Ch 3 - Selesa

1.5K 60 6
                                    


"Hyung! Apa hyung buat tu tengok lah dia dah merajuk." kata Tae Joon. Namun aku hanya memberi senyuman sinis. Padan muka dia!

"Baru dia tau mamat Korea macam kita ni tak layak dilayan macam tu." Aku jalan diikuti Tae Joon dari belakang.

Kedengaran suara wanita yang mula terkinja kinja apabila nampak aku di bustop. Tanpa banyak cakap, aku segera tahan teksi yang lalu, dan segera masuk diikuti Tae Joon dan terus menuju ke rumah.

__

Pintu dihempas kuat. Sehinggakan Tayob yang berada di atas meja belajar aku mula buat aksi nak terbang ke muka aku yang dah monyok kalah lipas kena ridsect. Eh tu macam meracau. Ahhh lantak!

Tayob mengiauw geram pada aku sebelum lompat keluar tingkap. Ha kucing ada 9 nyawa so aku tak kisah sangat.

Aku baling bantal peluk aku. Kemudian aku ambil dan peluk semula. Kejadian ini berlaku berulang kali. Aku pun taktahu apa motif aku. Penyakit OCD mungkin? Ohh tidak. Siapa nak penyakit macam ni?

Akhirnya aku menjerit sekuat hati. Biar bergegar rumah ni.

"Kak oi kenapa ni kena rasuk ke apa Ya Allah selamatkan kakak aku!" Alya mengetuk ketuk pintu berulang kali. Tapi aku endahkannya.

Tombol pintu dipulas. Badan aku terangkat sedikit kerana terkejut apabila melihat susuk tubuh bersama kain labuh menutupi badannya. Yaa. Telekung. Alya yang bertutup litup dengan telekung itu mendekati aku.

"Kakak? Okay tak? Ni nombor berapa?" jari Alya dikeluarkan. Aku tolak tangannya dan tepuk dahi dia.

"Auchh! My head!" Alya memegang kepalanya. Aku sambung baring balik semula.

"Kau ni dah kenapa? Pergilah keluar dari bilik aku teruskan solat. Jangan tercegat dekat sini." kata aku.

"Aku dah habis solat dah. Weh kak. Aku nak bagitahu ni, tadi kan pelajar baru Korea tu dah jadi kawan aku!!! Yeay!! Dia pun minat kpop tau-"

"Ahhhhh sudah sudah! Aku taknak dengar nama dua ekor lahanat tu! Pembuli! Tinggi macam galah!! Kalah Jae Dong aku!" aku membuat gaya orang gila termakan pil gila dengan menutup telinga aku dari mendengar cerita Alya. Alya hanya mencebik.

Tak lama kemudian aku halau Alya. Malas nak dengar cerita dia. Korea korea korea. Kau pikir kau dapat ke kahwin dengan mamat tak sunat tu?

Bila difikirkan balik apa yang si Tae Yong tu buat, aku rasa seperti- arghhh lupakan perasaan ni! No jangan! Jangan pecah rekod hati sendiri!

Aku tekap bantal di muka aku sekuat mungkin. Tapi ni bukan cubaan bunuh diri. Ni cubaan nak buang rasa pelik ni. Kenapa? Kenapaaaai?

__

Tae Yong meneguk air masak di dapur. Tangan masih lagi memegang telefonnya. Kemudian Tae Yong gelak lagi. Dan lagi. Macam orang gila kan? Yes dia sedang melihat gambar tadi. Cukup kelakar. Rasanya hantar Maharaja Lawak ni terus menang.

"Hyung ni kenapa gelak seorang seorang?" Tae Joon mengelap rambutnya yang basah mungkin baru lepas mandi. Dia mendekati Tae Yong.

"Tak boleh tahan lah dengan gambar ni. Pftttt-" gelak ditahan buat Tae Joon ikut gelak. Tercetus gelak tawa mereka berdua ni rumah banglo besar itu.

"Haih sejak bila la hyung aku ni pandai membuli orang." kata Tae Joon sambil mengesat air matanya kerana gelak tak tentu arah. Wajah hyungnya yang sedang gelak dan tersenyum itu dipandang.

"Jarang sebab yeoja (perempuan) hyung boleh gelak tawa macam ni." kata kata Tae Joon memberhentikan gelak tawa Tae Yong.

Tiba tiba je Tae Yong teringat akan kisah silamnya. Bersama Yna. Kenalan dia pada zaman tadika. Kelakarkan? Zaman tadika? Entah entah Yna tu dah lupakannya. Tak pun dah semakin lawa atau semakin pandai dengan mulut petahnya dulu.

My Love Made In KoreaWhere stories live. Discover now