Bab 2 - dinner invitation

957 47 2
                                    

. . .

F : "Awak rasa orang tua kita boleh terima kita ke?"

P : "Mestilah..bukankah mereka nak tengok anak2 mereka bahagia?"

F : "Tapi saya risau kalau2 mereka tidak bersetuju dgn hubungan kita ni."

P : "Sayang..tak perlulah fikirkan sangat..walau apapun yg terjadi..saya akan tetap ada untuk sayang."

"Haa!.. Sayang??.."

Jerit Farah kecil dgn matanya yg membulat seakan terlihat hantu. Memang sah dia bermimpi perempuan itu lagi..tapi kali ini..seolah2 dia ada hubungan dgn wanita itu.

Farah bergegas bangun utk bersiap ke tempat kerja. Walaupun dia sudah merehatkan badannya selama dua hari di rumah tetapi masih badannya terasa sengal2.

Setelah memarkir keretanya di aras B1 segera dia menekan butang lift. Farah berharap dia tidak lambat lagi..sambil memerhati sekeliling berharap Encik Borhan belum sampai lagi. Sesampai saja di aras departmen nya dia bergegas masuk dan duduk di meja. Terlihat orang sekeliling yg sudah mula melakukan kerja masing2.

"Farah..dah sarapan? Ni aku ada bawak sandwich lebih..makanlah." sapa Isya sambil menghulurkan makanan. Memang setiap hari isnin Isya akan membawa bekal sarapan lebih kerana dia faham rakannya itu pasti tidak sempat bersarapan. Baik kan?

"Terimakasih , Sya." Lalu Farah menyua sandwich ke mulut..terdetik hatinya berharap moga dia sempat menyiapkan report utk Encik Borhan.

Jam menunjukkn pukul 10:16 pagi.
Akhirnya berjaya juga dia menyiapkan report nya. Dia segera meng-email dahulu kpd Encik Borhan utk disemak sebelum di cetak. Dia mendail extension Encik Borhan beritahu report yg dimintanya sudah diemail kpdnya. 'Harap semua okay lah..' Farah sempat berdoa kecil dalam hati.

Setelah Encik Borhan beritahu semuanya okay..Farah terus mencetak report nya itu dan memberi kepada Encik Borhan di dalam bilik.

"Haa Farah boleh tak awak tolong saya hantar report ni kpd Puan Huda diatas?" Pinta Encik Borhan dgn baik.
"Baiklah Encik saya hantar sekarang" Farah hanya akur dgn permintaan Encik Borhan yg sudah faham hari Isnin memang agak sibuk sehingga dia sendiri sudah seperti assistant Borhan yg tak rela.

Setelah melangkah masuk department 2, Farah meminta diri utk berjumpa dgn Puan Huda selaku manager di department itu. Setelah dibenarkan, beliau mengetuk pintu dan masuk kedalam.
"Puan Huda, ini report yg Encik Borhan kirimkan utk Puan." Sapa Farah sambil menghulurkan dokumen itu ketangan Puan Huda. Puan Huda berterima kasih dan terus menyelak helai demi helaian dokumen itu sambil mengukirkan senyuman.
"Wah.. bagus report dealing nih. Awak bukan yg tulis?" Tanya Puan Huda mendongak memandang Farah.
"Haa yaa..Puan. Biasa saja tu puan. Kalau tiada apa2 saya minta diri dulu ya." Balas Farah dgn rendah diri.
"Eh sekejap Farah..alang2 awak datang kesini..saya ada nak cakap sesuatu dgn awak." Balas pula puan Huda seakan menahan Farah.

"Ada apa ya Puan?"

Puan Huda menjemput Farah utk duduk. Farah menarik kerusi dan duduk.

"Sebenarnya Marinar Holdings ada buat jamuan dikalangan staff-staff. Tapi bukan semua staff boleh join..hanya yg terpilih sahaja.." ujar Puan Huda

"Jadi..saya nk jemput Farah dan Encik Borhan utk datang ke makan malam tersebut. Boleh Farah?" Tanya pula puan Huda.

"Ohh boleh..makan free siapa taknak.." balas Farah namun sempat pula dia berjenaka. Puan Huda tergelak kecil.

"Kalau begitu..saya emailkan Farah tarikh dan tempatnya ya?" Kata puan Huda.

"Baiklah puan." Balas Farah lalu bangun utk meminta diri.

***

Vico 3 in 1 Farah bancuh dgn air panas lalu dibawa ke ruang tengah tamu. Dia duduk lalu mencapai remote tv dihadapan. Ditukar2 nya siaran di tv cuba mencari rancangan kegemarannya.

"Yaa..untuk episod kali ini saya menjemput seorang pelakon yg hebat ditanah air..iaitu..Nabeela Hadi. Apa khabar Nabeela?"

"Sihat.."

"Tahniah kerana tercalon pelakon asia terpengaruh 2017"

"Terima kasih.."

"Baiklah Nabeela..apa agaknya plan Nabeela seterusnya setelah mendapat banyak anugerah sekarang ini?"

"First of all thank you all of you for supporting me. And my next project utk berlakon filem yg akan datang. Which is Bunga Sutera.."

"Ohh..jadi Bunga Sutera ni mengisahkan apa tu Nabeela?"

"Bunga Sutera ni pasal kehidupan seseorang yg keliru dgn takdirnya. Dalam cerita tu ada byk konflik yg terjadi. And saya..melakonkan watak sebagai seorang yg menyukai sesama jantina."

"Oppsss..sesama jenis kauuu"

"Hahaha.. ye .. tapi kisah beliau memang menarik dalam filem ni..haa nak tahu apa yg menarik..tunggu hujung tahun ini di pawagam.."

"Nampak senang sangat kau jual drama ni Nabeela..kikikiki.."

Farah yg khusyuk menonton tergelak sama dgn pengacara popular itu Hairi Hazmi. Macam-macam saja filem melayu zaman sekarang.

Tapi bila difikirkan balik..filem Bunga Sutera itu tadi seolah-olah menekan dadanya dgn tajam. Bagai merasa dirinya terkesan dgn sesuatu.

Tapi dia sudah penat. Dikepalanya hanya fikir utk melelapkan matanya saja dgn tenang. Lalu ditutupnya tv dan bangkit masuk ke dalam bilik tidur.

.
.
.

Like it?
Pls vote for this story to continue reading ^^

.
.
.

Mimpikah Cinta Where stories live. Discover now