Spageti Goreng Seafood

2.6K 78 3
                                    

Saiz hidangan:2 orang makan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Saiz hidangan:2 orang makan

Bahannya:

-200 gm spageti (direbus)
-2 sudu besar lada/cili kisar
-2 genggam isi udang
-2 genggam hirisan sotong
-7 batang jejari ketam (dipotong)
-3 sudu besar sos cili
-2 sudu besar kicap manis
-3 sudu besar sos tiram
-Segenggam sayur sawi
-Segenggam taugeh

Cara memasak:

1.Panaskan minyak di atas kuali dan tumiskan lada/cili dan bawang putih hingga garing.

2.Masukkan sos tiram,kicap manis,sos cili dan kacau hingga sebati.

3.Masukkan sawi dan seafood lalu kicau hingga rata.

4.Masukkan spageti,taugeh dan gaul hingga sebati.

5.Tambahkan garam secukupnya jika rasanya sudah cukup dan masak,angkat dan hidangkan,Siap!

Tips:

Semasa merebus spagetti jangan lupa tambahkan sedikit minyak zaitun/biasa dan secubit garam untuk memperasakan spageti dan elakkan spageti daripada melekat.

P/S:

Mungkin pembaca rasa spageti ini tak ada bezanya dengan mee goreng biasa,tapi bezanya adalah rasanya tidak berkapur ,biasanya mee kuning akan tinggalkan rasa berkapur pada masakan.Pembaca patut cuba di rumah!

Resepi Bujang 3S #Wattys2016Where stories live. Discover now