Fine.Bai bai

-Fiza

Fiza ketawa kecil lagi sebelum menutup telefon bimbitnya.Setakat ni dalam hidupnya,Maya sahaja merupakan satu-satunya saudara yang dia anggap rapat seperti kawan baik.Maya merupakan anak kepada mak cik Sheila yang merupakan kakak kepada arwah ibunya.Mereka memang rapat sejak kecil kerana mak cik Sheila suka melawat Fiza di rumah atuk dan neneknya yang besar.Fiza sayangkan mak cik Sheila dan Maya seperti mana dia sayangkan atuk dan neneknya.Sekali lagi,dia beruntung mempunyai keluarga yang penyayang walaupun sudah kehilangan ibu dan ayah.Dia tidak mampu katakan apa lagi selain bersyukur.

Malas untuk berfikir panjang,Fiza menuju ke almari untuk mencari baju yang sesuai bagi malam ini.Keluarkan sahaja beberapa 'dress' yang dia rasakan sesuai,dia mencampak 'dress' tersebut di atas katil dengan bosan.Dia melepaskan keluhan dan meraupkan wajah.Dia betul-betul tak ada mood untuk majlis malam ini.Rasa seperti majlis malam ini begitu sia-sia.Namun nak buat macam mana lagi? Hajat atuk dan neneknya bukan boleh ditolak senang-senang.Fiza tahu atuk dan neneknya itu boleh tahan keras kepala jugak.Matanya memandang bingkai gambar perkahwinan arwah ibu dan bapanya yang berada di atas meja belajar.Di bawah bingkai itu tertulis nama Mikael&Sara.Sempena nama arwah kedua ibu bapa Fiza.Dia merenung bingkai itu lama sebelum melihat pula dirinya di cermin.Bentuk muka dan wajahnya tidak tumpah seperti ayahnya,tidak sama langsung dengan ibunya.Namun Fiza mewarisi mata ibunya.Atuknya selalu kata jika melihat mata Fiza,dia teringatkan arwah menantunya yang dulu.Fiza suka apabila atuknya kata begitu,dia suka dikaitkan apa sahaja tentang ibu bapa yang sudah lama dia rindui.

Kriukkk!

Perutnya yang berkeroncong membuatkan mata Fiza membulat.Kemudian dia mendengus lembut lalu keluar daripada bilik untuk menuju ke dapur.Aku nak makan! Sorak hatinya.Menapak sahaja di dapur,dia sudah melihat kelibat neneknya yang menggoreng cekodok di kuali manakala atuknya pula ralit membaca surat khabar di kaunter.

"Bau sedap! Minum petang ni nenek goreng cekodok? Ni yang Fiza suka ni."Sengihnya sebelum menarik kerusi duduk disebelah atuknya selamba.

"Cekodok jelah yang nenek mampu masak.Malam inikan kita buat majlis,nanti makan berat-berat."Ujar nenek lalu menutup api sebelum mencapai piring untuk meletakkan cekodok yang panas tersebut.Fiza mendagu melihat perlakuan neneknya.

"Entahlah nenek,Fiza rasa macam sia-sia je buat majlis malam ni.Perlu ke?"

Laju sahaja nenek menoleh kearahnya sambil bercekak pinggang.

"Issh,budak ni!Asyik cakap benda yang sama je daripada semalam.Tak sia-sialah Fiza.Nenek dengan atuk buat majlis kesyukuran ni untuk kamu! Sebab dah habiskan SPM dan berjaya dapat result yang bagus.Itu kamu kata sia-sia?Hessh,tak faham nenek."Rungut neneknya sambil menggeleng-gelengkan kepala.Manakala tangannya tidak berhenti meletakkan satu persatu cekodok di atas pinggan.

"Masalahnya,result Fiza bukan cemerlang sangat pun.Dapat 6A 1B 1C.Ada C lagi tu! Bukan macam Fiza dapat straight A yang meletup-letup pun.Kita sambut kecil-kecilan pun ok je nenek,tak perlulah nak buat majlis kesyukuran ajak orang ramai datang.Macam membazir duit pun ada."Fiza memuncungkan bibir.Daripada semalam dia cuba yakinkan neneknya supaya membatalkan sahaja majlis malam ini.

"Fiza,kamu ni seorang je cucu kami.Takkan habisnya duit atuk buat majlis kesyukuran untuk kamu malam ni.Ini tandanya kami betul-betul gembira dengan result kamu.Majlis kesyukuran ni pun bagus sebagai tanda sedekah makan kepada orang ramai."Atuk mencelah dan menjeling sekilas kearah cucu gadisnya yang degil.

Perangai degilnya seperti Mikael.

"Haa,dengar cakap atuk kamu tu.Kamu jangan nak merepek kata membazirlah,apa-apalah.Itu semua alasan."Sokong nenek dengan senyuman lalu meletakkan piring yang penuh dengan cekodok itu dihadapan Fiza dan atuknya.Kecur air liur Fiza melihat cekodok yang panas berasap-asap tersebut,jarinya ingin mengambil cekodok itu perlahan-lahan.Namun laju sahaja neneknya menampar jarinya yang gatal.

Terkecuali : MikaelWhere stories live. Discover now