Fang inside Boboiboy

2.9K 268 85
                                    

Fang POV

"Wargh!!! Badan anak siapa ni?!!! Mana badan aku?!! Mana muka kacak aku?! Asal muka aku muka semacam je ni?! Ni muka Boboiboy! Arghhh!!! Apa jadi ni?!!!" jerit aku dengan kuat bila aku sedar sedar je pergi depan cermin tengok aku ni Boboiboy. Gila ah!

"Mana kau Boboiboy?!!!!" jerit aku lagi. Tapi perlahan je aku jerit. Aku kat rumah orang ni, hormat hormat...

Argh! Kolotnya! Jacket ni no sleeve, lengan baju kat dalam dilipat, topi dinasour zaman bila atas kepala aku ni pun aku tak tahu. Seluar ni awat longgar sangat?! Macam nak terlondeh je. Aduh... takde taste betullah kawan baik aku sorang ni.

Aku buka topi dinasour tu dan buka zip pada jaket aku, opps, jaket Boboiboy. Lepastu aku terus keluar rumah, tapi sebelum tu aku cari tali pinggang dulu, baru selesa.

Dah dekat luar rumah, aku pun cuba nak guna kuasa bayang tapi.... dead... kuasa aku pun tertukar dengan Boboiboy dah jam kuasa dia dekat aku. Jam kuasa aku mesti dekat dia.

Aku pun nak try juga guna kuasa dia.

"Fang Halilintar!" jerit aku. Ha ha ha, lembapnya, jam kuasa ni manalah tahu kitorang dah switch soul, so aku kenalah sebut 'Boboiboy Halilintar' sepatutnya. Tapi bila aku terbayang muka sengih kerang busuk aku bila sebut ayat tu, terus aku diam. Better aku lari je, lagi aku rela.

Ku relakan jiwa~~~~

Aku pun nyanyi lah part tu je, dah tu je aku tahu. Dah dah, suara aku tak sedap, hujan nanti kang.

Aku pun mula berlari dengan comelnya ke rumah aku. Pintu diketuk sebaik sahaja aku sampai.

Kaizo yang buka pintu lepas seminit 2 saat aku menunggu. Ha, dah nampak dah muka singa dia tu. Bengis tahap singa hutan pun takut. Depan aku ni singa alien ye kalau korang nak tahu, singa alien versi manusia. Kekekeke...

"Abang, adik nak jumpa Boboiboy," kata aku selamba. Lepastu Kaizo iaitu abang aku yang aku cintai, memandang aku macam nak telan aku, tapi disudut lain, dia sebenarnya tengah pelik dengan aku.

Oh! Baru aku perasan. Aku panggil dia abang tadi. Aku ni 'Boboiboy' lah! Buatlah cara 'Boboiboy', jangan berlagak 'Fang' pulak kat sini walaupun hakikatnya aku ni The Real Fang. Hehehe.

"Maaf kapten. Saya nak jumpa Fang," kata aku sekali lagi. Pftt... rasa nak tergelak pulak. Akulah Fang, aku nak jumpa diri aku kenapa? Hahaha. Tapi basically aku nak jumpa badan 'Fang' sebab aku di dalam badan 'Boboiboy'.

"Pang tengah berehat, jangan kacau dia," kata Kaizo lagi. Amboi, tegasnya. Tahulah yang kau tu tak suka Boboiboy aka kawan baik aku ni, tapi tak yahlah sampai nak bagi death glare kat adik sendiri. Ah, dia bukannya tahu yang aku ni Fang sebenar. Yang dia layan bak putera raja kat atas tu sebenarnya Fang yang fake!

Aku menolak Kaizo ketepi dan terus meluru ke bilik aku. Without hi, bye, hello, or anything else, aku redah masuk bilik tu. Bilik aku kan? Who cares?

Aku melihat 'Fang' tengah baring di atas katil bercadarkan corak donut lobak merah kesayangan aku.

Berani betul kau baring atas katil aku an? Eh jap, tadi pun aku baring atas katil dia, dah lah katil dia lagi empuk dari katil aku. Ah, lantaklah.

Aku terus menerpa Boboiboy, lehernya dicekik aku dengan..... perlahan je.

"Bagi balik badan aku Boboiboy!" jerit aku dengan nada perlahan.

Dia menolak aku dengan kasar dan terus menerkam aku, bak harimau kelaparan.

"Aku pun nak badan aku balik!" kata dia pula.

Aku terus tolak dia kebelakang.

"Dah lah, better kita fikir macam mana kita boleh jadi macam ni, punca, potensi, halangan, cadangan.... eh? Itu PT3 Geografi punya tugasan tu. Maksud aku, kita fikir pasal benda ni lah, macam mana kita boleh switching soul," kata aku kepada Boboiboy yang duduk di atas lantai memandang aku.

"Hmmm... okay...." balas dia. Pendek je. 'Okay' je!!

----------------------------------------
Ha, author dah start merapu. Ni kes sebab author tengah stress PT3 Geo lah ni. Tu yang idea masuk sekali PT3 punya idea. Hehehe. Okay that's all~ sape nak author sambung? Boleh comment 'next'. Nak author stop pun boleh. Sila comment 'stop'. Hehe, thank you readers!

[C] Switching soul (Boboiboy w Fang)Where stories live. Discover now