"Kami pergi dulu ya sayang.. mungkin kami akan lewat pulang ke Korea. Jaga diri ya" pesan omma kepada aku. Aku hanya mengukirkan senyuman palsu.
Pergi bercuti bukannya nak ajak aku. Asyik-asyik ajak budak Jinhae je. Aku ni dah macam bukan anak diorang pulak.
"Ingat pesan appa Jungkook. Jangan sesekali sentuh atau buka buku yang ada diatas meja kerja appa tu. Ianya tak sesuai untuk kamu"
Buku?.. buku apa?. Aku tak tahu pun.
"Baiklah appa... jungkook ingat pesan appa dan omma..dah pergi nanti terlepas flight siapa susah"
Ceh dah macam menghalau je aku ni. Hakhakhak.
Selepas omma dan appa berlalu pergi. Pintu rumah aku tutup dengan rapat. Mestilah tutupkan takkan aku nak biar terbuka. Dah la malam.
Aku melepaskan keluhan. Sekarang ni aku dah tinggal sorang-sorang. Apa yang harus aku buat. Atau wajib aku buat. Mandi dulu lah.
Aku berjalan menuju kebilik aku. Bilik aku dekat je dengan bilik omma dan appa. Langkah setapak je dah sampai bilik omma dan appa.. hak..
Masa aku tengah berjalan nak masuk bilik tu. Tetiba je pintu bilik omma dan appa aku terbuka dengan sendiri. Terkejut jugakla aku. Nak kata adik aku si Jinhae tu memang tak la sebab dia ikut omma appa aku pergi bercuti.
Dengan adanya sifat ingin tahu. Aku melangkah masuk kedalam bilik omma dan appa aku. Aku tengok sekeliling. Termasuk dengan belakang pintu. Yela kut-kut ada something ke. Tapi sayang. Tak ada apa-apa.
"Tak ada apa pun"
Aku mula nak melangkah keluar. Tetiba aku terdengar bunyi orang bersiul. Uish.. meremang bulu roma aku.
Aku pusing belakang. Bunyi siulan tu dekat duh.
Aku tengok atas meja kerja appa aku. Ada buku. Mungkin buku ni yang appa aku larang aku untuk sentuh dan buka. Tapi kalau baca tak salah kan. Muehehe..
Aku jalan pergi kat meja kerja appa aku. Aku tengok buku tu.
"Birds?"
Aku teringin nak bukak..nak bukak ke tak nak. Bukak jelah.. aku dah besar dan boleh jaga diri aku sendiri.
Aku ambil buku tu dan lari keluar dari dalam bilik omma appa aku. Dan aku masuk semula ke bilik aku. Niat aku nak mandi tadi aku batalkan sekejap.
Aku lompat atas katil aku dan aku meniarap. Buku aku letak depan-depan aku.
"Burung apa?"
Aku buka buku tu.
Warning
Buku ini adalah buku rahsia yang hanya boleh diketahui oleh ahli-ahli kegelapan.
Itu je amaran dia?. Pfft.. budak tadika baca pun gelak je.
Aku sambung tengok buku tu. Setiap helai aku buka. Yang ada hanya lukisan. Aih..rahsia la sangat.
Aku tutup buku tu dan aku campakkan ketepi. Apa punya buku. Lukisan je pun. Piano terbakar la. Gambar keluar air mata warna hitam lah. Air mengalir dari tab mandilah apalah. Aih.. mengarit jelah.
Aku tukar posisi aku. Penat aku.nak meniarap lama-lama. Sesak nafas aku. Aku baring.
Mata aku tepat-tepat memandang siling rumah yang putih bersih tu. Kemudian aku beralih pula kearah buku tu. Menyesal aku ambil baca aih.
Lama-lama mata aku mula terasa berat dan aku pun tertidur.
VOCÊ ESTÁ LENDO
story-1(jungkook)
Mistério / Suspenseapa yang dah terjadi dekat aku ni?. apa yang aku nampak sebelum ni?. apa maksud lambang burung tu? arghh!!.. semua ni boleh buatkan aku jadi tak waras Ni semus salah aku
