30"

389 41 4
                                    

[Somi]

Apakah..

Serentak dengan itu, aku nampak Fara melangkah masuk. Cepat-cepat aku tarik dia supaya duduk.

"Kenapa ni?" Dia bertanya dengan nada marah.

"Tengoklah ni." Aku memberikannya benda yang aku pegang. Sekeping sampul surat.

"Tak minatlah."

"Tengoklah dulu!" Aku paksa dia. Dia pon buka. Sempat mata dia menjeling aku.

Sebaik sahaja dia buka, matanya terus terbeliak. Respon dia sama dengan respon aku tadi.

"Siapa yang bagi ni?!" Pantas aku menekup mulutnya. Dia kelihatan marah.

"Janganlah jerit-jerit. Ada tulisan kat bawah tu, KSY." Yup, ada tulisan. Terang lagi bersyukur dan aku syak dia yang bagi.

"KSY? Kwon.. Soonyoung?!" Dia terkejut. Kau tak patut terkejut macam tu sebelum aku tunjuk ni. Aku keluarkan..

lagi 7 keping sampul surat.

Yang menariknya, semua tu tertulis KSY. Takkan semua tu dia yang bagi? Mungkin ya, mungkin tak.

Di sebalik muka Fara yang terkejut tu, terdapat senyumannya. Dia masih boleh senyum lagi?

"Kau dah ada sasaeng fan huh? Tahniah." Dia menepuk-nepuk bahu aku. Aku terkesima seketika.

Pfft. Dia fikir sampul surat semua tu aku punya? Please. Kau punyalah, Im Fara. Aku tak main benda-benda macam ni.

Dia memandang ke arah Soonyoung. Giliran aku pula menepuk-nepuk bahunya. Dia memandang aku semula dan terkejut melihat aku tersenyum.

"Ini aku punya ke?!" Taupon terkejut. Padan muka kau.

Aku mengangkat bahu lalu beredar dari situ meninggalkan sampul surat itu terbiar di atas mejanya.

——
[Fara]

Setelah sekian lama, aku membuka lokerku. Terjatuhlah semua sampul surat yang aku rasa dah lebih daripada 100. Dah sebulan aku tak bukak loker kot.

Aku pantas mengutip semua lalu berlari menuju ke kelas. Aku letakkan di atas meja. Aku dah pastikan pintu berkunci.

Aku buka semua sekali. Dengan gelojohnya. Tak, aku tak caya. Aku tak boleh nak percaya dengan apa yang aku nampak.

Cepat-cepat aku buang sampul surat tu. Aku baru tahu yang..

Sebelum ni, yang bagi aku sampul surat setiap hari ialah orang sama, Kwon Soonyoung.

Ex-crush aku. Entah kenapa dia nampak menakutkan bagi aku.

——
🙋💕

✔️ the voice | ksyWhere stories live. Discover now