Prolog

4.2K 151 1
                                    

ZUP !

Seorang gadis  berumur 12 tahun  jatuh terduduk di lantai  selepas mendengar berita bahawa mama dan  papanya  terlibat didalam kemalangan sewaktu hendak ke johor .

Kata polis kemalangan mama dan papanya adalah dirancang oleh musuh bapanya atau ibunya .

Sewaktu ibu dan bapanya hendak keluar rumah sebelum kejadian , mamanya ada berkata padanya "kalau mama dan papa sudah tiada di dunia , jaga diri sendiri macam mama dan papa jaga diri vina ya sayang.." kata Datin Agnesya sambil mencium dahi anaknya itu

"Mama perlu ke pergi , vina rasa tak sedap hati la.."ujar vina pada Datin Agnesya

"Vina .. Janji dengan mama dan papa ya .. Jaga diri vina seperti mama dan papa jaga diri vina .." balas Datin Agnesya tanpa menjawab pertanyaan vina .

"Ya ma , vina janji .."kata vina sambil mencium tangan mama dan papanya bergilir-gilir .

"Kami pergi dulu , jaga diri ya .." ujar Dato ' Suffyan dengan senyuman .

Vina membalas senyuman Dato ' Suffyan itu . Entah kenapa dirinya rasa seperti mama dan papanya mau meninggalkannya . Dibuang jauh - jauh perasaannya itu .

Vina melambai-lambai tangannya ke arah mama dan papanya sebelum orang tuanya pergi meninggalkan halaman rumah mewahnya itu .

2 Jam kemudian Pak mat tukang kebun itu menyatakan bahawa seorang polis telah menelefon telefon rumah Dato' suffyan dan Datin Agnesya .

Sungguh vina tak sangka bahawa mama dan papanya meninggalkan nya secepat itu .

Dia berjanji pada mama dan papanya . Dia akan membalas dendam pada orang yang merancang kejadian itu ...

"Now vina dah tak de ..! Yang ada hanyalah EXY...!.."kata Vina dengan perasaan dendam dan sedih.

GADIS MAFIAWhere stories live. Discover now