

"Tuan..seorang lagi ahli mereka telah terkena semangat syaitan yang telah saya masukkan ke dalam badan Jimin..semangat syaitan tu mula merebak pada dia sewaktu dia menolong Jimin ketika dia sedang memuntahkan isi perutnya di tandas.."

Lelaki itu tersenyum sinis.Bagus..strategi nya nampak nya berjaya.Seorang demi seorang bakal terkena sihir itu dan saling membunuh antara satu sama lain.Heh..mudah sangat..sangat mudah untuk mempermainkan mereka.Hanya perlukan satu petikan dan purff!

Semua nya berjalan dengan jayanya!

"Bagus..teruskan semua yang dirancang dan beritahu aku semua perkembangan lain yang lebih lanjut mengenai perkara ini..pastikan mereka saling membunuh antara mereka..jangan biarkan seorang pon selamat"ujarnya sambil mengetuk-getuk dagunya yang mempunyai sedikit janggut halus yang rapi.

"Baik tuan"Lelaki itu menunduk 90°.

"Pergi"arahnya.Lelaki itu mula pergi dari tempat itu dan terus hilang dari pandangan lelaki yang kini tersenyum sinis bagaikan tidak sabar menunggu lauk enak yang bakal terhidang di depan matanya.

"Wait your soul dear..hahahaha"

****

Kyung Soo memerhatikan budak lelaki yang kini sejak semalam membuatkan dirinya sakit hati terhadap budak itu.Hanya disebabkan setitik darah,dia menjadi sangat marah.Marah dengan budak itu.Budak itu..perlu mati!

Kyung Soo mula bangun dari duduknya dan mula berjalan ke arah pantai.

"Kyung Soo,nak pergi mana tu?!"jerit SeokJin yang melihat Kyung Soo bangun dari bangku secara tiba-tiba.Namun tiada jawapan dari Kyung Soo.Dia hanya diam sambil meneruskan perjalanannya ke pantai.

Kakinya kini bertemu dengan air pantai yang Agak sejuk suhunya.Dia terus berjalan sehingga ke arah yang ditujunya.

"Eh hyung!nak mandi dengan Jisung ke?"soal Jisung apabila melihat Kyung Soo sedang menghampirinya.Namun sama seperti Seokjin.Dia langsung tidak membalas malah terus berenang menuju ke arah Jisung.

Kyung Soo mula membenamkan seluruh badannya ke dalam air.Jisung yang masih tidak perasan apa-apa hanya diam membisu sambil tercari-cari kelibat Kyung Soo.

"Hyung..?kyung soo hyung"panggilnya cuba untuk mencari Kyung Soo yang masih belum timbul ke permukaan air.

Namun,ada yang pelik di bahagian betisnya sehingga dia berhenti mencari Kyung Soo.Betisnya..ya..betisnya dipegang seseorang!

"H-hyu"

Satu tarikan mengejut telah menyebabkan Jisung tidak dapat memanggil hyung-hyung nya yang lain.Dia mula cemas.Dia tidak dapat bernafas!

Tangannya terkapai-kapai mencari sesuatu untuk dipegang.Namun tiada!

Jisung mula bergelut dengan air.Betisnya masih digenggam erat oleh seseorang.Jisung cuba menyepak orang itu.Namun gagal.Tenaganya semakin lemah.

Book 1 And Book 2: Wolfpire And DevilWhere stories live. Discover now