1

146 3 1
                                    

Dah macam orang gila pula aku, asyik tersenyum-senyum fikirkan benda tu walhal aku ada lagi dalam lima jam sebelum aku pergi tapi itulah di sebalik senyuman aku ini, aku harus fikir benda apalah yang aku patut kemas dalam beg aku untuk nanti malam. Iyalah, takkan lah aku cuma kemas barang lampu suluh dengan kotak first aid itu je? Macam mana pula dengan makan minum aku, takkan pula aku nak berpuasa sepanjang malam tu?

Lagi satu, baju. Itu satu perkara lagi nak fikir, seingat aku satu baju pun aku tak kemas lagi. Macam mana lah kalau aku terkena air lepas tu baju basah?

Adui, takkan itu pun aku tak boleh fikir untuk kemas. Nampaknya aku ini belum betul-betul sedia untuk pergi kalau benda penting macam itu pun aku tak boleh fikir untuk kemaskan dalam beg aku. Memang tak layak langsung kalau di panggil backpacking.

"Haih Lisa, kau termenungkan apa pula tu?" soal Arissa merangkap kawan baikku sebaik sahaja dia datang ke meja ku. Aku melihat di sekelilingku, mana semua orang? Eh, dah waktu nak balik ke ni? Adui, macam mana boleh lah aku tak perasan?

Itulah aku, asyik termenung pasal benda tu saja dah tak ambil tahu dengan benda di sekeliling.

Aku tersenyum kalut lalu aku berdiri dari tempat dudukku. Bag aku sandangkan ke bahu.

"Malam nanti, jadi tak? Kau jangan buat-buat lupa pula," 

Kata-katanya mengundang tawaku.

"Eh, mana boleh tak jadi. Kita berdua dah plan lama kut untuk pergi ke tempat tu. Kalau kita tak pergi tahun ni, melepas lah kita kali ni." 

Arissa mengangguk, tanda setuju. Rugi betul lah kalau tahun ini aku tak jadi pergi, sudah lah kejadian itu akan datang setiap seribu tahun dan sebagai pencinta bulan, benda macam ni aku sudah lah tak boleh missed. Aku nak jugak lah lihat sendiri bulan misteri itu yang legenda pernah menceritakan bahawa bulan itu adalah bulan yang spesial di mana ia akan muncul setiap pada seribu tahun dan sebaik sahaja ia muncul, ia akan berubah jiwa seseorang.

Hebat dan menakjubkan itu lah buat aku semakin ingin tahu dan ingin sekali melihat nya secara live. 

Harap-harap lah aku dapat izin dari Papa nanti, tapi aku percaya Papa mesti akan lepaskan aku untuk pergi dan melihatnya sendiri lagi pun Papa tak pernah menentang dengan kata-kataku. Yelah, anak kesayangan kan. Mesti lah di turuti.

"Oh, lupa pula aku. Kau dah tanya ke papa kau ke belum?" soal Arrisa membuat aku tiba-tiba berhenti melangkah lalu bibir ku kemam membuat aku tersentak. 

Melihat aku tak terkata apa, Arissa terus menoleh kepadaku. Dahinya berkerut, dah kenapa pula dengan aku ni.

"Aku tersalah cakap ke, Lisa?" 

Tiba-tiba.

"Naia Alisa!" 

Kali ni apa pula?

Kami berdua mendongak, melihat ke arah suara yang baru sahaja menyahut nama penahku.

"Hi, Naim. Awak buat apa kat sini? Tak balik lagi ke?" soal Arissa kepada Naim, kawan dan juga jiran sebelah rumah aku sebaik sahaja Naim pergi mendekat ke arah kami berdua. Alahai mamat ni, dah kenapa pula dia ada kat sini? Selalunya time macam ni, dia lah yang paling setia tunggu di depan pagar sekolah konon nya nak balik rumah berdua.

Duyung (On Hiatus)Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt