DL - 7

46.1K 2K 28
                                    

Sebelum aku hold aku update 😊😊 jgn risau sbb aku akan update juga klu ada idea nnti...
Kesian pula korang ternanti-ii cite ni update..
So aku ubah difikiran aku...

Aku tak akan delete cite ni...

Here you go...

_____________________

Firash terjaga dari tidur apabila terasa gerakan di sebelahnya. Perlahan-lahan mata dia buka. Sebaik saja dia membuka mata dia wajah Iman Aulia menjadi tatapan dia.

Lena sekali dia tidur. Pelukan di pinggang Iman dilepaskan kemudiam dia bangun. Dia perlu ke pejabat. Banyak lagi kerja yang perlu dia siapkan.

Firash keluar dari bilik Iman dengan pakaian yang tidak terurus dan terhuyung hayang dia berjalan. Masih mamai!

"Mike...!" Laung dia dalam suara serak basah.

Kini Mike berdiri di hadapan bos dia yang nampak mamai itu. Entah apa yang membuatkan bos dia nampak mamai sebegitu.

"Aku nak pergi kerja. Kau cuti kan hari ni...?" Firash pandang Mike yang hanya mengangguk itu.

"Great! Kau cutilah puas-puas. Pastikan kau bagi yang lain cuti juga" Firash terus masuk ke dalam biliknya.

Mike terpinga-pinga dengam arahan Firash Aryan itu. Tapi tak lama itu dia tersenyum lebar. Bukan senang nak dapat cuti free macam tu saja.

•••••

Zalikha bengang! Nak saja dia melambung abang dia itu. Dah la mabuk pastu bawa balik perempun masuk ke dalam rumahnya. Mana tak hangin!

"Baik kau bangun sebelum aku bakar korang berdua hidup-hidup!" Tengking Zalikha kuat.

Dua manusia itu terus terjaga. Perempuan itu pula tergesa-gesa memakai pakaiannya manakala Faizal pula memandang adik dia dengan tidak puas hati.

"Bodoh! Bising tahu tak! Balik-balik memekak je!" Marah Faizal lalu membaling bajunya ke muka adiknya.

"Kau bodohkan aku! Kau tu bodoh! Dah tua dah sedar diri lagi. Bawa lah taubat!" Haa amik! Sekali kena sentap terus.

"Baik kau senyap sebelum kau kena dengan aku!" Faizal memandang Zalikha dengan muka bengang.

"Apa? Kau nak tampar aku? Atau nak jual aku macam mana kau jual kawan baik kau! Macam tu!" Zalikha menentang pandangan Faizal.

Tanpa amaran satu tamparan padu terkena pada wajah Zalikha. Perit! Itu yang dia rasa. Tapi dia tak kisah. Abang dia memang selalu naik tangan pada dia.

"Sial lah kau Faizal! Jangan ingatkan aku maafkan kau pada yang kau dah pada Iman! Sampai mati pun aku tak akan" Zalikha terus mengambil begnya dan keluar dari apartment dia.

Airmata dia jatuh. Rambutnya yang kusut itu dia tak hiraukan. Pandangan jiran dia hanya dipandang sepi. Keretanya dituju dan enjin kereta Myvi putih itu dihidupkan.

Laju saja dia memandu. Habis semua kereta dipotong. Dia menangis teresak-esak. Hanya satu tempat saja dia tuju.

••••••

Ray Amsyar melepak di satu kerusi. Suasana yang tenang itu membuatkan fikiran dia kosong.  Habis saja kerjanya dia terus memecut ke sini. Pantai!

Sedang dia mengambil angin dia terdengar suara esakan yang kuat di tepinya. Dahi dia berkerut melihat seorang gadis menangis sambil memeluk lutut.

"Pehal pula dia ni? Orang datang nak tenangkan fikiran dia datang menangis..." komen Ray dengan wajah tak puas hati.

Gadis itu masih lagi menangis. Dengan terpaksa Ray mendekati gadis itu. Tangan dia menyentuh bahu gadis itu.

Tergamam dia apabila gadis itu mengangkat wajah dia. Perempuan tu! Yang langgar dia! Jodoh ke?

"Maaf sebab ganggu" kata gadis lalu berdiri. Airmata dia disapu kasar.

"Err--kau kenapa nangis? Mind to share?" Ray cuba berbual dengan gadis di hadapan dia itu.

Gadis itu hanya diam. Ray mendekati gadis itu dan mereka berdiri secara berdepan. Menghadap antara satu sama lain.

"Kalau macam tu siapa nama kau? Aku Amsyar" Ray menghulurkan tangan dia. Tapi dipandang sepi oleh gadis itu.

Ray menarik kembali tangan dia lalu membetulkan cap di kepala dia. Kekok! Itu yang dia rasa sekarang.

"Zalikha..."  seusai itu dia terus pergi meninggalkan Ray disitu.

Ray tersenyum sendiri. Terasa mahu lebih mengenali gadis yang bernama Zalikha itu.

"Zalikha..." nama itu meniti di bibir dia. Kemudian dia tersenyum sinis.

Hanya dia saja yang faham senyuman itu. Zalikha gadis pertama berjaya menarik perhatian Ray.

DANGEROUS LOVE | DITERBITKAN | ARS •2•Where stories live. Discover now