'Penyelamat!!' lelaki itu tersenyum sendiri sebelum menghulurkan tangannya untuk berjabat tangan dengan Alisya, "My name is Farhan, Adam Farhan"

Alisya tersenyum lalu menyambut huluran tangan Farhan , "walaupun encik Farhan dan tahu nama saya tapi saya akan kenalkan diri saya dengan lebih formal. My name is Alisya Qaisara."

"YA ALLAH ALISYA!!!"terkejut dengan suara nyaring tu, Alisya terus memandang ke arah pintu bilik dan wajah risau puan Anis dipandangnya lama. Puan Anis dengan sepantas kilat berlari ke arah anak perempuannya itu lalu dipeluk lama kerana bersyukur yang anaknya selamat.

Alisya melihat kelibat 4 orang lagi di belakang puan Anis yang dikenalinya iaitu encik Mukhriz, Aiman, Alif dan mak mentuanya, Tun Sharifah.

'Macam mana ibu boleh tahu ni?'

Bagai membaca fikiran Alisya, Farhan menjawab."Saya tak tahu nak buat apa tadi sebab tu saya bukak handphone cik Alisya lalu saya call ibu cik Alisya. I'm sorry sebab saya dah bukak handphone cik Alisya tanpa minta kebenaran terlebih dahulu.."

Farhan memandang Alisya lalu menyambung,"dan nasib baik cik Alisya tak buat password kalau tak hm tak tahu lah macam mana nak call penjaga dia."

'Dia bukak handphone aku, maksudnya dia dah nampak wallpaper aku... Nooooo!!!'

Encik Mukhriz berjalan ke arah Farhan lalu dipeluk erat lelaki muda itu yang terkejut dengan kelakuan encik Mukhriz terkaku tidak tahu nak buat apa.

"Terima kasih encik sebab selamatkan anak kami kalau encik tak ada saya tak tahu apa dah jadi kat anak perempuan saya ni dah. Lepas encik call kami tadi dengan pantas kami datang sini sampai baju pun kami tak sempat nak tukar."

"Ah! Saya pun bersalah dalam hal ini sebab saya terlanggar anak encik tadi waktu dalam perjalanan pulang ke rumah."

Encik Mukhriz menggeleng tanda tidak bersetuju lalu dia berkata,"Jani encik tak langgar lari, ni pun saya dah kira bersyukur."

Tun Sharifah yang hanya diam membisu tiba-tiba bersuara,"Saya nak keluar sekejap"

Selepas sudah pasti yang ramai tahu permegiannya lalu dia keluar dan beredar ke cafe berdekatan. Tun Sharifah mengambil tenpat di sebelah tingkap besar lalu memesan secawan kopi untuk menghilangkan rasa sejuknya.

Selepas seketika, Tun Sharifah mengeluarkan telefon bimbitnya dari beg tangan yang diletakkan di sebelah kerusi yang didudukinya itu lalu nombor anaknya yang nan satu itu dihubunginya.

Arian terjaga disebabkan bunyi derigan yang datang dari telefon bimbitnya lalu dengan nak tak nak Tengku Arian mengolekkan badan dan memanjangkan tangannya. Dia melihat nama yang tertera dan keningnya bercantum sebab keliru,'Apahal mama call aku tengah-tengah malam ni?'

"Hello!"jawab Tengku Arian selepas deringan kedua dengan suara serak.

'Dia boleh tidur sedangkan isterinya masuk hospital.'

Dengan sikap Tengku Arian yang tidak ambil peduli tentang keadaan isterinya membuatkan darahnya mendidih.'Apa  yang nak jadi dengan anak aku ni? Ya Allah.'

"Ar dekat mana sekarang ni?"tanya Tun Sharifah sambil menghirup sedikit kopi panasnya.

"Dekat rumahlah takkan dekat office kot."jawab Tengku Arian acuh tak acuh.

Dengar sahaja jawapan selamba anaknya itu terus Tun Sharifah meletus,"Kamu senang-lenang tidur dekat rumah sedangkan isteri kamu masuk hospital pun kamu tak tahu..."

Tidak sempat Tengku Arian hendak memproses apa yang berlaku, Tun Sharifah terus menyambung dengan menyelik amaran,"Mama tak kira kalau kamu tak datang sini dalam masa 30 minit. Kamu akan tahu apa akibatnya nanti."dan Tun Sharifah terus mematikan talian.

"Mama! Hello, are you still there?"Tengku Arian yang masih tidak tahu yang Tun Sharifah sudah mematikan talian mengeluh panjang.

'Apahal perempuan tu masuk hospital pulak malam-malam buta ni. ISH!! betul-betul menyusahkan orang lah dia ni'

Baru dia teringat yang dia sendiri tidak tahu di mana Alisya sedang berada dan telefonnya berdering lagi menunjukkan ada mesej baru masuk.

Hospital Tropicana. See you there in 30 minutes, Tengku Arian
-Mama

Tengku Arian tahu untuk tidak ambil peduli apabila Tun Sharifah menyebut nama penuhnya dan dengan pantas dia mengambil kunci kereta dan kunci rumah sebelum bergegas ke keretanya.

'Tengok kau nanti Alisya Qaisara, kau dah buat aku bangun tengah malam dan dapat amaran daripada mama. Aku takkan lepaskan kau hidup-hidup.' dan pedal kereta ditekan dan kereta itu laju memecut keluar dari tempat parkir kereta.

-
Vote + Komen = Thankyou

Minhyukie-

[COMPLETED] Suamiku Mr JutawanWhere stories live. Discover now