Ucap Anis dan terus bangun untuk membawa diri.

"You don't have to do this you know."

Anis melihat Mikael dengan terkejut.

"Kita..Ada persahabatan yang lama sejak universiti lagi.You adalah salah seorang perempuan yang paling I percaya.Walaupun you pernah buat benda yang teruk,I masih percayakan you.Buktinya,you mengaku sendiri kesalahan you pada I.You istimewa kepada I Anis."

Hati Anis berdetak kencang.Aku..seorang istimewa kepada Mikael?

"You tak perlu lari untuk bayar balik segala kesalahan you Anis.Just stay.."

Anis tersenyum kecil.

"Mikael,hati I dan you memang lain.Bagi you I istimewa kerana kita sudah lama berkawan.Bagi I..you istimewa sebab memiliki jiwa I.I tak boleh duduk dekat dengan you,I just can't.Cara you pandang Sara pun dah boleh membuatkan hati I sakit.I rasa,hubungan kita takkan sama macam dulu lagi.You understand it,right?"

Mikael terdiam,tidak mampu untuk membalas.Dalam benaknya,dia tidak mahu Anis terseksa dalam perasaan cinta juga.Tanpa menoleh kebelakang,Anis membuka pintu dan keluar membawa persahabatan mereka sekali.

Air mata yang menitis cepat-cepat jarinya menyeka.Dia cuma rasa bodoh.Sebab perasaan cinta,hubungan rapat dia dan Mikael putus.Disebabkan cinta,dia buat sesuatu yang keji.Disebabkan cinta,dia musnahkan segalanya.Kalaulah perasaan ini tidak hadir untuk Mikael,mungkin dia dan Mikael masih berkawan rapat.Masih dapat berbual dan keluar bersama seperti dahulu.Mungkin dia tidak akan jejak pun ke lapangan terbang untuk belajar di luar negara.Namun,masa tidak boleh diputarkan kembali.Anis memasukkan kembali telefon bimbitnya ke dalam poket dan menarik bagasinya untuk masuk ke dalam balai pelepasan.

"Anis!"

Langkah Anis terhenti,pantas sahaja dia menoleh kebelakang dan sudah terlihat Mikael yang kelihatan berlari laju kearahnya.Mikael? Mulut Anis terbuka sedikit.

"Kenapa you tak beritahu I yang you nak berlepas hari ni?! Nasib baik sempat..."

Kata Mikael yang tercungap-cungap sambil mengesat peluh yang merenik di dahi.Anis tergelak kecil.Mikael datang untuk jumpa aku..Memikirkan itu,matanya berkaca.

"You pergi untuk berapa tahun?"

"5 tahun.Maybe."

"Lamanya."Wajah Mikael kelihatan keruh.

"I tahu."

Mikael menundukkan kepala kebawah dan memasukkan kedua belah tangannya ke dalam poket.Keadaan senyap seketika sehinggalah jejaka itu mengangkat wajahnya.

"I akan kahwin dengan Sara tak lama lagi."

Jujur Mikael.Dia tahu Anis akan rasa kecewa,namun gadis itu berhak untuk tahu.Dia tidak mahu ada rahsia diantara mereka terutamanya perpisahan hari ini.Riak Anis kelihatan terkedu,sebelum gadis itu menghulurkan senyuman manis.

"Congratulatins Mikael.I harap you bahagia,I betul-betul ikhlas."

Ucapnya dengan lembut.Dia tidak tipu,dia mahu lihat Mikael bahagia dengan Sara.Walaupun benaknya sekarang sedang menahan perit.

"Anis,I tahu ni soalan sombong.Tapi..adakah kita masih berkawan? I tak nak sebab perasaan I dan you,kita akan berpisah dengan cara macam ni.It's just not right."

"Mikael,I pun sayangkan persahabatan kita.Tapi I tak boleh padam perasaan I.Jauhkan diri daripada you adalah jawapan yang terbaik sekarang.Sara adalah perempuan yang berhak untuk you.I tak nak ulangi kesalahan lama hanya sebab perasaan cemburu."

Terkecuali : MikaelWhere stories live. Discover now