Tom Yam Chinchai

484 7 0
                                    

Sembang Tepi:Benda penting bila orang biasa-biasa macam kita nak masak sesuatu,gunakan kemudahan yang sedia pun dah cukup..kita bukan chef dan kita nak senangkan seharian kita.So manfaatkan kegunaan pes macam pes kari,tomyam atau apapun.Tapi macamana pun penting untuk kita cuba belajar masakan secara tradisional(ofcos kepada wanita)🐣😍

Bahan-Bahanya
-Isi ayam (dipotong dadu)
-seafood (sotong,udang,dll)
-2 sudu besar pes tomyam (2 ketul kalau gunakan kiub)
-1 batang serai
-Aneka sayur (kobis,lobak,mini corn)
-4 helai daun limau purut
-4 biji bawang merah
-2 ulas bawang putih
-1 sudu besar sos tiram
-5 cili padi (kisar/potong/ketuk)
-1 biji limau nipis
-1@2 keping asam keping
-Gula/garam secukupnya

Cara Memasak:
1.Panaskan minyak dan tumis bawang putih,merah dan cili tadi sehingga naik bau lalu masukkan isi ayam dan seafood tadi.

2.Setelah ayam dan seafood tadi suku masak masukkan daun limau purut dan serai(ketuk dulu).Selepas naik aroma masukkan air secukupnya (lebih kurang 4-5 mangkuk)

3.Masukkan pes tom dan masukkan asam keping dan kacau sebati.Selepas itu masukkan sos tiram dan gula/garam secukup rasa.

4.Masukkan asam keping dan sayuran tadi lalu masukkan perahan limau nipis tadi dan matikan api.Siap dan boleh dihidangkan.

Tips:Rasa dahulu dan tambah apa yang patut.Kurang garam tambah garam..kurang masam tambah asam keping.Lain orang lain lidahnya,ikut cita rasa memasing.

Nota Kaki:Sangat sedap bila makan dengan nasi putih atau mihun.Tapi ada juga orang makan tomyam dengan mi kuning,jadi hantam sajalah selera sendiri yang nak makan.

Resepi Bujang 3S #Wattys2016Where stories live. Discover now