Ch 2 - Pandangan Sinis

Start from the beginning
                                    

"Maaf tak boleh ada dalam kelas masa tengah rehat. Oh maaf awak berdua pelajar baru eh?" seorang pengawas perempuan tidak bertudung mendekati mereka berdua. Tae Yong melihat name tag nya.

'Kate'.

Tae Yong mengangguk. Kemudian Tae Yong menarik adiknya keluar.

__

Aku mengunyah karipap dengan laju. Stres nya! Kenapa lah aku kena hadap orang Korea ni dah aku aku benci orang Korea eish!

"Ayna kau okay ke?" tanya Aisya risau kawannya tu tersedak ke apa ke.

"Kau rasa aku okay ke ha? Dahlah aku malu lagi pasal semalam lepas tu dia masuk sekolah ni pulak. Bukan ke ada banyak sekolah dalam dunia ni? Kenapa sekolah ni yang terpilih? Kenapa kenapa kenapa? Ergh!" aku mula sambung kunyah karipap.

"Yelah yang kau benci sangat dengan Korea tu kenapa? Diorang tak ada buat apa apa pun dekat kau kan?" kata kata Farha membuatkan aku terdiam.

Segala kisah silam terngiang ngiang di kotak fikiran aku.

"Fakehope."

"Fakehope?" Serentak Aisya dan Farha menanya aku.

"Hm tak ada apa apa lah."

Aku bangun dan segera menuju ke tandas.

Lonceng waktu balik telah berbunyi. Pelajar pelajar apa lagi berpusu pusu lah keluar balik risau rumah lari lagaknya.

Ayna mengemas buku bukunya masuk kedalam beg. Kelihatan Bedah sedang 'touch up' muka dia dengan bedak. Haih nak balik pun nak mekap ke?

"Kau asal make up? Kan dah nak balik?" tanya aku pada Bedah. "Ala kejap lagi aku nak jumpa boyfriend aku. Hihihi." gelak Bedah buat aku nak tampar muka dia tapi risau berdebu pulak sekolah ni.

"Hm tak apa lah. Selamat maju jaya jumpa boy to friend kau." aku sangkut beg aku dibahu dan jalan keluar. Ketika jalan aku pandang Tae Yong namun satu jelingan tajam diberi pada dia.

"Ayna!!"

Aku memandang suara yang memanggil aku.

Adam. Atau nama panjang dia Adam Farhan bin Muiz.

"Yee Adam?" Adam mendekati aku. "Kau balik seorang je ke?" tanya Adam. Aku memandang dia untuk kepastian. Dah kenapa dia ni demam ke apa? Tiba tiba panggil?

"Haah seorang je sebab Alya ada kelas musik. Kenapa?" tanya aku pada Adam.

"Tak adalah. Hm hati hati balik. Aku balik dulu tau." kata Adam lagi kemudian berlalu pergi. Aku terdiam. Buang tabiat ke si Adam tu?

Ahh lantak lah. Aku berlalu pergi. Aku nampak Tae Yong dengan seorang lagi lelaki semalam yang bahagia tumpahkan air dekat baju aku berjalan dua orang di susur gajah.

Malas nak pandang lagi lagi Mamat Korea ni, aku segera berjalan laju mengalahkan siput khinzir dan mengalahkan Usain Bolt.

"Ayna!"

Aduh memangnya harini hari panggil nama orang sedunia ke? Kenapa aku asyik kena panggil je. Ohh baru ingat! Plan aku! Plan yang aku plan semalam! Ha faham fahamkan lah ayat aku.

"Kau nak apa?!" lain layanan aku berbanding aku layan Adam tadi.

Tae Yong tersenyum sinis. Adik dia disebelah hanya tersenyum. Kau nak apa senyum senyum?

Oh ya! Aku keluarkan 3 ratus yang diberi oleh Tae Yong semalam.

"Nah ambil duit ni. Aku tak perlukan pun duit dari orang Korea. Ada baiknya korang pergi beli plastik. Bukan ke korang suka tampal plastik kat muka? Banyak plastik dekat Malaysia ni kalau kau nak tahu. Ada warna merah, kuning, biru ha yang berjenama Mydin, Tesco pun ada-"

Tae Yong melangkah setapak ke depan membuat kan kata kata aku terhenti. Apasal dia ni? Dahlah tinggi aku kena tengok dia sambil mendongak.

"Kau ni tak boleh berhenti cakap ke ha?" Tae Yong makin melangkah kehadapan.

Aku pula semakin kebelakang. "A-apa kau nak buat ni?!" aku cuba cari pertolongan. Tapi malang semua dah balik yelah risau rumah lari.

Makin lama aku dapat rasa dinding dibelakang aku. Duh dinding ni memang selalu ada waktu waktu gini so klishe!

"Hyung, tak baiklah dahlah tu." kata Tae Joon.

"Sabar Tae Joon. Apakata kita have fun dengan dia sikit?" sinis je Tae Yong berkata kata buat aku rasa lemah lutut.

"Eh tepilah!" aku tolak dada dia namun badan dia yang sasa tu tak terkesan langsung dengan tolakan aku. Aku kena workout ni hm.

Tae Yong mendekatkan mukanya dengan muka aku. Perlahan namun makin lama makin dekat sehinggalah aku dapat rasa deruan nafasnya yang macam anjing lapar. Haha jahatnya boleh pulak bergurau.

Aku memejamkan mata. Muka jangam cakap cuak habis. Masa ni aku rasa muka polla lebih cantik dari muka aku. Jantung dah berdegup laju kalah Usain Bolt. Alah Usain Bolt lagi. Badan aku pula dah sebati dengan dinding yang muncul tiba tiba bila saat genting macam ni.

'Klik!'

Kemudian disambung dengan gelak ketawa. Aku buka mata aku.

Aku lihat Tae Yong sedang memegang Iphone nya dan gelak tanpa henti sehingga tergolek. Tae Joon pula sama je gelakkan aku. Muka aku dah merah padam.

"Kau tengok ni. Muka ni nak belagak gangster? Baru uji sikit dah hodoh muka kau. Aku rasa kau yang patut buat pembedahan plastik tu hahahah!" gelak Tae Yong sambil tangan dia menunjukkan muka aku yang sedang pejam mata dan seperti nak buang air besar tapi tak jumpa tandas.

Aku cuba rampas telefon dari tangan Tae Yong malangnya tangan Tae Yong lebih pantas mengangkatnya keatas. Aku cuba capai dengan menjongket namun tak berjaya.

"Weh bagilah!!" jerit aku. "Taknak haha!" gelak Tae Yong. Akibat geram dah tahap maksimum, aku menendang kaki Tae Yong yang membuatkan dia jatuh terduduk. Tae Joon pula mengambil telefon tu dan simpan dalam poket seluar belakang.

No aku takkan raba dia untuk ambil telefon tu.

Dah bengang sangat aku hampir mengeluarkan air mata namun ditahan.

Aku biar kan Tae Yong dan adiknya itu. Dengan pantas aku lari keluar dari sekolah yang like hell ni.

Aku stress!!

Tbc.

My Love Made In KoreaWhere stories live. Discover now