Chapter 21

1.1K 143 19
                                    

Terkejut Heejun kerana tiba-tiba Lee Soo Man menghempas satu fail dihadapannya dan satu sampul surat berwarna coklat.Terkedip kedip pandangan Heejun melihatnya.Dia panggil datang kesini dengan segera dan sekarang apa dihadapannya??melihatkan riak wajah Lee Soo Man yang marah,pasti ianya sesuatu yang serius.

"Apa ni Tuan?"

"Fail tu adalah senarai bantahan pihak China tak puas hati dengan pihak kita bila Baekhyun terus tinggalkan China dan pergi show mereka.Dan sampul surat paling tak munasabah.Bila Baekhyun kahwin dan kenapa pihak SM tak tahu??"nada suara Lee Soo Man betul-betul marah sekarang.

"Tuan.."

Belum sempat Heejun meneruskan ,Lee Soo Man memintas.

"Aku tak nak dengan apa pun lagi.Aku nak kau pergi rumah Baekhyun.Bawa dia datang sini.Semuanya perlu di settle kan.Tinggalkan kerjaya dia ataupun tinggalkan rumah tangga dia.Aku tak takut kehilangan dia.Tapi dia kena buat keputusan bijak"

Kata-kata Lee Soo Man betul-betul mengejutkan Heejun.Jelas sekali ianya susah untuk Baekhyun membuat pilihan.Dahlah sekarang Jihyo hilang entah kemana.Banyak sungguh dugaan Baekhyun.

•••••••••••••••

Youngbin duduk disebelah Jihyo.Dipandang Jihyo yang sedang menangis.Dia mengeluh berat.Sudah tahu apa yang berlaku dan Jihyo dan Baekhyun suami isteri.Perasaannya kepada Jihyo sudah lama bertapak dihati.Tetapi sudah pasti dia tidak akan dapat memiliki Jihyo keran Jihyo sudah menjadi milik Baekhyun.Walaupun mereka sekarang ada masalah.Tetap juga mereka suami isteri.Saling mencintai.Dia tidak boleh menjadi orang ketiga dalam perhubungan mereka.

"Sampai bila kau nak menangis macam ni?"

Jihyo menunduk.Airmatanya dikesat.Tiada gunanya kerana ia tetap mengalir.

"Salah ke apa yang saya buat ni?"tanya Jihyo.Youngbin dipandang.

"Aku tak kata salah dan aku tak kata betul.Kalau kau rasa ini yang terbaik teruskan.Tapi aku tak ada lah sokong apa yang kau buat ni.Cuma sekarang aku tahu kau tengah sedih.Tengok keadaan kau sekarang pun aku dah tahu"Youngbin jeda seketika.

"Kau perlukan ketenangan.Tenangkanlah diri kau buat sementara.Aku yakin semuanya akan baik nanti"

Dia cuba untuk memberi Jihyo semangat.Walaupun jelas sekali semangat Jihyo telah hilang sekarang.Tetapi tidaklah ianya terus hilang tanpa datang kembali.Jihyo perlu kuat untuk hadapi semua ini.Dia sebenarnya kebetulan jumpa dengan Jihyo ditaman ini kerana berdekatan dengan kedai music miliknya.

"Saya dah banyak menyusahkan Baekhyun.Selalu mendatangkan masalah dekat dia.Disebabkan saya dia bergaduh dengan omma dia"

"Aku tak rasa dia fikir macam apa yang kau fikir"

"Maksud awak?"tanya Jihyo.Tidak faham

"Kau rasa dia akan rasa yang kau tu mendatangkan masalah dekat dia?"

Jihyo terdiam.

Tanpa Jihyo dan Youngbin sedari,Baekhyun dari jauh sedang melihat mereka berdua.Jelas kekecewaan diwajah itu.Dia fikir Jihyo tinggalkan dia kerana ingin bersama Youngbin.Sehingga sanggup lari dari hospital dengan keadaan masih belum ok sepenuhnya.Tahulah dia sekarang yang tiada keikhlasan pada cinta Jihyo.Baekhyun melangkah pergi dengan langkah kaki yang lemah.

Baekhyun masuk kedalam kereta.Stereng kereta dihentak kuat.Rambut diserabaikan.Dia bagaikan orang tidak terurus.Padahal masalah baru sahaja berlaku.Baru sahaja perpisahannya dengan Jihyo.Dia cintakan Jihyo.Sangat cintakan isterinya itu.Mungkin dia patut biarkan dahulu Jihyo buat seketika.Isterinya itu cukup terluka.Pasti nanti dia akan mendapatkan Jihyo kembali keran dia tidak akan pernah terfikir melepaskan Jihyo atau menceraikan isterinya itu.

"Kau milik aku Song Jihyo"ujar Baekhyun dan memandu kereta pergi.

••••••••••••••

Seminggu selepas kekecohan yang berlaku,ianya mulai reda.Baekhyun terpaksa meneruskan segala comebacknya walaupun dia masih lagi sedih dengan apa yang berlaku.Kerja tetap kerja.Jika dia tidak turuti,pasti akan dikenakan tindakan.Dia juga tidak mahu mengecewakan peminat yang sudah lama menunggu comeback dari dia.

"Sampai sekarang omma tengok Baekkie macam ni juga.Seorang diri.Menanti benda yang tak pasti"tegur Puan Byun dan duduk disofa berhadapan dengan Baekhyun.

Baekhyun tidak membalas.Setiap hari kalau omma nya itu datang pasti akan mengatakan benda yang sama.

"Omma rasa dah tiba masanya Baekkie lepaskan Jihyo.Sebelum pergi Jepun"

Terkejut Baekhyun mendengar kata-kata omma nya itu."Baekkie tak akan ceraikan Jihyo.Walau apa pun yang jadi.Tak kisahlah sejauh mana Baekkie pergi.Selama mana pun.Baekkie tak akan ceraikan Jihyo.Tak ada sebab Baekkie kena ceraikan dia"

"Habis tu Baekkie nak jadi macam orang bodoh tunggu isteri yang tinggalkan suami sebab lelaki lain?"tanya Puan Byun keras.

"Baekkie akan tunggu"

"Omma tak fahamlah dengan Baekkie sekarang.Sanggup abdikan diri semata mata tunggu perempuan tu"ujar Puan Byun dan berdiri.

"Dia menantu omma"

"Omma tak pernah anggap orang lain menantu selain Yoojung"balas Puan Byun dan melangkah pergi dari rumah.

Baekhyun mengeluh berat.Sampai bila omma nya ingin menindakkan kebenaran yang Jihyo isteri dia.

Wajah diraup.Esok dia akan pergi Jepun.Dia akan memulakan kerjayanya disana kerana ingin mengembangkan bakatnya di negara matahari terbit itu.Mungkin dua tahun dia akan berada disana ataupun lebih.Apa yang berlaku akan dilupakan buat seketika.

•••••••••••••

TIGA TAHUN KEMUDIAN

Seorang perempuan menghampiri Jihyo.Bahu Jihyo disentuh dan dia duduk disebelah Jihyo.Mereka berada dihalaman sebuah rumah.Iaitu rumah milik perempuan itu.

"Fikirkan apa?"

Jihyo tersenyum."Tak ada apa-apa lah.Saya tengah tengok Boy.Dah besar dia sekarang.Saya rasa bahagia sangat.Walaupun.."

Percakapan Jihyo dipintas."Walaupun sedih tak ada appa Boy disisi?"

Jihyo tidak menjawab.Anaknya yang sedang bermain belon dilihat.Anak lelakinya itu sudah pun berusia tiga tahun.Bernama Byun Jinwoo tetapi dipanggil Boy.Disebelahnya sekarang pula ialah Lee Heesoo.Seorang yang ada disampingnya ketika dia melahirkan Byun Jinwoo dan sentiasa ada ketika dia susah untuk menjaga Byun Jinwoo sendirian.Sentiasa menghulurkan bantuan.Lee Heesoo ialah seorang doctor.Menawarkan diri untuk membantu Jihyo.

"Saya masih sayangkan dia.Saya tahu saya tak boleh lari.Kami masih suami isteri.Lebih lagi anak dia sudah lahir.Bila-bila masa mungkin kami akan dipertemukan.Saya tak pasti dia akan terima saya atau tidak"

"Kenapa Jihyo cakap macam tu??percaya Jihyo.Seorang suami yang kejam je tak boleh terima kembali isteri sebaik Jihyo"balas Heesoo.

"Baik??tapi saya tinggalkan suami saya"

TBC




[ C ] who? fall in love with fan • bbhWhere stories live. Discover now