Chit Chat

504 8 0
                                    

  Hai Asalamualaikum dan Salam Sejahtera.Terima Kasih sudi baca benda yang tak seberapa ini.Dayang cuma nak kongsi pandangan tentang wanita dan masakan.

  Of course as a woman kita perlu tahu serba serbi urusan rumahtangga macam mengemas,memasak,belanja bulanan.Setinggi mana pun kerjaya kita,kita kena set kat minda kita perempuan mesti tahu urus dapur.Kadang-kadang la,mak sendiri yang macam kurang senang bila anak nak tolong memasak,mereka rasa anak-anak menganggu.Secara tak langsung mak tersebut akan mematikan niat anaknya untuk belajar(perkara sama yang berlaku pada kawan Dayang )benda ni amat membimbangkan bila sampai dewasa kita tak tahu apa-apa.Tapi tak terlambat ya,tak ada istilah terlambat untuk belajar..kalau dah kahwin pon masa tu korang baru nak belajar ok la.

  Bila jadi wanita yang bekerjaya of course  kita sibuk.Tak salah pun nak ambil orang gaji.Tapi tak bolehla nak harapkan mereka semata-mata.Tak salah tambah ilmu.Yang seronok bila jadi suri rumah atau anak gadis yang memang dididik memasak sejak kecil kita ni sentiasa mencuba nak memasak benda baru (bila scroll fb save resepi..buatnya entah bila..haha)
Ya dan ya,dengan masakan kita nilah bawak berkat pada suami,ayah,anak dan kita sendiri.(ada orang kata kalau lelaki dah tittle hidung belang,masak atau cantikla mana pun tetap ada orang lain...haha)

  Kepada lelaki,Dayang salute lelaki yang cuba atau minat memasak, korang sangat gentlemen.Benda memasak ni bukan pada jantina so hiraukan negative thinking masyarakat kita ni(makcik pakcik bawang) yang memasak hanya untuk perempuan.Ramai chef lelaki berjaya mengalahkan chef perempuan macam Pete Evans,Chef Wan dan ramai lagi.So teruskan niat murni korang nak belajar(secara tak langsung senang kerja bini korang nanti,boleh memasak sama-sama..sweet kan?)

So setakat tu sahaja,mungkin ada chit chat yang lain lepasni.Maaf kurang update,komen kalau korang setuju ataupun berbeza pendapat.Jadi belajar untuk berdiri di atas usaha sendiri dan paling penting jadi diri sendiri (benda ni memang susah,sedangkan Dayang pun tak menjadi diri sendiri..hmm)..See ya >.<

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 07, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Resepi Bujang 3S #Wattys2016Where stories live. Discover now