Chapter 28

1.2K 144 8
                                    

Selepas selesai acara FANMEETING Baekhyun balik kerumah.Rasa lenguh-lenguh badan membuatkan dia merebahkan badannya di disofa ruang tamu.Mata dipejamkan.Terapi terbuka kembali apabila dia merasakan kelainan.Dipandang sekeliling.Sepi sahaja.Baekhyun bangun dan melangkah kedapur.Suasana dapur tidak berubah.Makanan tengahari yang dimasak oleh Jihyo langsung tidak terusik.

"Sayang..Jihyo!!"panggilan Jihyo langsung tidak disahut.

"Tak akanlah tak balik lagi"

Baekhyun tertanya tanya.Langkah diatur naik ketingkat atas.Dituju bilik Byun Jinwoo dahulu.Fikirnya mungkin Jihyo didalam bilik itu.Tetapi kosong.Dia keluar dan masuk kedalam bilik dia dan Jihyo pula.

"Haishh mana ni?"

Baekhyun mula rasakan kerisauan.

Apabila ternampak sesuatu diatas katil,Baekhyun melangkah ke katil.Dia duduk dibirai katil.Sepucuk surat terdapat disitu.Tatkala isi surat dibaca,Baekhyun betul-betul terkejut.Tidak percaya dengan apa yang dibaca olehnya sekarang.

"Jihyo,Boy.."

Baekhyun bangun ambil kunci kereta diatas dan terus keluar dari bilik menuju ketingkat bawah.Dia perlu pergi ketempat Jihyo dan Byun Jinwoo.Jangan sampai berlaku sesuatu keatas keduanya.Baekhyun tidak sanggup semua itu berlaku.

Masuk sahaja kedalam kereta,Baekhyun terus mendail nombor Heejun.Dia harus minta bantuan managernya itu.

"Hello..yahh Heejun kau dekat mana?"

"Aku dekat rumahlah.Kau kenapa suara cemas sangat ni?"tanya Heejun.Pelik dengan nada suara Baekhyun yang kedengaran betul-betul cemas.

"Aku nak kau keluar sekarang.Jumpa aku dekat tapak pembinaan terbiar di Ilsan.Cepat!!"arah Baekhyun tergesa gesa.Dia tidak boleh leka.

"Tapi kenapa??apa yang berlaku?"

"Jihyo dengan Boy kena culik.Kau jangan banyak cakap.Jumpa aku dekat sana.Aku dah nak pergi dah ni"talian terus dimatikan.

Heejun pula terkejut mendengar apa yang dicakapkan oleh Baekhyun.Dia terus ambil kunci kereta dan keluar dari rumah.Sebelum bertolak Heejun menelefon kepada polis.Dia tahu yang dia dan Baekhyun agak mustahil untuk tangani apa yang akan berlaku.

•••••••••••••••

"Jihyo.."

Jihyo tersedar apabila seseorang menyebut namanya dan menyentuh lengannya.Jihyo sesekali mengerang sakit.Youngbin betul-betul merasa bersalah melihat keadaan Jihyo sebegitu.

Jihyo pandang Youngbin.Dia sedikit mengerakkan badannya menjauh.Ketakutan.

"Jihyo..saya tak akan buat apa-apa"ujar Youngbin tidak mahu Jihyo rasa takut dengannya.Walau ternyata Jihyo sangat ketakutan sekarang.

Airmata Jihyo mengalir."Please..lepaskan Boy.Bunuh je saya kalau nak.Tapi jangan Boy"ujar Jihyo merayu.

"No..Jihyo semua tu tak akan berlaku.Saya akan tolong awak keluar dari sini"

Youngbin membantu Jihyo bangun.Jihyo menyandarkan badannya didinding.Rasa sakit diseluruh badan.

"Awak akan tolong saya?"

Youngbin mengangguk.

"Jihyo..ikut saya"

"Ikut awak?"

Jihyo tidak faham.

"Ikut saya pergi dari sini.Ini bukan tempat awak Jihyo.Terlalu bahaya.Saya janji awak dengan Boy akan bahagia kalau ikut saya.Kita pergi jauh dari sini"

Tangan Jihyo dipegang.Tetapi dileraikan kembali oleh Jihyo.

"Apa yang awak cakap ni??ini bukan tempat saya??tapi dekat sini saya ada Baekhyun.Suami saya.Appa Boy.Jadi dekat sini kebahagiaan saya.Saya tak boleh pergi"balas Jihyo.Dia bahagia disamping Baekhyun.Dia tak bahagia jika tidak ada Baekhyun.Dia yakin sebentar lagi Yoojung akan tertangkap dan mungkin Youngbin juga kerana bersubahat.

Youngbin mengeleng.

"Awak tak bahagia Jihyo.Saya nampak awak bersedih bila dengan Baekhyun.Dia tengking awak.Marah awak.Awak patut ikut saya.Sebab saya tak akan pernah marah awak"

Jihyo rasa lain macam dengan nada suara Youngbin.Lelaki ini bagaikan seorang psycho sekarang.Pandangan dan percakapannya sangat menakutkan Jihyo.

"Please..jangan paksa saya"

Dam!!

Terkejut Jihyo kerana tiba-tiba Youngbin menghentak dinding berdekatan kepalanya.Jihyo betul-betul ketakutan apabila Youngbin memandangnya tajam.Kedua-dua tangannya diletakkan dikiri kanan kepala Jihyo.Jihyo dipandang tajam.

"Youngbin tolonglah jangan macam ni.Sebelum ni awak tak macam ni.Kenapa dengan awak?"Jihyo rasa tubuhnya mengigil.Dia betul-betul ketakutan sekarang.

•••••••••••••••••

Baekhyun memberhentikan keretanya sedikit tersorot kerana tidak mahu mereka perasan akan kedatangannya.Suasana agak gelak kerana kawasan ini agak tersembunyi dan terbengkalai.Baekhyun keluar dari kereta.Kawasan yang agak besar ini susah untuk dia tahu dimana tempat Jihyo dan Byun Jinwoo disembunyikan.

Baekhyun toleh kebelakang apabila sebuah kereta masuk.Dia arahkan supaya diletakkan dibelakang keretanya.Setelah itu,seseorang keluar iaitu Heejun.

"Besar tempat ni.Macam mana nak cari?"tanya Heejun apabila berada disebelah Baekhyun.

"Memang besar.Tapi macam mana sekalipun kita kena cari Jihyo dengan Boy cepat.Aku tak nak jadi apa-apa dekat isteri dengan anak aku"

Heejun menepuk bahu Baekhyun."Tenang Baekhyun.Aku tolong kau.Kita berpecah.Kalau aku jumpa,aku call kau.Kalau kau jumpa,kau pula call aku"

Baekhyun mengangguk.Dia betul-betul risau sekarang.

"Baekhyun.Apa pun yang berlaku bertindak ikut akal.Jangan ikut perasaan.Aku tak nak kau pula dalam bahaya.Kau datang sini nak selamatkan anak dengan isteri kau.Jangan bertindak terburu-buru"pesan Heejun.

"Kau jangan risau"

••••••••••••••••

"Jangan!!!"

Jihyo menolak Youngbin yang semakin mendekatkan wajah diwajahnya.Tetapi apalah sangat kekuatan dia dibanding dengan kekuatan Youngbin.

"Kau tak nak ikut aku.Jadi terima aku sekarang.Sekejap pun jadilah.Aku betul-betul gilakan kau Jihyo"

"Youngbin tolonglah jangan.."rayu Jihyo.Airmatanya tidak henti-henti mengalir.

"Diamlah sayang..aku just nak kau terima aku kejap je.."

Jihyo memalingkan wajahnya.Didalam hati dia tidak henti-henti meminta agar Baekhyun datang cepat.Dia sudah tidak berdaya.Sakit diseluruh badan semakin terasa.

TBC

Sempatkah Baekhyun??

[ C ] who? fall in love with fan • bbhWhere stories live. Discover now