SPECIAL CHAPTER

20.9K 1.3K 149
                                    

"Abang!" Aku menggenggam erat tanganku sambil mencebik memandang ke arahnya. Geram kerana dia langsung tidak memgendahkanku.

Adzim menoleh. Pandangannya lekas berkalih dari laptopnya dan memandang ke arahku. Keningnya diangkat.

"Takde apalah. Saya nak tidur." Mood aku rosak tiba-tiba. Televisyen yang sedang menayang drama komedi aku tutup sebelum aku bangkit dan berlalu ke bilikku.

"Okay. Good night!" Aku berhenti melangkah. Lekas aku menoleh ke arahnya kembali dan nafasku mrnderu laju. Good night aje? Tak nak pujuk? Mataku berkaca-kaca.

Weh! Siapa tak sedih? Beria aku ajak dia tengok cerita tu, kononnya nak spend time together. Namun Adzim langsung tidak bersamaku menonton cerita itu namun sebaliknya tetap menatap laptopnya.

Pintu bilik ditolak dengan penuh rasa kecewa dan aku melepaskan kecewaku sewaktu berbaring di atas katil. Sebulan berkahwin dengannya, aku masih lagi dalam kawasan friend zone sedangkan aku telah menjadi isterinya.

Seperti dulu, bercakap bagaikan dengan dinding walaupun adakalanya dia membalas setiap bicaraku. Nak sweet bagai tu memang sweet cara dia. Tapi selebihnya aku sepertinya tinggal di kutub utara. Apalah nasib dapat suami beku macam ni!

Setitis demi setitis air mataku mengalir membasahi bantalku. Sungguh aku terkilan. Ketawa kadangkala aku bagaikan syok sendiri. Ya, dia jarang ketawa.

Aku buat lawak, dia hanya krik krik krik. Kau rasa? Loading sangat ke kepala hotak suami aku ni? Atau hati mamat ni memang kering takde perasaan?

Tapi macam mana dia boleh sayang aku? Eh, dia sayang aku ke? Selama ini, beberapa kali sahaja dia menyebut tiga perkataan keramat itu. Itu pun boleh dikira mengguna jari.

Tangisku semakin menjadi-jadi. Bos ni memang kejam! Bantal aku ramas sekuat mungkin untuk melampiaskan marahku. Bahuki terhinjut-hinjut menahan tangan. Tiba-tiba telingaku menangkap bunyi engsel dek seseorang membuka pintu.

Siapa lagi kalau bukan suami kutub ais tu! Aku lekas memejamkan mataku dan berpura-pura tidur. Seketika kemudian, aku mendengar pintu bilik air dibuka dan terdengar air paip mengalir.

Aku syak dia ambil wudhuk. Sebelum tidur, selalunya Adzim menunaikan solat taubat, solat hajat dan solat witir. Aku biarkan sahaja. Aku hanya memasang telinga mendengar setiap gerak gerinya.

Saat bunyi hamparan sejadah menyapa gegendang telingaku, lekas aku membuka mata. Namun Adzim langsung tiada di hadapanku.

Mungkin dia solat belakang aku. Aku segera mengiring ke kiri untuk mengintip gerak gerinya.

Haih, walaupun dia begitu, dia tetap menjaga hubungan dengan Pencipta yang Maha Esa. Habluminallah langsung tidak diabaikan. Tapi habluminannas dia kureng sikit. Tapi takpelah, sekurang-kurangnya dia taat kepada orang tuanya dan hormat orang lebih tua.

Aku memerhati setiap rukuk sujudnya. Sejuk hatiku sebagai isterinya.

Untung kau Naila ada suami macam ni! Detak hatiku. Lama aku berkeadaan sebegitu sehinggalah dia menadah tangan menandakan dia selesai solat. Segera aku menutup mataku dan kembali berpura-pura tidur.

Saat tilam itu sepertinya diduduki oleh seseorang, ketahuilah Adzim sudah berada disebelahku. Entah kenapa jantungku berdegup kencang apabila dia menggantikan bantal dengan tangannya sebagai tempat letak kepalaku. Kemudian, tangannya melingkari pinggangku.

Aku semakin berdebar apabila nafas hangatnya menyapa pipiku. Oh tidak! Apa Adzim nak buat ni?

Cupp! Terasa bibir lembapnya menyentuh pipiku dan seterusnya dahiku. Adakah setiap malam dia melakukan ini?

"Naila..." Suaranya menyapa gegendang telingaku. Aku sedikit kaku saat itu. Terkejut weh!

"Abang tahu, Naila tak tidur lagi." Sambungnya lagi. Aku teguk liur. Halah mamat ni, mana dia tahu?

"Abang nak minta maaf.." Dia jeda seketika. Nafas hangatnya sekali lagi menyapa pipiku.

"Abang bukannya tak nak sweet-sweet dengan Naila. Tapi abang kekok. Abang...." Sekali lagi dia jeda.

"Abang kekok. Abang malu. Abang tak pernah sedekat ini dengan seorang perempuan. Kakak dan adik-adik abang tu lain sebab dah sebumbung lama. Tapi dengan Naila, abang jadi segan. Abang malu nak lebih-lebih dengan Naila." Sambungnya. Aku masih lagi memejamkan mataku.

Macam mana dia tahu apa yang berbuku dalam hati aku?

"Abang mintak maaf.." Sekali lagi pipiku dikucup oleh bibir lembapnya. Jantungku berdegup kencang.

"Abang cuba biasakan diri, tapi bukan dalam masa terdekat. Naila jangan marah abang. Naila janganlah menangis. Abang tak sanggup tengoklah sayang abang menangis. Naila tahu abang sayang Naila, kan?" Saat ini, perasaan sebak mula menyapa hatiku. Aku membuka mataku dan wajahnya aku pandang.

Dia sayang aku? Mataku berkaca-kaca sebelum bibirku merekah mengukir senyuman.

"Abang janganlah segan. Abang nak hidup dengan saya seumur hidup saya atau seumur hidup abang tahu." Aku menyentuh pipinya dan selepas itu mencubit pipi putih melepak miliknya. Dia tidak memandangku dan aku tahu maksudnya. Dia segan!

Hailah, ada juga lelaki segan macam ni, kan? Comel!

"Abang, tengoklah saya." Pintaku. Dia menggigit bibirnya sebelum menatap mataku.

"Abang minta maaf.."

"Syhhhh.." Aku meletakkan jariku dibibirnya.

"Abang tak bersalah." Sambungku.

"Tapi abang selalu buat Naila terasa. Abang ke.." Matanya membulat dan dia berhenti berbicara saat bibirku menyentuh bibirnya.

Aku tahu aku nakal sikit. Ngehngehngeh. Aku ketawa dalam hati. Sesungguhnya riaksi Adzim tatkala ini sangat comel.

Serius, selalunya riaksi sebegini perempuan je yang buat. Tapi suami aku lain. Rare gitu. Sucilah hengko ni bang Ajim.

Dia masih memandangku sambil terkebil-kebil. Aku gelak kecil.

"Saya sayang abang. Saya akan sokong abang." Aku memeluknya namun dia lekas menolak tubuhku dari memeluknya.

"I love you too." Dia senyum
sebelum menggigit bibir sambil memandang ke arahku. Aku mengerti pandangan itu dan aku tahu keinginannya.

Semoga kami kekal bahagia dan kekal sehingga anak cucu!

****

Eh hi! Bertemu kembali kita, ya? So ini special chapter yang korang nak. Saya dah tunaikan permintaan awak semua ❤ Lots of love! 😙😙

Bhoi~

Crush Terlajak Sombong! ✔Where stories live. Discover now