11♡

7.1K 646 23
                                    

Aera membuka matanya dengan perlahan. Dia terkejut melihat Taehyung berada di sisinya.

"Taehyung?"

Dia mengosok matanya beberapa kali. Dia berfikir dirinya sedang bermimpi.Tangannya mula menyentuh lembut wajah Taehyung yang tidur lena itu.

Tiba-tiba dia mengaru kepalanya yang tidak gatal itu. Dia cuba mencubit pipi nya beberapa kali supaya bangun daripada tidur dan fikir semua ini hanya mimpi.

Dengan lembut Taehyung memegang tangan Aera yang masih tidak sedar dia sudah berada di dalam dunia realiti bukan dunia mimpi.

"Good morning"

Mata Aera masih lagi terkebil-kebil dan masih tidak percaya lagi.

Taehyung tersenyum kecil. Dia menarik pinggang Aera supaya dekat dengannya. Taehyung mula mendekatkan wajahnya sampai hidung mereka berdua bersentuhan sesama sendiri.

Wajah Aera mula membahang malu. Dengan kesempatan yang ada bibir mungil Aera dikucupnya lembut. Mata Aera membesar dan sedar ini semua bukan mimpi.

"Andwae!"

Jeritnya kuat lalu menolak tubuh Taehyung kuat daripada katil.

"Aduh!!"

Taehyung memegang belakang yang sakit itu.

Manakala Tuan kim yang baru mahu meminum air teh yang sudah sejuk itu terkejut apabila mendengar jeritan kuat Aera pada pagi ini.

Cawan teh yang dipegang olehnya terbaling ke arah Kang Joon. Dengan cepat Kang Joon mengelak. Sulli yang berada di situ hanya tergelak kecil.

Tuan kim bersama Sulli bergegas naik ke atas menuju ke bilik tidur Aera. Tuan Kim membuka pintu bilik Aera secara mengejut.

"Kenapa ni Aera?!"

Aera yang berada di atas katil itu menunding ke arah Taehyung yang terduduk di atas lantai.

"Apa yang Tae buat dekat dalam bilik Aera ni?".

Soal Tuan Kim merenung tajam.

Taehyung hanya tersengih kecil. Dia mula bangun dan menghampiri Tuan Kim.

"Tae penat sangat kut semalam. Sampai salah masuk bilik Aera pula hahahha".

Aera yang mendengar alasan Taehyung yang tidak munasabah itu mendengus geram.

Bogum yang baru balik ke rumah selepas urusan keluarganya selesai segera dia naik ke atas apabila mendengar bunyi bising di atas.

"Sulli kenapa ni?"

"Tuan Taehyung tidur dalam bilik Aera. Tapi dia tipu Tuan Kim. Alasannya Tuan Taehyung mungkin penat sebab tu salah masuk bilik" Jawabnya sambil mengeleng kepalanya pelan.

Bogum ketawa besar kerana dia sangat tahu perangai Taehyung dari kecil.

"Sejak Aera masuk jadi sebahagian dalam keluarga Tuan Kim. Suasana rumah ini berubah lagi ceria sejak Puan Kim meninggal dunia".

Bogum mengangguk setuju dengan kata-kata Sulli.

Taehyung melihat Tuan Kim sudah keluar dari bilik Aera lalu menghela nafasnya dengan lega. Nasib baik Tuan Kim mempercayai dengan alasannya yang tidak masuk akal itu.

Dia menoleh ke arah Aera sambil meraup rambutnya ke belakang. Aera menjeling tajam ke arah Taehyung. Taehyung menghampiri Aera lalu melabuhkan punggungnya di atas katil Aera.

Dia mengelus rambut Aera yang panjang itu dengan lembut. Aera hanya membiarkannya.

"Bila awak jadi isteri saya nanti. Saya nak awak biasakan diri awak bila saya peluk awak masa tidur. Saya nak morning kiss setiap hari dan awak kena bagi juga tanpa merungut faham? tak susah kan?"

Dahi Aera berkerut.

"Eh bila masa saya setuju nak jadi isteri awak PERASAN?!"

Aera menjegilkan matanya ke arah Taehyung.

"Jangan renung saya macam tu boleh? Tak baik sebab awak bakal isteri saya"

Taehyung mengenyit mata kanannya dengan nakal sebelum dia keluar dari bilik tidur Aera.

"AISH!"

Aera membaling bantal dengan geram.

🌸🌸🌸

"Yura makanlah sikit bubur ni. Sampai bila kau nak macam ni?".

Jimin cuba menyuap bubur itu kepada Yura. Tetapi Yura mengelengkan kepalanya tidak mahu.

"Yura janganlah degil. Please jaga kesihatan Yura untuk oppa, omma dan appa. Omma appa akan balik lusa nanti. Apa cakap diorang nanti bila tengok Yura macam ni hmm?"

Yura masih berdiam diri.

"Ke nak tunjuk dekat Jungkook yang Yura ni lemah orangnya?".

Yura mula merenung tajam ke arah Jimin.

"Tapi Yura kena teruskan hidup demi kawan Yura yang dah pergi tu. Yura nak tengok dia lagi sedih ke?" Pujuk Jimin lembut.

Yura mengambil bubur itu dari tangan Jimin dan mula makan. Jimin gembira Yura dah mula sedarkan diri.

"Macam tu lah Yura yang oppa kenal. Kuat dan cantik" Usik Jimin nakal.

"Yura nak pesan apa-apa tak? Oppa nak pergi kedai beli barang dapur jap".

"Yura nak coklat cadbury yang perisa hazelnut. Coklat lain Yura tak nak makan" Pintanya dan Jimin mengangguk faham.

🌸🌸🌸

"Ok aunty!! Nanti Yumi beli"

Dia mematikan panggilan telefon pintar itu dari makcik nya iaitu Puan Min. Ibu kepada Min Yoongi.

"Omma suruh beli barang dapur ke?" Tanya Yoongi lalu menoleh ke arah sepupunya Min Yumi.

"Ya"

"Yumi pergi masuk. Beli barang yang omma suruh. Oppa tunggu dalam kereta".

Yumi mengangguk faham lalu keluar daripada kereta. Dia kenal sangat perangai sepupunya yang pemalas itu. Tidur aje kerjanya.

Dia mula melangkah masuk ke dalam kedai. "Aunty nak masak apa ni? Banyak betul barang dia suruh beli?" Dia mengeluh melihat senarai barang yang dia kena beli.

Yumi melihat coklat kegemarannya. Hanya tinggal satu sahaja di rak itu. Baru dia hendak mengambil coklat cadburry itu. Tiba-tiba ada satu tangan lagi memegang coklat kegemarannya itu.

"YAH AKU AMBIL DULU!"

Yumi dengan Jimin merenung antara satu sama lain dengan tangan masing-masing tidak mahu melepaskan coklat itu.

🌸🌸🌸

Jangan lupa vote tau! fighting💛

Jangan lupa vote tau! fighting💛

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TBC

[C] Saranghae + Kim TaehyungWhere stories live. Discover now