CHAPTER 06

1.7K 161 6
                                    

Selepas bersiap,Baekhyun cepat-cepat ingin turun.Dia ingin berjumpa dengan Jihyo dan menjelaskan semuanya.Tidak mahu Jihyo membencinya.Baekhyun berlari tergesa gesa keluar dari hotel.Dia menghenti melangkah apabila melihat kereta Youngbin sudah bergerak pergi.Dia bernafas lelah.Wajahnya diraup kesal kerana tidak dapat bertemu Jihyo.Dia risau jika di Seoul nanti Jihyo dah tak nak jumpa dia.

"Baekhyun.Kenapa ni?"tegur HeeJun.Pelik melihat Baekhyun yang sebegitu.

Baekhyun melihat HeeJun sekilas dan selepas itu terus melangkah ke kereta.Mood nya tak ada untuk menjawab.Semuanya hilang selepas Jihyo mengatakan benci kepadanya.

HeeJun masuk kedalam kereta.Baekhyun disebelahnya dipandang.Artis itu nampak betul-betul kusut.Mata dipejamkan bagaikan ingin melawan sesuatu.Kali terakhir dia melihat Baekhyun berkeadaan begini ketika Yoojung minta putus.Selepas itu,tidak lagi dia melihat Baekhyun sekusut begini.

"Kau gaduh dengan Jihyo ke apa ni?"tanya HeeJun.Dia betul-betul ingin tahu.Tadi dia perasan yang Baekhyun sepertinya tergesa gesa ingin jumpa Jihyo kerana lelaki itu melihat kearah kereta Youngbin.

Baekhyun membuka matanya."Aku tak tahu macam mana nak cakap.I never thought everything will be like this"

"Apa maksud kau?"tanya Heejun tidak faham.

"Dahlah.Sampai Seoul aku cerita.Now aku penat"balas Baekhyun.Mula memejamkan matanya kembali.

HeeJun melihat Baekhyun dengan reaksi pelik dan tertanya.Dia betul-betul tidak dapat meneka apa yang telah terjadi.

•••••••••••••••

Youngbin sesekali melihat kearah Jihyo.Pekerjanya itu nampak seperti ada masalah.Muram.Sedari bertolak tadi sampai sekarang tidak dengar suara.Senyap sahaja.Lebih-lebih lagi dia perasan yang mata Jihyo sedikit merah seperti baru lepas menangis.

"Kau kenapa?"

"Huhh"

"Aku tanya kau kenapa?"

Jihyo hanya mengeleng.

"Kau kenapa??itu bukan jawapan yang aku nak"soal Youngbin lagi.

"Tak ada apa-apa.Saya cuma penat"jawab Jihyo.Suaranya kedengaran serak ditelinga Youngbin.

"Tak ada apa-apa.Tapi kenapa mata kau merah??suara serak??aku kenal orang yang lepas menangis.Kenapa kau menangis?"tanya Youngbin lagi bagaikan mendesak.

"Boss please respect my privacy.Saya.."percakapan Jihyo dipintas.

"Baekhyun buat apa dekat kau?"pertanyaan Youngbin betul-betul mengejutkan Jihyo.

"No.Hal saya tak ada kena mengena dengan dia.Please..jangan kaitkan saya dengan dia.Saya tak nak ada apa-apa kaitan pun dengan dia"balas Jihyo mendatar.

Youngbin terdiam.Dia mula syak sesuatu.Mungkin Jihyo begini kerana bergaduh dengan Baekhyun.Dia mula sangka yang Jihyo dan Baekhyun ada hubungan kerana dia perasan yang Baekhyun asyik tengok Jihyo ketika menyanyi.Mungkinkah pekerjanya ada hubungan diam-diam dengan artis terkenal itu??

••••••••••••••••

"What??!!"terkejut HeeJun apabila Baekhyun menceritakan semuanya.

Baekhyun pula sekadar mengeluh.Dia bersandar lemah disofa ruang tamu rumahnya.Kasihan pula HeeJun melihat keadaan Baekhyun.

"Tapi kenapa kau tak jelaskan hal yang sebenar dekat Jihyo??Kau tak boleh dipersalahkan"tanya HeeJun.Baekhyun tidak boleh membiarkan dia terus menerus dibenci oleh Jihyo.Perit rasa dibenci oleh orang yang disukai.

[ C ] who? fall in love with fan • bbhWhere stories live. Discover now