50

30 3 0
                                    

Maafkan aku Lukai hatimu,
Maafkan aku Sakiti dirimu,
Bukan niatku lakukan begitu,
Namun ini jalan terbaikku,
Jalan terbaik untukku dan kamu.

Kuharapkan tiada dendam,
Andai sakit jangan diam,
Luahkan agar ku faham,
Apa saja yang kau pendam.

Ku memilih jalan menjauhi,
Bukan kerana aku membenci,
Bukan juga kerana disakiti,
Jauh sekali kerana dikhianati,
Tapi ini untuk kau mengerti,
Daripada terus menangis lagi.

Ku redha segalanya
Walaupun berat untuk ku terima,
Kenangan kita tinggal nama,
Yang selalu ku selit dalam doa,
Walau kita tak lagi bersama,
Namun kuharap kita dapat bersua,
Dalam syurga.

Untuk kamu yang aku kenali,
Namun kini sudah pergi,
Meninggalkan sebuah memori,
Dalam ingatan sampai mati,
Kerana kamu insan kusayangi.
Walau tidak pernah ku temui,
Tetap terselit namamu dihati.

#QuotesWhere stories live. Discover now